31 May 2010

ALHAMDULILLAH .... ALLAH BERI REZEKI YANG TAK TERLUAH OLEH KATA-KATA

LOBOR....

TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA REZEKI MU...





INILAH PRODUK MADU SAWDA PRM ....




TERIMA KASIH PRM GLOBAL VISION






TERIMA KASIH ABG BUSYUK....






TERIMA KASIH KAK LONG SITI NUUR HASNIEZA...






TERIMA KASIH KAK MAI DAN ABANG JAMAL....

ALLAH DI HATI, WANG DI TANGAN



Bos (Kak Mai) sedang menurunkan tandatangan bersama orang kuatnya Kak Maznah

Mengisi masa hujung minggu dengan kesibukan yang tak terhingga...Hari ni Program PRM bersama Pengerusi Eksekutif PRM Global Vision Dato Hashim b. Ismail yang datang dari Kedah.

Dato Hashim Penegrusi Eksekutif dan Kak Long Pengarah Pemasaran PRM bersama anakanda ownwer PRM PPPN Johor.


Siapa Dato Hashim tu ?...
Dato Hashim adalah pengasas Produk PRM , Produk Makanan yang berasaskan Madu dan Sawda'.

Program hari ini telah diadakan di Hotel Novo Park Batu Pahat. Tahniah kepada Kak Mai dan Abang Jamal dan Jawatankuasa Kerja Program tersebut.




Majlisnya walaupun sederhana tetapi hebat....

Sebenarnya majlis ni lebih menjurus kepada majlis motivasi dan anugerah kualiti dari PRM juga Dato dan Cik Siti Nuur Hasnieza ( anakankepada ahli dan PPPN Johor.

Anugerah yang diterima dari PRM Global Vision

He he.... seperti biasa tugas ku adalah jamuan VIP....sebenarnya bahagian VIP ni bidang tugas my hubby dan ku pula pendaftaran...

Biasalah orang lelaki kena bahagian VIP , maka kita lah sebenarnya assistantnya..

Pinggan mangkuk yang ku usung dari rumah hu hu...

Alhamdulillah pihak PPPN Johor telah menganugerahkan Sijil , manakala pihak PRM telah memberi cenderahati yang sangat berharga....


HARI TANPA TEMBAKAU

Hari Tanpa Tembakau yang disambut setiap tahun pada 31 Mei 2010.



PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM 2010


Alhamdulillah , Program Perkhemahan Bersepadu Badan Beruniform SK Peserai telah selamat dijalankan pada 28 -30 hb Mei 2010.

Walaupun masanya agak padat dan kurang sesuai tetapi ia tetap berjalan dengan lancar... Ya lah program dijalankan menjelang murid menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun. Apa lagi murid-murid ni memang suka ambil kesempatan, hari berikutnya hari Isnin ramai lah yang " Bercuti Tanpa Rekod".

Bayangkan kelasku sahaja 6 orang tidak hadir, bagaimana pula kelas2 lain....

Seperti biasa tugasku adalah hari Pertama, iaitu Jumaat petang hingga malam....Uhh boleh tahan juga penat, maklumlah hari tu adalah hari Cuti Wesak... Pagi2 lagi dah menyelesaikan hal-hal berkaitan PRM...

Petang tu kami, Ku , Hanan, Sasu, Boo, Masura , Zabedah , Ezzaidah dan beberapa orang kuat perkhemahan sperti Mislia buat juadah minum petang Cekodok Bilis.... Uuhhh panas2 memang sedap...



Cikgu Aziz dah lepak tu..., Ustaz pulak membahagi bekalan biskut, Cikgu Bedah yang dah sarat pun datang bertugas...




Ni baru betul2 rewang namanya....siap periuk belanga lagi...













HARI JADI CIKGU FADZILAH - 23 MEI 2010














Uhhh .... lama sungguh tak update blog... banyak news nak masukkan tapi masa memang betul 2 tak mengizinkan.

Tahniah kepada murid 5 Johan, kerana pandai buat majlis untuk guru kelasnya Cikgu Fadzilah.... Siap beli kek dua tingkat lagi... Kita2 cikgu ni tumpang lah semangkuk...


24 May 2010

SIAPA KITA...

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai
rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah
yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal ialah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana menggunakan akalnya untuk sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka
.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

18 May 2010

JME 6568

Angan2 nak JMF,(kenapa JMF, Jemaah MehaFendy)......Rupa2nya plat tu untuk Istana Johor... So pilihlah JME 6568....Orang Cina kata nombor 8 tu " ada ong '.... he he datanglah khurafatnya tu... sebenarnya hubby lahir pada tahun 1965 dan Ku pula 1968... Itu yang jadi 6568....


NASI DAGANG SPECIAL....


Inilah menu Nasi Dagang special air tangan Kak Ram, yang paling sedap pernah ku makan...bersama gulai tongkol Pn Masura, Kari Ayam Yannie dan Pencuk Nanas Kak Dilah..


Al kisah ceritanya... Kawanku Hanan ada urusan keluarga di Kelantan.... Maka beliau membeli beras nasi dagang sebagai buah tangan...

Katanya " Meha nanti balik aku beli beras nasi dagang, kor masak lah, kor pandai masak..." . "Ok set " , ku kata... ha ha gelihati sungguh, Ku bukan pandai masak, cuma hari-hari masak untuk suami dan anak-anak... Ku memang suka makan nasi dagang... tapi nasi dagang Ku brutal jer macam Ku juga...Rebus aja dengan santan macam nasi lemak...malaslah katakan...


Maka datang le idea, bab2 nasi kukus ni Kak Ram memang terrorrrr.... He he, pujuk2 le Kak Ram untuk masak hari ini, kononnya nak meraikan si anak dara FarhanaIslah yang menyambut harijadinya pada 16 mei.... hu hu merangkap dua majlis le, makan hari jadi dan makan hari guru...yang kelakor yang dirai belum datang, kita-kita dah makan dulu....










17 May 2010

CERITA HARI GURU

Sambutan Hari Guru SKP....
Sempat upload gambar jer... cerita sambung esok..kelakor hari ni bawa camera tak de bateri... dapat le ambil beberapa gambar.... gambar ku dalam riang ria sukaneka tak dapat amekkk hu hu....


Cenderahati dari murid....


Mendengar ucapan GB dan tunggu hadiah yang kat depan tu...

Hish... depa dua ni posing tak ingat kawan belakang

Bersama FS sekolah yang cukup aktif... Pn Masrianis




Wajah-wajah ceria........

Cikgu misz yang aktif dengan blognya...




Bersama anak 5 Johan.............. Kasut Hari Guru..




Team pakaian beragam guru lelaki bersiap sedia untuk bermain ragbi

15 May 2010

ULANGTAHUN PERKAHWINAN....

Alhamdulillah hari ini Ku meraikan dua sambutan sekaligus... kedua-duanya amat berharga bagi Ku.... Hari Guru dan...

Hari ini genaplah 19 usia perkahwinan kami...

Alhamdulillah syukur kepada Allah, kerana mengurniakan seorang suami yang sempurna di mata hatiku...Dialah peneman hidupku dan ayah kepada anak-anakku...

Ya Allah , Tuhan yang menyatukan dua hati kami, Engkau campakkanlah ke dalam hati kami, perasaan kasih sayang antara satu sama lain, sebagaimana Engkau satukan hati Nabi Muhammad saw bersama Saidatina Khadijah r.ha.

Syukur Ya Allah... Berikanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat.