27 August 2012

AKHIRNYA..... KETUPAT PALAS DAPAT DI RASA....

Thanxxx kepada rakan sekerja kekanda ku yang memberinya ketupat palas.... Nikmat ...Ini memang ori punya ketupat palas... siap berinti lagi....





he he tak sabar dalam kereta dah makan , tu yang nampak handbag kat belakangnya...


MEREKA KEBAHAGIAAN KU...






Syukur....Diam tak diam sudah 10 Syawal...Lama sungguh tak update...tak tahu mengapa....tambahan pula camera yang merajuk...banyak gambar yang shoot dengan hpone jer...

Namun bukan itu sebabnya....anak2 dah bujang dan anak dara ni banyak perkara yang nak dilayan....




Kami dua ( ibu n abah ) dah mengecil di antara mereka....Anak2 buah cinta kami...



Bersama ayahanda dan bondaku....



Hj Sairan bersama anak menantu dan cucu ...." Ibu , belilah camera baru...gambar tak cantik lah..." wa ha ha...anak2 ni macam2... camera ni hanya untuk kepuasan jer, tak maksima pun penggunaannya...jadi ibu kena fikir ratus2 kali...."


Kekanda darling ku yang sangat segan dengan camera hu hu....


Gambar2 di Medan....


Bujang 2 n me......

Kami 5 beradik.... huhhh hok tengah di belakang tuh baju raya tak siap....semua dok pakai dao dit dut dia pakai baju ku yang banyak kaler (colour ) grey...


Cantik juga gambar ni.... depa ni mengidam nak posing kat tangga...di rumah makcik di Bagan Parit Besar....



Yehhh ini juga ....Si baju pink dan purple anak beranak baju raya tak siap hu hu....meraung kawan ni....tailor oh tailor...orang lain bulan 5 lagi dah hantar dia bulan 7 baru nak hantar , akhirnyaaaaa.....


Bujang 3 tak de... dia memang selalu tertinggal bab2 posing nih....


Kedua2 gambar di atas di tanah tumpah kelahiran kekanda ku....Dan dia atas kakak yang sulung...


Big bos n anak2 yang sangat pantang jumpa camera....


Gambar sibongsu n big bos bersama pakciknya.... Cik Ngot...adik arwah ibu mertua ku....Dan rumah itu adalah rumah asal datoknya...Allahyarham Hj Abd Razak....Sebenarnya gambar ini adalah sempena majlis Hari Keluarga dan Hari Raya keluarga Hj Abd Razak pada 25 hb 8 2012 yang lalu...

17 August 2012

SALAM AIDILFITRI....


Salam aidilfitri untuk semua yanag mengenali diri ini dan keluarga...Ampun dan maaf dipinta sekira terdapat silap dan salah samaada disedari atau tidak disedari...semoga Amalan kita Ramdhan ini diterima dan kita menyambut Syawal dengan keberkatan juga kesederhanaan.

Terima kasih kepada kekanda ku sayang kerana sepanjang Ramadhan sentiasa sama-sama membantu menguruskan diri serta anak-anak terutama sewaktu memasak untuk berbuka dan bersahur....Maklumkan bersahur kami serupa makan tengah hari, berbagai menu....( memang dari dulu2 lagi , bukan apa untuk menarik minat anak2 yang kecil tu bersahur..kalau tidak liat sahaja )

Memang tak pernah rasanya bagi ku bersahur dengan lauk semasa berbuka...kerana kami berbuka ala kadar tidak makan nasi....Tapi sahur kami lengkap dengan lauk pauk, sayuran, ulaman juga ikan masin.

Kadang rasa pelik macam mana keluarga yang ada beberapa anak kecil bersahur dengan roti serta susu....Kalau anak-anak ku, pasti mereka tengok jer roti tu, tak bersahur lah jawapnya...


15 August 2012

CELARUUUU......

Kini banyak majlis2 dijalankan menjelang Syawal di akhir Ramadhan...majlis berbuka, majlis penyampaian cenderahati, sumbangan kepada anak miskin dan anak yatim, khatam quran, bantuan pakaian dan berbagai lah ....Masing2 ambil peluang untuk merebut ganjaran dari Allah....( Semoga mendapat rahmat Allah )

Yang eloknya biasanya majlis di mulakan dengan doa yang panjang2 , kadang doa hidayat lagi...Ada yang lebih istimewa diiringi dengan solat sunat duha dan hajat....
tapi yang kelakarnya dah elok dimulakan dengan seribu rahmat di akhiri dengan majlis yang celaru....Menyanyi meriah.....aduihhhh
Harap perkara ini tidak akan berulang lagi.....

13 August 2012

SIAPA KITA....

"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa,
menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,
menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,
menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu
dan menyediakan waktu beribadat
kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

Sangat simple kan tapi fahami lah kerana ia banyak maksud yang tersirat juga tersirat....

08 August 2012

JOM KITA KE KARNIVAL MENJELANG 10 MALAM TERAKHIR.....

Alhamdulillah 20 hari sudah kita berpuasa.... Dah mula rasa keletihannya namun lebih banyak keseronokannya kerana kita akan ke Karnival...Bukan karnival membeli belah, bukan karnival ICT dan bukan juga karnival buku tetapi KARNIVAL BERIBABAT.....
He he seronoknya kalau kita dapat bercuti menjelang 10 malam terakhir ni....

Marilah kita sambut tawaran yang Allah berikan kerana sangat banyak ganjarannya yang tidak ada dijual di mana-mana. Tawaran ini Allah beri kita setahun sekali sahaja dan kita sebagai umatnya belum tentu dapat menikmatinya dalam situasi yang sama setiap tahun....

Berdoalah semoga Allah memberi kita kekuatan dari emosi, jasmani dan rohani untuk ke karnival tersebut.... Kerana yang pasti tawaran terhebat ini perlu persiapan seawal 1 Ramadhan....

03 August 2012

UNTUK KESEKIAN KALINYA...

Entah kali keberapa untuk tahun ini menggalas amanah untuk mengendalika majlis sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa, rakan guru dan individu tertentu....malas pulak nak mengira....N3 kali ini hanya meluahkan rasa hati atau senang kata macam diary jer lah bercerita untuk diri sendiri...

Meha awak pengerusi program " ini " ya....Aduihhh... sudah terbayang kerenah rakan sejawat yang berbagai...( Teringat semasa mengendali Program Hari Usahawan Badan Bilik Guru dan Staf pada April yang lalu...)
Alamak akak beri orang lain boleh tak , saya rasa penat Hari Usahawan masih terasa lagi....Cemuhan kata pematah semangat masih terdengar di telinga...Saya suka kerja belakang tabir lah kak....Tak perlu beri saya jawatan saya tetap buat kerja....( he he tu dia merayu lah kononnya )
Tak apa lah Meha awak boleh, hari tu handle Hari Usahawan ok ajer ...)

Sebenarnya macam fobia dengan hamba Allah yang adakalnya baik didepan tapi mengata kita di belakang. Dan yang sedih tu terdengar depa nya kicauan tuh....

Menyerah kalah ker....
bukan begitu , hanya untuk memberi kesedaran kepada diri sendiri supaya jangan suka menunding jari kepada orang lain kerana semasa jari menunding satu jari telunjuk ke depan, tetapi empat jari menunding ke arah kita.....


Kadang terfikir juga...( dalam hati jer apalah manusia ni kan....tau nak komen, bila minta bantuan dan sokongan menjauhkan diri....belum lagi mempengerusikan dan mengendali...)

Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menjalankan majlis ini dengan sempurna....5 dalam 1 tuhhh....Orang sibuk dok fikir nak raya kita sibuk dok fikir majlis 30 Ogos....Allah hu akbar...

InsyaAllah demi amanah ini semoga ia dapat berjalan lancar dan sempurna

02 August 2012

MARILAH BERSILATURRAHIM.....

MARILAH BERSILATURRAHIM

Rasulullah (saw) bersabda : Kebaikan yang paling cepat memperoleh ganjaran pahala ialah kebajikan dan silaturahim.

Dan kejahatan yang paling cepat mendapat hukuman ialah kezaliman dan memutuskan hubungan kekeluargaan.

(Hadith Riyawat Ibnu Majah)