29 January 2013

MENYEPINYA UNTUK SEKETIKA....

Sebenarnya segannya nak cerita sepinya I untuk seketika yang lalu....
Melayan nafsu dunia sebenarnya....Pertengahan Oktober 2012 bermula lah edisi sibuk menyibuk tu...

Suatu ketika dulu anak masih lagi kecil2, ruang di rumah masih selesa bagi meraka...Bila umur bertambah dewasa masing mula mencari ruang yang selesa...Ada yang senang duduk di bilik sahaja... Selesa katanya...( Yalah sangat kalau duduk dalam  bilik apa nak selesanya )

Sebelum pergi ke Mekah untuk menyempurnakan Rukun Islam , ada juga hajat nak renovate rumah... Tapi uhhh... istigfar banyak2 dan buat diam sahaja...

Bila dengar kawan2 ramai pula  yang telah membeli rumah baru dan atau membuat penambahbaikan rumah masing2 hati mula berkata..."
" InsyaAllah ada rezeki nanti balik dari Mekah nak kumpul duit dan nak renovate sikit rumah tuhhhh..... Nak settle perkara yang wajib dulu iaitu menyempurnakan Rukun Islam...Terpulanglah pada insan lain, tapi bagi I, I nak menyempurnakan rukun Islam I dulu, dah tu barulah nak memikir nak menambah harta dunia....

Dan Alhamdulillah rezeki dari Allah akhirnya pembinaan pun bermula pada 14 Oktober dan siap pada 8 Januari...Itu pun belum sepenuhnya....( Sekarang masa untuk mengemas , mengecat dan touch up serba sedikit )
Diam tak diam sudah cecah 50 xxx K untuk renovate rumah itu...


Ini bentuk rumah asal I, tapi masa ni awning depan pintu dah pun dibuka...


 
Jentera untuk menanam cerucuk....


He he tukang rumah...sorry terambil gambar....fokus tuhhh...

 
Fasa 2...Cuba fikirkan macam mana kelam kelibutnya I masa tu kerana bumbung rumah mula dibuka awal November iaitu musim hujan bermula....Huhhh macam duduk kat rumah kotai rasanya.... Kalutnya tak terkata masa tu...Kekanda pulak sibuk dengan urusan untuk ke Pakistan...


Sebelum dinding dipecahkan untuk sedikit pembesaran...



Dinding baru.....

Setelah dipecah dan tambah beberapa kaki.... Bersilat dengan debu kami waktu ni...


Ini pula ruang lama porch yang di ubahsuai menjadi hall....


Fasa 3.... Dah siap untuk bahagian dalam rumah, tinggal proses membuat longkang dan mengemas..


Siap sepenuhnya....Alhamdulillah syukur....




Pintu yang memberikan banyak cerita.... Dari bentuk bowling menjadi cawan hu hu.... Alahai encik tukang, dah beritahu awal2 bentuk cermin tu akan berbentuk seperti bola bowling...terbalik pasang jadilah cawan...( Tukang ni pasang pintu semasa kami seisi keluarga tiada di rumah .... akhirnya...)
Nak kata apa pun tak terkata....Sabar jer lah encik darling ye....

Apa pun syukur kerana semuanya telah siap, sekarang Fasa 4,   MENGEMASSSSSS............




26 January 2013

DUA TUGASAN SELESAI UNTUK AWAL TAHUN INI....

SERKAM MERLIMAU....
Terima kasih pada adinda2 n anakanda2 yang menolong menyempurnakan majlis ini dan menyiapkan untuk " makan berdamai pengantin "...... Maklumlah tempatnya jauh dari rumah, macam mana pun kena masak fresh ( awal pagi )... Bermula jam 4.30 pagi dah mula menyiapkan...gitu gini semua siap jam 10 pagi.... 11.30 sampai Serkam terus menggubah dan menyusun... Pukul 1.30 pm siap untuk rehat....

Ambil kesempatan posing....

He he tangan siapa lah ni....Sorry masuk gambar tangan jer...

My bonda belakang sekali, makcik ibu pengantin dan my sis sebelum bersalin...     


Ini lah pengantin sepupu I  - Siti Zubidah dan Ahmad Faiz...


DI BAWAH PULA DI KG PT HJ RASUL BATU PAHAT.....


Anak dara I.... hu hu pantang orang pegang camera, interframe lah jawab nya....anyway I love you Dekna...

Sangat sempoi , itu jer yang dan buat...maklumlah guna barang apa yang ada jer...tapi bolehnya untuk menyerikan majlis...
Sebahagian menu yang disediakan....


Ini lah pengantinnya.... sepupu I - Syafiq dan Ila ....

HARI ZIARAH BABY.....

Semalam adalah hari untuk ziarah baby.... Tahniah kepada mummy2 baby....Saper ni bu.... bujang kecil tanya....Anak2 kawan ibu.....Yalah anak I yang kecil dah 7 tahun....Seronok lah rasa pegang baby orang nih....
Ini Muhd Muaz.....( alamak lupa !!!1 Muaz apa erk...ada sambung lagi nama baby ni....)
Nampak macam dah beberapa bulan... baru dua minggu baby ni.....
Ini pula Safiey Elman.....Montel...Lena tidurnya..... 





 Ini pula Aliff Ashraf....berusia 44 hari, anak saudara I

Sebenarnya ada beberapa baby lagi yang tertinggal dalam sessi ziarah ni....InsyaAllah akan luangkan masa nanti....
Untuk sis Haida n sis Farhana... maaf sis, akak tak datang ziarah... hope anakanda2 kalian sihat dan dirahmati Allah....

24 January 2013

................Borak-borak kosong....

Diam tak diam dah 24 Januari, bermakna dah sebulan menyepi... Banyak nak dikongsi tapi memang bila nak berceloteh ada saja urusan yang perlu diselesaikan....
Tak kan sampai tak de masa.....Bukan tak punya masa ada tapi susah nak di gambarkan hinggakan diri sendiri pun terasa rindu....Banyak baca novel kot ? Tak juga ...ada 3 novel yang pending tuhhh... InsyaAllah lepas ni akan menyusul N3 baru...

Tadi berbual dengan anak bujang yang balik bercuti hujung minggu.... " Bu ada kawan2 yang dah kerja bu...dia orang lepas SPM jer terus kerja... boleh tahan dia orang ni , baru kerja dah pakai handphone canggih....".

Wah cabaran ni untuk kita sebagai ibu yang anak2 masih belajar.... Apa nak jawap kalau anak dok kata macam tuhhh... " Tak pe lah nak, sekarang memang susah... guna handphone pun cikai jer, masih belajar memang macam tuhhh...Sedangkan lappy tu lebih penting untuk buat assigment... tak payah pening2 nak bergaya....Nanti dah kerja teringin belilah... Tapi sekarang kalau nak beli pun tak de hal, duit pinjaman ada kan.... beli lah. Tapi ada tak kepauasan guna hphone canggih tapi guna duit untuk belajar.... Banyak lagi keperluan lain nak gunakan...Duit belanja harian memang ibu beri tapi nanti bila lepas habis belajar bukan terus dapat kerja. Jimatlah duit tu boleh digunakan...."

Kawan yang dah kerja tu memang seronok, umur baru 20 tahun dah pegang duit RM 1200 duit gaji...rasa besarlah sangat... jangan lupa orang belajar nih susah2 dahulu senang kemudian, orang yang bekerja muda lepas belajar ni, senang2 dahulu bersusah2 kemudian...Ya lah kalau kerja dengan kelulusan SPM ni banyak mana lah gaji kita kan...
Kenapa macam tuhhh.... Fikirlah sendiri ya....

Dan akhirnya I sendiri dok kata " semua kawan ibu belajar lagi buat degree, ibu dengan beberapa orang jer yang tak belajar....malas nak pening kepala. Tapi sebenarnya samalah ibu ni, tak nak bersusah2 dahulu...Kalau ibu belajar lagi memang susah sekarang tapi tua nanti gaji degree tentu lagi besar, ini kalau tak belajar lagi gaji takat tu jer lah...Esok2 gaji kawan ibu yang belajar tentu dah besar kan...
Tapi ibu rasa kalau gaji kecil pun tapi kalau kita sentiasa ikhlas dan bersyukur pasti ianya mencukupi..."