23 March 2013

SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH ......

Sempat I sambil gambar, sebelum mereka berangkat....
My kekanda melaungkan azan sebelum mereka bertolak...



      Anakanda Huzaifah pula mengetuai bacaan doa...semoga semuanya selamat belaka...



Selamat menunaikan umrah kepada Abang Jasman, Kak Fidah serta dua anakandanya Nurul dan Nazmi .....(Abang Jasman ni adalah abang kepada My kekanda darling )

Semoga dimudahkan segala urusan di sana nanti, dan mendapat umrah yang mabrur.....sungguh rinduku Haramain....sangatttttt... Semoga Allah limpahkan rezeki untuk ku dan kekanda untuk ke sana lagi dalam masa terdekat ini....

22 March 2013

SELAMAT BERCUTI.....

Seronoknya.... tiba-tiba rasa kepala terasa ringan....lepas bebas dari memikirkan hal kerja untuk sementara....
Masa untuk bersantai.....

Yang pasti hanya seketika kerana hujung minggu hari Rabu , Khamis dan Jumaat bersedia pula dengan segala macam yang berkaitan untuk Program Pengarah Turun Padang....

Waaaaa .....ready : go go go Kak Meha.....

HASIF MUSA DAN AMIRUL HAZIQ....

Khamis 21.3.2013...


Haaaa ini lah dua bujang tuhhh....si adik buat muka tak bersalah  dia.....
Kaedah smart clamp ini memang sangat bagus... senang jaganya
dan cepat baik...
Awal tahun hari tu Hasif Musa menyuarakan hasratnya untuk berkhatan.... Katanya tak mahu sembahyang dibelakang saf di masjid.... Alhamdulillah dah menginjak dewasa....( anak2 ni memang jaga sembahyang di masjid )

Semasa cuti Tahun Baru Cina tempoh hari agak padat jadualnya. So janjilah dengan si bujang sapian ni supaya berkhatan cuti sekolah Mac ni....
Dan pagi khamis Hasif Musa selamat berkhatan di Klinik Putera Tongkang Pecah....

Wahhh si bongsu bila abangnya nak berkhatan dan macam2 ragamnya..... Dia nak berkhatan juga katanya....
" Adik, adik baru tahun 1 , tunggu besar sikit boleh tak...Nanti adik darjah 2 atau 3 adik dah pandai mengaji dan ambil wuduk dengan sempurna, ibu khatankan adik......", Pujuk ku....
"Alaaaa ibu nak sunat juga ... Hasif tu boleh , kenapa adik tak boleh.... "
" Hasif dah besar , dah pandai sembahyang  betul dan mengaji....." kata ku.....

Akhirnya...... pagi  si abang berkhatan dan petang adik pula berkhatan....Tunaikan juga hajatnya....Pagi sewaktu si abang ke klinik dia mogok tak nak sekolah kerana nak berkhatan...He he macam2 anak2 ni....Ada orang yang sanggup menangis2 dan takut berkhatan dia selamba jer...Si bongsu semasa nak berkhatan dok mengacau doktor nak buat kerja...Doktor yang risau dengan gelagat si bongsu siap tolak kepala suruh berbaring....

Balik dari berkhatan tanyalah kat si bongsu kenapa kejap duduk baring semasa nak berkhatan...." Adik nak tengok lah bu, doktor potong dengan apa....Hasif kata guna pisau besar " Tu diaaooo ehhhh....Hasif takutkan adiknya supaya tidak berkhatan....Macam2 depa nih.....

Dan syukur hari kedua setelah berkhatan dua2 bujang tuh dah sihat dan dah memakai seluar....




18 March 2013

ADA TAK KADANG-KADANG RASA NAK TAMPAR ORANGGGG.....

HE HE HE.... apalah punya status....
I memang jenis suka cakap terus terang....Bila umur semakin meningkat nih kadang mood turun naik... I pulak memang jenis brutal jer....Bagi semua makhluk Allah di dunia ni ada kelebihan dan kekurangan...Mungkin kekurangan sahabat kita merupakan kelebihan kita dan kekurangan kita adalah kelebihan sahabat kita.... so adil lah . Allah jadikan kita ni sama sahaja, sekarang kita kaya esok-esok tak tahu pula, sekarang kita susah , esok-esok Allah beri kita nikmat melimpah ruah ( semoga semuanya elok2 belaka sekarang dan di masa akan datang untuk I sekeluarga )

Marilah kita  sentiasalah berkasih sayang sesama makhluk Allah nihhh...tapi kadang2 perbuatan yang membuat kita terasa hati, ( tidak melibatkan I pun.... cuma berlaku di depan mata )....mengaibkan sesama rakan, mengadu domba , bossy....) Buang-buanglah sikap tuh....tuan punya badan tak tahu, tapi Allah tahu...." Tu yang kadang rasa macam nak tampar orang hu hu... " Sabar Kak Meha istighfar banyak2....

Yang pasti tak pernah tampar orangggg....Cuma nak menggambarkan betapa rasa geram dengan sikap makhluk Allah yang sering lupa bahawa Allah berkuasa makhluk tidak berkuasa....



17 March 2013

LELAKI CURANG BIASA, WANITA CURANG BAGAIMANA PULA....

Ini kisah benar bukan cerita rekaan semata-mata.
Sebelum ni pernah ada N3 tentang seorang teman kekanda darling yang di tinggalkan isteri kerana isteri lari ingin berkahwin dengan lelaki lain yang juga pekerja kepada suaminya....

Dan hari ini, lagi kejutan yang I terima dari kekanda darling nih kisah yang lebih kurang sama dan ini pula terjadi pada kakak sahabat baik ku suatu ketika dahulu yang   ku panggil Kak Ai ( bukan nama sebenar )

" Bu ada nak tau tak ada  berita tergemparrrrr ......".
" Tapi jap erk, abang nak ke tandas jap .....'
Uhhhh Pak Cik ni berita tergempar lah sangat.... beria nak cerita tapi nak ke tandas lah pulak.
" Apa gemparnya tu bang , macam gossip jer..." he he
" Kawan baik  ibu nak kahwin lagi dengan org kaya "
Wahhhh darah sudah naik... saja buat suspen orang... cerita separuh2 jalan pulak....
" Bang siapa nak kahwin ni... cerita lah cepat... "
" Alah kawan baik ibu lahhhh...."
Kawan baik yang mana pulak nihhh... Semua kawan baik I ada suami. Saja jer nak buat terkezuuuuut lah tuhhh....

" Kak Ai lah bu, dia nak menikah dengan orang kaya kawan abg duduk Kg Rahsia he he...."
" Oh ya ke , Alhamdulillahhhhhh bertemu jodoh setelah beberapa menjadi ibu tunggal. Siapa pulak pasangannya yang abg kata kaya tu..."

" Kak Ai nak nikah dengan Abang Jo hari Jumaat nanti..."
" Ya ke, cepatnya.... tak ada angin , tak ada ribut tiba-tiba tiba-tiba jer...'
" Aa 'aah  memang bukan saja angin dan ribut tapi tsunami....
Kalau kekanda dah kata macam tu, memang ada cerita lah...
" Isteri  Abang Jo tak mahu kan dia lagi. minta cerai dah beberapa lama kerana sedang hangat bercinta dengan pekerja mereka....".
????????????? biar betul abang nih, ya ke...

Beberapa bulan minta cerai, tetapi si suami amat sayangkan isterinya kerana isterinya turut sama bersusah payah dari zaman muda2 dulu hingga hidup senang lenang kini. Si isteri minta cerai tapi suami tidak mahu meneraikannya.....Pulak dahhhh , takut nyaaaa dengan ujian Tuhan...

Tapi menurut cerita kekanda ku, isteri abang Jo memang tak mahu kannya , dan minta ceraikannya secepat mungkin kerana mahu menikah dengan pembantu mereka yang merupakan warga asing.....Warga asing tuhhh....
Wahhhh dunia akhir zaman , isteri curang dan minta diceraikan kerana curang....Dan yang sedih tidak berupaya untuk dipujuk lagi, memang tekad untuk menikah dengan warga asing itu secepat mungkin....walaupun pada awalnya abang Jo menolak, tapi akhirnya akur kerana anak2 memujuk supaya melepas ibu mereka kepada lelaki lain kerana kasihan bapa si ayah yang terpaksa menanggung dosa si isteri...... Dan yang kelakar sangat siap dah carikan calon isteri untuk suaminya....
Katanya memujuk rayu pada kak Ai supaya mengahwini suaminya walaupu Kak Ai menolak pada awalnya dan lebih rela bermadu dengan si isteri daripada menjadi haknya seorang...

Panjang lagi cerita.....tak sedia nak menulis kesemuanya, kerana rasa yang berbagai....Selalu suami curang ini sebaliknya pulak....apalah istimewanya si jejaka dari seberang tuhhhh, hingga menyebabkan wanita waras sanggup meminta cerai dari suaminya kerana hendak berkahwin dengan kekasihnya....MasyaAllah... semoga Allah memberiku kesihatan tubuh badan dan akal fikiran.


02 March 2013

FIZIKALNYA ISTIMEWA, DAN MEREKA MEMANG ISTIMEWA ....

Nak berkongsi sebenarnya dengan silent readers nihhhh.... Hampir sebulan lebih ni badan terasa penat yang amat, bahu sebelah kiri pula hingga ke belikat lenguh rasanya...kalau namanya " Koyok " tu dah berpaket2 dah gunakan...
Kebetulan pernah membawa adik berurut kerana angin akhmar 8 bulan yang lalu di Layang-layang... Bagaimana caranya berurut tu ....cerita lain kali rasanya.

Mengingatkan perubatan tu  bulan lepas cuba2 lah juga ke sana lagi dan  tanya tentang tulang belakang I yang bermasalah...Katanya urat di sekitar belikat ni tegang belaka akibat  tulang yang menarik urat saraf di sekitar beikat tuh...

Minggu lepas pula , kawan baik I cadang supaya pergi berurut dengan kumpulan Refleksolgi Azlan...Kumpulan Intimewa Penglihatan. So pagi tadi, berhajat sangat nak pergi . Pergilah I bertemankan kekanda darling tu....
Tempat nya di Arked Mara Batu Pahat. Tak susah mencarinya...Sampai di tingkat atas bangunan tu terus jumpa... MasyaAllah sampai jer di depan bilik tu, ada 4 orang lelaki yang istimewa menyambut kami. Setelah di pesan dengan kawan baik I supaya berurut dengan Kak Fizah maka I pun terus memberitahunya...

Berkenalan dan terus mulakan servis.... Setelah bersalin sebanyak 8 kali, I rasa inilah urutan yang memang excellent n marvelous....Cara mengurutnya memang kaw kaw punya.Kira semua point dalam badan dicungkilnya...Pehhh! urut dengan sendi2 jari juga siku... sampai ke urat dalam I rasa di gentelnya....MasyaAllah sakitnya tak terkata...Berbiji2 rasa urat2 dalam badan ni...Ni bukan cakap kotor tapi memang rasa macam nak terkencing pun ada....sakit tapi sedap he he...

Dan sekarang I rasa, macam nak demam pun ada...org Jawa kata " Njaremmi...". Bukan setakat Njaremmi lebam-lebam lagi tangan I ni... Balik sampai rumah terus minum minyak sawda dan Masad Cafe....Lega sikit rasanya... Dan sekarang I sedang bermalas-malasan melayan badan....Maklumlah orang sibuk pergi Spa, I pulak pergi urut macam kena sepak terajang hu hu...tapi yang pasti I tak serik dan nak servis lagi dua minggu akan datang...

Yang pasti mereka BUTA MATANYA TETAPI CELIK HATINYA....
Thanxx Kak Fizah dengan servis yang xcellent.