18 May 2013

21 TAHUN....




Alhamdulillah genap 21 tahun usia kami bersama dengan 8 orang cahaya mata... Syukur kerana mengurniakan seorang suami yang menjadi teman, kekasih, ketua , motivator dan ustaz yang sentiasa mengingatkam kami alam akhirat.... sesungguhnya I amat bersyukur dengan nikmat Allah ini.... Semoga Allah memanjnag usia kami dan kasih sayang kami dengan rahmat Mu bersama anak-anak permata hati.


( Baru berkesempatan update .....anniversary kami 16 Mei , maklumlah I dok kalut dengan Hari Guru ....)

05 May 2013

BERKUMPUL LAGI SETELAH SETAHUN BERLALU...

 Alhamdulillah walaupun merancang dalam keadaan tergesa-gesa, majlis kami adik beradik dapat berjalan dengan lancar ...Sebenarnya ia merupakan acara tahunan  InsyaAllah... kebetulan  pada bulan April adalah hari ulang tahun kelahiran my bonda dan Mei pula adalah ulangtahun kelahiran my ayahanda....jadi kami anak2 buat lah acara tahunan biasanya bulan Mei....

Tahun lepas kami makan2 di luar , di Restoran Madinat Hadramaut....Tapi tahun ini terasa nak buat di rumah dan baca doa selamat . Dan majlis di rumah I.... kami baca yasin ahli keluarga sahaja dan my anakanda mengetuai bacaan doa...



Sibuk si cucu2 nak beli kek... tunaikan jerlah hajat depa ni...

My bonda dengan cucu paling kecilnya dan my anak dara 1 dan my bujang 3....




Anak dara 1 dengan my ayahanda.....



Kebetulan bapa saudara I datang bersama my nenda... ramai lah jadinya...meriah...

Menu kami hari ini sate, rojak manis, mee hoon sup, lontong, murtabak Singapura dan  otak2 ...Tegang perut dibuatnya...

Posing cucu2...ada yang tertinggal...2 orang yang paling kecil tidur....


My bujang 2 bersama my nenda....



InsyaAllah tahun hadapan kami bercadang untuk buat di resort pula....Semoga Allah panjangkan umur kami dan beri kesihatan tubuh badan...

KREATIF MR GOOGLE NIH.....


MENGINGATKAN DIRI SENDIRI...



BARANG SIAPA YANG BANYAK BICARANYA, MAKA BANYAK PULA SALAHNYA,
SIAPA YANG BANYAK SALAHNYA ,
HILANGLAH HARGA DIRINYA.

SIAPA YANG HILANG HARGA DIRINYA BEERTI DIA TIDAK WARAK.
SEDANGKAN ORANG YANG TIDAK WARAK ITU HATINYA MATI…..