
27 September 2010
ADAB MAKAN
Hari ini duduk di kantin sewaktu murid-murid sedang rehat. Sebenarnya Ku ni jarang turun ke kantin.... Lebih sepuluh tahun Ku tidak makan di kantin waktu rehat persekolahan... entah tak tau mengapa.
Ku lebih suka minum di bilik guru, samaada membuat air panas sendiri di sekolah atau membawa bekal di rumah. biasanya Ku akan makan apa-apa sahaja ala kadar seaadar mengalas perut...
Tapi hari ini bila bila berada di kantin untuk seketika, Ku lihat berbagai kerenah anak murid Ku makan, ada yang makan berdiri, ada yang makan dengan tangan kiri dan macam-macam...lalu Ku terpanggil untuk menulis N3 berkaitan adab makan yang perlu kita amalkan...
Adab akan ni bagi kami dalam jemaah adalah lebih teliti , tetapi hari ini Ku nak menulis yang ringkas sahaja yang perlu di amalkan oleh kita sebagai orang Islam.... Ingatlah adab-adab dala kehidupan kita adalah sumber keberkatan hidup.
TENTANG ADAB MAKAN
1. Sumber Yang Halal - pastikan makanan itu dari sumber yang halal. Yakni sumber untuk mendapatkan rezeki itu hendaklah yang halal. Kalau curi duit kawan contohnya untuk beli makanan yang halal, hasilnya tidak halal juga...
2. Basuh Tangan Sebelum Makan - Maklumlah tangan kita akan kotor selepas melakukan sesuatu. Seeloknya basuhlah tangan sehingga pergelangan tangan , kerana ia ada fadhilatnya...
3. Berdoa - Mulakan dengan membaca doa, atau sekurang-kurangnya dengan membaca Bismillah. Doa makan adalah seperti berikut:
4. Makan Untuk Apa - niatkan makan supaya ada kekuatan untuk beribadah kepada Allah swt... bukan semata-mata hendak kenyang.
4. Makan dengan Tangan Kanan- Ketika makan, disunatkan makan dilakukan menggunakan tangan kanan. Kekanan dalam semua perkara merupakan amalan terpuji, bahkan ia merupakan amalan orang-orang yang soleh; bertaqwa kepada Allah SWT.
Maka hendaklah makan menggunakan tangan kanannya. Ini kerana, Syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya ( maksud hadis)
5. Tidak makan atau minum dengan berdiri kerana ia menandakan kurang adab.
6. Nabi SAW mempunyai cara-caranya tersendiri ketika makan dan minum. Nabi SAW apabila makan, baginda pasti akan menggunakan tiga jarinya.
7. Tidak Mencela Makanan -Kadang-kadang, ketika kita makan, ada makanan yang kita tidak selera. Ataupun, mungkin faktor makanan tersebut tidak sedap dan sebagainya kita mencela atau mengatakan kurang sedap... elakkan.
8. Tidak Makan Terlalu Banyak - Makan yang terlalu banyak adalah punca penyakit dan nabi tidak suka makan terlalu banyak.
Maksudnya hadis :
“Orang kafir makan dengan tujuh perut, walhal orang mukmin itu makan dengan satu perut sahaja".
9. Cara Duduk Ketika Makan- Nabi SAW amat menjaga cara dan kaedah duduk. Nabi SAW tidak pernah makan dalam keadaan bersandarMAKAN BERJEMAAH
10. Makan Berkumpulan atau Berjemaah - Ia merupakan tuntutan kerana, berjemaah mewujudkan saling bantu membantu. Apabila wujud seorang yang susah, pasti dengan berjemaah, seorang kawan yang lain pasti akan membantu. Apabila keadaan ini berlaku, sebarang kesulitan dapat diselesaikan dengan baik.
11.Tidak Menggunakan Bekas dari Emas dan Perak -Bukan sekadar kurang adab, malahan merupakan satu dosa, apabila seseorang itu minum dan makan dengan menggunakan bekas daripada emas dan perak.
BAGAIMANA BERSAING DENGAN DIRI SENDIRI
26 September 2010
RFC
Inilah makanan RFC.... Kami ambil RFC Kombo....
Tahniah HPA... memang sangat berbaloi makan di RFC, walaupun harga agak tinggi tetapi itulah produk muslim yang kita tunggu-tunggu. Betapa bersyukur sekiranya di setiap daerah ada kedai makanan segera RFC ni... memang rasanya boleh jatuh KFC, Mc D dan lain-lain kedai makanan segera lain jika RFC berkembang di setiap daerah...
Layanan di RFC pun sama seperti di KFC .... boleh dikatakan lebih baik... mereka berpakaian Muslimah... ( tapi tiada gambar nak upload sebab tak ambil gambar pekerja di situ... )
Anak-anak pun seronok makan di situ, ya lah produk muslim.Dan semasa makan di RFC kami terjumpa dengan anak saudara ku Kamarul.... Kamarul ni, bekerja di RASA VILLAGE MYDIN selepas peperiksaan SPM sebelum di panggil masuk ke Politeknik pada November nanti....
Huzaifah dan Kamarul...
22 September 2010
HARI KETIGA UPSR
Calon-calon juga diberi sarapan pagi dan makan tengah hari....
(gambar ehsan dari blog Cikgu Aziz)
( gambar ehsan dari blog Cikgu Aziz)
PROSES URUSAN HAJI
Alhamdulillah tiba di Pejabat TH lebih kurang pukul 2.30 petang.... nampaknya macam lengang lebih kurang 20 orang sahaja....
Dalam masa menunggu giliran tu, bakal-bakal haji bertambah ramai.... Giliran Ku , hubby dan kedua orang tua Ku sahaja adalah 703, 704,705 dan 706....Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Nampaknya semua bakal haji berdisplin...
Berbual-bual dengan bakal-bakal haji yang berada di kanan dan kiri Ku, menyatakan bahawa ada jemaah yang telah mendapat jadual penerbangan, terutama mereka yang membuat pilihan untuk pergi awal dan membuat Haji Tamattuk....
Proses di di Pejabat Tabung Haji tadi , kami telah diberi beg, gelang tanda, pelekat telekung dan suntikan VAKSIN INFLUENZA DAN PNEUMACOCCAL.....Alhamdulllah semuanya lancar.... kami diberi beg berwarna merah warna kgemaran Ku...
CAMERA KU TELAH SIAP DI PERBAIKI.....
Ini lah camera Ku yang jatuh pada malam hari raya pertama dan tidak dapat di gunakan sepanjang hari raya.... Pada hari raya kedua, camera tu di hantar ke kedai tempat Ku membelinya... Alhamdulillah hari ini , lebih kurang pukul 1.30 p.m mendapat panggilan telefon dari Kedai Charlie bahawa ia telah siap di perbaiki ... Alhamdulillah... Waaupun camera ni biasa-biasa sahaja cuma 14 megapixel, tidak lah canggih sangat tapi Alhamdulillah banyak jasanya....
Semasa membeli Camera ini, pihak kedai mencadangkan kepada kami supaya ambil insuran atau tambah tempoh warranty... pada mulanya memang tak sedia nak ambil tambahan tempoh warranty... tapi bila fikir2 mungkin ada kebaikannya.... Memang betul, syukur sangat sebab tak perlu bayar perkhidmatan memperbaikinya...
20 September 2010
ESOK UPSR
ESOK UPSR.... SELAMAT MENJAWAB SOALAN UPSR UNTUK SEMUA MURID-MURID TAHUN 6.....
KHUSUSNYA SEMUA MURID SK PESERAI.....Semua guru mendoakan kejayaan kalian....
19 September 2010
JALAN-JALAN KE KE KLCC
Bersama hubby di jejantas KLCC
Posing di jejantas KLCC
Semalam hantar Biha balik ke UM... Memandang ini musim Hari Raya, sambil tu sempatlah beraya ke rumah Pak Cik Ku, di KL.... sebenarnya dah bertahun2 depa dok KL tapi Ku tak pernah berhari raya ke rumah depa... bila dah hantar Biha ni,dia orang ambil kesempatan membawa kami berjalan2 ke KLCC..
Nak jadikan cerita, susahnya nak naik menara KLCC ni untuk tujuan lawatan ke jejantasnya... kena datang seawal 6.30 pagi untuk ambil tiket... Tiket tu free jer tapi, kena beratur untuk mendapatkannya... Memandangkan Ku keluar agak lewat, lebih kurang pukul 7.00 pagi.... tu dia, beratur panjang.... 9.30 baru dapat tiket.... sabor jer... dah niat nak bawa anak2 berjalan... Terima Kasih daun keladi Cik Intan, sebab bawa kami jalan2 ..... Budi baik Mu hanya Tuhan sahaja yang membalasnya...
Cuma yang agak sedih, camera Ku rosak... jadi tak de lah gambar yang cantik2, semua biasa jer... sebab ambil menggunakan hpone....
Seronoklah juga anak2 sebab selepas naik jejantas KLCC tu, kami ke Petrosains.... sangat berpuashati... tak cukup rasa masanya... InsyaAllah lain kali akan datang lagi dengan anak-anak.
Lah kesiannya ibu nampak tudung jer....
Hubby pun sempat posing di Petrosains KLCC.... ( abah baca apa tu..... )
16 September 2010
HARI OZON ANTARABANGSA -16 september 2010.
Hari Ozon Antarabangsa di sambut pada 16 September setiap tahun oleh negara-negara ahli Protokol montereal Mengenai Bahan Pemusnah Ozon di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Tujuan sambutan ini adalah untuk memberi kesedaran awam tentang betapa pentingnya untuk melindungi lapisan ozon daripada ancaman Bahan Pemusnah Ozon ( BPO) seperti ( CFC ) klorofluorokarbon.
- Sebenarnya kita sebagai rakyat Malaysia kurang mendapat pendedahan tentang Hari Ozon Sedunia ni...
Pulangnya Ku dari ziarah Hari Raya , Ku terserempak dengan sebuah kereta MPV yang menyahut seruan kempen Hari Ozon sedunia.... Uhhh penuh dengan sticker....sayangnya Ku tak dapat ambil gambar kerana Kamera Ku hantar servis sebab terjatuh pada malam Hari Raya pertama tu... maka tiada gambarlah sepanjang syawal ni....
Allah berkuasa, makhluk tidak berkuasa.....
16 SEPTEMBER - PENUBUHAN MALAYSIA
DI KALA KITA MERAIKAN HARI MALAYSIA, SEMUGA SEMANGAT PERPADUAN YANG DIKONGSI BERSAMA INI AKAN TERUS MENJADIKAN MALAYSIA PALING ISTIMEWA.
HARIJADI IDA
13 September 2010
SEPINTAS LALU, UNTUK DI FIKIRKAN.....
Bermula pada 1 Syawal..... Alhamdulillah kami sekeluarga menyambut syawal dengan sederhana sahaja , tetapi kemeriahan dan kegembiraan pada anak2 Ku tetap sama.... mereka ni, seronok bila sampai hari raya sebab mengumpul 'duit raya" sebenarnya...Anak2 Ku yang bujang tu pun sama sibuknya... mereka kata, mereka tak kerja lagi....
Sebenarnya banyak yang nak Ku kongsi....namun sebelum ku menulis lebih panjang Ku ingin meminta maaf kerana mungkin apa yang Ku tuliskan akan menyinggung mana2 pihak....
Bermula pada 1 Syawal.... Ku dengan hubby memang plan tak ke mana.... sebab penat dan mengantuk... nak rehat sahaja... malam tu abang iparKu sekeluarga datang hingga pukul 1 pagi...
Siang 30 Ramadhan teringin pulak Ku nak menganyam ketupat...Menganyamlah Ku... tak banyak 40 biji sahaja... 1 jam siap... Inilah pengalaman pertama Ku merebus ketupat....
Sayangnya gambar tak dapat upload sebab dah upload dalam PC.... dah tu PC pulak meragam dah dua minggu....semua gambar di situ... sabaor jer lah...
Risau pulak Ku nak menulis N3 kali ni... tapi tak mengapalah....tak menceritkan sesiapa... Tentang si isteri yang merungut2 kerana suami dan anak-anak yang tidak membantu membuat persiapan hari raya...kesian pun ada sebenarnya... tapi, bagi Ku senang jer, kalau suami kita tak sedia or berminat untuk membantu, jangan susah-susahkan otak.... Minta suami order sahaja makanan atau apa sahaja yang berkaitan...Sekurang-kurangnya kita tidak berdosa kerana menceritakan kelemahan suami....
Tu cerita pertama, keduanya pulak pada hari kedua.... kami sekeluarga pergi berziarah hari raya ke rumah saudara mara...sedih juga apa yang Ku lihat... ya lah , semasa saudara mara datang berziarah, suaminya tak keluar2... nak tanya kesian pulak... tapi oleh kerana si isteri perasan kami tertanya-tanya agaknya, maka si isteri pun berceritalah.... suaminya tak mengisahkan langsung tentang persiapan hari raya.... saudara mara datang, dia tidur.... uhhh kesian sungguh... meleleh air mata si isteri menceritakan....Dua dah cerita berkaitan suami isteri menyambut hari raya ni...
Moralnya.... bulan baik ini, bukan semestinya ia mendatangan kegembiraan kepada setiap insan... Apalah guna bermaaf-maafan pada pagi 1 syawal sekiranya, pada hakikatnya tiada keikhlasan dan kegembiraan..
Cerita ketiga.... bagimana kita melayan pasangan kita. Kadang-kadang bila difikirkan adakah aidilfitri ini diraikan dengan penuh kesyukuran atau sebaliknya...Bila terfikir apabila kita melayan pasangan dengan baik, InsyaAllah pasangan akan melayan kita dengan baik... cerita ni bermula apabila si suami nampak si isteri mengambil makanan , maka suami mintalah isteri mengambilkan makannan untuknya... dengan marah dan merungut2 si isteri menyatakan bahawa suaminya hanya mengacau sahaja kerana dia nak makan.... dengan malu ,si suami mencari makanan sendiri.... betapa malu dan sedihnya....
Seterusnya.... cerita akhir rasanya....
Dalam perjalanan pulang dari berhari raya ke Kota Tinggi , hubby yang memandu sederhana memotong kereta yang dipandu perlahan.... he he... turun jer bukit maka 2 orang anggota polis dah tunggu di tengah jalan... maka ke tepi lah kami...dalam bersoal jawab dengan anggota polis tersebut, Hubby pun datang ke kereta mengambil duit raya untuk diberikan kepada anggota polis tersebut....
Tak boleh nak tulis semua...... agak sensitif.... Jadi dari pengalaman Ku berhari raya , banyak kisah moral yang boleh kita ambil iktibar...
Syukur kepada Mu Ya Allah kerana, mengurniakan seorang suami yang sangat baik, memahami dan menjadi teman di kala susah dan senang.
KELUARGAKU....
Keluarga Ku bersama kedua orang tua... emak dan abah Ku...
Adik beradik perempuan bersama emak dan ipar Ku...minta maaf bagi yang kurus ye... saiz korang dah macam sama jer...
GAMBAR HARI RAYA KEDUA....
GAMBAR HARI RAYA KETIGA.....
Adik meragam hari , ajak posing punyalah payah....Inilah permata hati Ku.....
08 September 2010
ESOK HARIRAYA.....
Salam aidilfitri.... tentu semua umat Islam sedang sibuk menantikan Syawal yang akan menjelang esok...
Semuga Syawal yang bakal menjelang, akan mendatangkan keberkatan dan kerahmatan untuk kita... Malam aidilfiri adalah malam untuk beramal dan malam kemenangan...Bangunlah untuk membuat Qiamullail sebagaimana kita menantikan LailatulQadar....
Berdoalah kita agar dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.
Bagi golongan arifbillah, pada ketika ini mereka teresak-esak menangis mengenangkan bulan yang sangat mereka cintai akan melabuhkan tirainya. Adakah kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang masih ada?
Semoga Allah SWT merahmati, mengampunkan dosa kita,dan dijauhkan kita dari azab api neraka. Semoga peluang yang masih ada untuk beribadah digunakan dengan sepenuhnya.
04 September 2010
SALAM AIDILFITRI
SALAM AIDILFITRI UNTUK SEMUA , SAUDARA MARA, SAHABAT HANDAI, RAKAN MAYA DAN YANG MENGENALI KAMI SEKELUARGA....
Alhamdulillah, kita berjumpa dengan Syawal yang bakal menjelang....Semuga syawal ini mendatangkan keberkatan , kerahmatan dan kebahagiaan untuk kita....
Teruskanlah amalan Ramadhan untuk bulan-bulan berikutnya.....