
25 April 2011
24 April 2011
KARNIVAL PENDIDIKAN PPD BATU PAHAT - PAMERAN BUKU
Seramai 40 orang murid SKP
6 Juara ni pantang nampak cikgu dia buka camera, masing2 tayang muka.... mereka hebat....
Kumpulan Imam Remaja dari SMK Dato Syed Isa.... tahniah, mereka lah bakal pengganti ulamak kita...
He he mak hajjah dua orang ni....posing gitu....
18 April 2011
MY LOVE ONCIDIUM ORKID....
Indahnya ciptaan Allah.......
Sedang meriah....
Ini orkid harimau yang baru ku beli pagi ahad semalam.... RM 40 sepasu...
LADANG NASUHA PART II
Pokok kayu putih.....
Resort yang berharga RM 600 satu malam..... memang cantik... tapi biasalah anak-anak Ku kalau tak ada swimming pool baik tak payah....
Ini adalah asam gelugor yang dikenali juga sebagai asam keping.....
Ini adalah Pusat Pemerosesan Produk Nasuha.... kami tidak dibawa melawat ke tempat ini....lalu saja..........
Di atas bukit Ladang Nasuha... bersama trem yang membawa kami....hebat tuh....gayat bila menurun bukit atau selekoh.....
LAWATAN KE NASUHA PAGOH
Sebahagian dari Showroom yang cantik....di dalam botol diatas adalah pelbagai produk kesihatan.
Restoran di dalam Dewan Utama.... Pintu putih yang cantik tu adalah pintu tandas...
Di antara Produknya ialah Sabun yang berharga RM 60.... Subhanallah mahal tuh....
Cendol yang beli dengan harga RM 4, tetapi tidak sehebat Halim Cendol.... Rasa Susu Cair jer ....
12 April 2011
ORKID KASIH SAYANG SATU dan DUA.....
Orkid Kasih Sayang dua.....
Orkid ni pulak orkid kurang kasih sayang he he.... dah dua tahun tak berbunga....sebenarnya tahun lepas aku kurang memberi kasih sayang kepada orkid2 ini kerana fokus untuk ke Mekah...Alhamdulillah balik dari Mekah aritu setelah diberi perhatian banyak yang berbunga....
10 April 2011
JADILAH SEORANG YANG RASIONAL....CERIA BUKAN BEERTI GEMBIRA, MURUNG BUKAN BEERTI DUKA....
06 April 2011
SYUKUR KEPADA MU YA ALLAH....ALLAH MEMANJANGKAN USIA KU....
Syukur kepada Mu Ya Allah kerana dengan kasih sayang Mu terhadap hambaMu yang kerdil ini memberi kesempatan untuk bernafas di bumi Mu Ya Allah , sebagai umat Islam yang mendambakan syurga Mu.....
Syukur kepada Mu Ya Allah kerana mengurniakan sifat kasih sayang dengan Mu Ya Allah dan kasih sayang sesama makhluk..... memberi ku peluang menjadi isteri kepada seorang suami yang sangat baik di mata hatiku, menjadi ibu kepada anak-anak ku yang dikasihi, menjadi anak yang biasa-biasa sahaja kepada kedua ibu bapa ku, menjadi kak long kepada adik-adik yang aku sayangi, menjadi pendidik kepada anak didik Ku dan menjadi insan yang biasa-biasa sahaja dalam dunia Mu.....
Ya Allah dengan rasa rendah diri ini, aku bermohon kepada Mu jadikan aku Muslimah yang sejati , sentiasa taat dengan perintah Mu, taat kepada suami ku, hormat kepada sesama insan.
Ya Allah panjangkanlah umurku, berikanlah kepadaku kesihatan tubuh badan, akal fikiran yang waras dan sumber rezeki yang halal ....