27 February 2013

KALAH JUA AKHIRNYA MENGAWAL AMARAH....

Luahan rasa kiranya...apa pun InsyaAllah tidak bertujuan untuk mengaibkan  peribadi sesiapa....

Bermula dengan  taklimat program yang di anjurkan oleh PPD di Bilik Mesyuarat untuk semua guru penyelaras daerah....Dah namanya tuan rumah , sedikit tidak sediakan juga minum petang untuk tetamu ...
Jam dah menunjukkan 2.00 pm, minum petang yang dipesan tidak sampai juga....Guru-guru dari sekolah lain dah mula sampai....Bos dan Pegawai dari PPD dah masuk untuk mulakan taklimat...
Cuppp baru lah seorang budak pekerja kantin tu hantar dua piring kuih dan air ....Aikkk mana pula cawannya... Datang lagi seorang , cawan pula sedulang demi sedulang...

Dah mula geram nihhh... Tengok cawan yang di hantar  Subhanallah cawan yang comot macam berbulan tak basuh...berkerak sana sini...Wahhh hati lagi geram...Dulang yang digunakan pulak MasyaAllah bukan sahaja bertahi lalat sana sini, dah terpeleot bucu-bucunya...Aduiihhh segan nih kalau cikgu2 nampak, serba tak sempurna pada pandangan mata I...Nak tak nak turunkan dari dulang dan susun atas meja....Bertambah lagi gerammmm.....

Kuih kedua datang ... Bos dah menjemput untuk minum, pinggan tak sampai lagi.... dengan kasut 2 inci I berlari turun ke kantin tanya pinggan polisterin seperti mana order  semasa Jumaat lepas...Apa jawabnya " Alamak cikgu lupa beli lah  ...." Wa ha ha dah tak sabar dah ni....syaitan pun dah goda supaya aura marah tu datang....

Maka terkeluar " MasyaAllah... awak ni macam mana, benda simple pun tak boleh nak settle, dia orang nak makan dengan apa ni... Bos dah jemput makan tau tak...lepas tu awak tau tak , awak kasi cikgu2 ni minum guna cawan yang sangat comot...macam setahun tak basuh....Esok awak klorok cawan2 tu boleh tak ? Awak ni nak meniaga ke tidak... Failed betul lahhhh.....Pap ! habis mengahamburkan amarah terus berlari naik semula ke bilik mesyuarat....ohhh Tuhan .....sampai di atas tetamu dah makan beralaskan tisu....Ermmm sedih kerana melayan tetamu sedemikian rupa....( I memang cerewet bab melayan tetamu ni...)

Layankan jer lah depa nihh.... sedang sibuk menuang minuman lah kononnya, datang lagi sejenis kuih bersama pinggan polisterina....

He he... ada pulak bunyi dari rakan2 ni...wahhhh ada makan lagi lah..mi goreng kot....kelakar . Tak tau depa ni sebenarnya piring makan kuih yang  baru sampai....

Sebenarnya bukan apa buka cerita ni...Untuk mengingatkan diri sendiri. Belajar2 lah berniaga secara professional. Kalau rasa tak mampu untuk mengembek di kandang kambing, cukup lah sekadar menguak di kandang lembu...Belajarlah memperbaiki kelemahan...Sekurang-kurangnya tahu tentang adab berprotokol...Sesuaikan lah dengan pelanggan kita... Bukan kita nak ditabik atau sebagainya tapi cukup sekadar berikan kesempurnaan. Bersih, teratur,  bertutup dan apa sahaja yang berkaitan....Jangan lah hidangkan makanan tanpa bertutup...berapa sen sangatlah plastik wrappers tu dan sediakan tisu....
Aduhhh dah macam mak nenek pulak...tapi sesungguhnya memang untuk mengingatkan diri sendiri....


03 February 2013

APA NIIII ? MACAM2 LAH KAK MEHA NI.....

Apa niiii..... macam robot ada, macam tapak tangan ada....
Kebetulan keluar dengan dua orang my bestfriend ke Bandar Batu Pahat selepas sekolah....Depa dua ni memang kaki solek... I pulak memilih untuk sempoi sahaja.
Ke mana depa pergi.... Kedai Magic Boo..... Apa punya kedai tu.... kira macam barang2 perhiasan diri atau rumah yang kebanyakannya datang dari China....
Depa ni habis di pusingnya kedai ni, semua di beleknya..... Kita yang kurang berminat ni dok ikut ler...
Akhirnya setelah lebih kurang 40 minit,depa dok keluar lenggang kangkung....Tak beli apa....

Yang kelakarnya I yang saja mengikut depa, dan tak berhajat untuk membeli barang tersangkut juga beli barang di atas....
 Apa bendanya yang dibeli tuhhhhh..... Dua orang kawan ni pelik tengok I... Ya lah pergi dengan selamba jer tapi ada yang dibeli... " Kor beli apa Meha ? "Ha ha alat untuk mengurut... memang berbaloi beli . Harga dah ler murah, sangat senang nak guna....Biji2 yang kita nampak tu macam penabur , boleh bergerak2.....Bila kita mengurut besi tu akan bergerak mengurut...Tangan kita masukkan dalam pemegang di belakangnya seolah2 kita menggunkan sarung tangan...

Inilah dia sesekali nak release tension  beli benda yang pelik tapi boleh digunakan....Ha ha depa dok gelak.... " Meha ni ada juga yang dibelinya, kita hapah pun tak de....". Mana nak belinya , yang dibelek rambut palsu , entah apa punya jenis penyepit dan  apa2 lah lagi .... Maklumlah I ni kan failed bab2 merias...( dah puas kot masa anak dulu )

01 February 2013

RAGAM....

 " Eeee cantiknya gigi awak , putih bersih....mesti pakai ubat gigi colgate . Cikgu nak ambil gambar awak boleh....".  " Boleh boleh cikgu....cepatlah cikgu "...( Ini lah aksi mereka semasa sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah pada 25 hb Januari yang lalu....)

Tengok macam iklan gigi lagi depa nihh....

                          Gigi rosak pun depa nak tayang...          

Cikgu ambil gambar kita juga .... Cikgu ambil lah gambar gigi kita.... he he dah namanya budak, dengan tanpa malu-malu disuruhnya ambil gambar gigi dia.... Kalau lah depa  tahu muka depa nak masuk dalam blog....lagilah suka agaknya...Tapi kalaulah dalam sekelip mata depa jadi dewasa dan lihat gambar ini, mahunya di marahnya I ambil gambar depa....

 He he ini lagi comel.... habis dah gigi yang atas tu hitam bersepah2......