15 May 2010

SELAMAT HARI GURU

Inilah Doaku....





Walau apa pun selamat SELAMAT HARI GURU, kepada suamiku kerana dialah guruku di sepanjang masa, kepada kedua ibubapaku, kerana merekalah guruku dari dulu hingga kini,(istilah guru terlalu subjektif, bukan sahaja di dalam bilik darjah) kepada semua bekas guru-guruku, kerana tanpanya belum tentu aku menjadi guru, kepada semua rakan guru SK Peserai, kerana merakalah pembakar semangatku untuk melaksanakan amanah ini dan semua guru di Malaysia juga di mana sahaja....


TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA MENJADIKAN KU SEBAGAI GURU



PESANAN HARI GURU:

1. Guru dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawanya ada mesra...Semuga menjadi guru yang berjaya mendidik jiwa dan minda...
Dari : Ustaz Muhibbudin


2. Cantik seorang guru kerana kejernihan wajahnya, manis seorang guru kerana senyuman yang indah, ayu seorang guru kerana kesederhanaan lahiriahnya, hebat seorang guru kerana kesabaran hakiahnya, dan mulia seorang guru kerana keikhlasannya. SELAMAT HARI GURU.." Guru Pembina Negara Bangsa
Dari : Ustazah FarhanaIslah


3. " Guru" bagaikan NTV 7 kerana CERIA SELALU, " Guru" pula kadangkala bagaikan TV3 kerana MENJADI INSPIRASI HIDUPKU, Yang pasti " Guru" bagaikan TV 9 kerana DEKAT DI HATI..... , yang paling penting " GURU" juga bagaikan PACKAGE ASTRO kerana macam-macam ada .... SELAMAT HARI GURU...
Dari: Pn Fadzilah Paiman , En Aziz ( GPK Koko)


4. Guru itu ibarat ibu bapa, padanya jangan derhaka.... Guru Ibarat Pendita, Lidah mindanya pedoman sepanjang masa... Guru ibrat Doktor, pengubat jiwa yang kotor...guru ibarat pemandu jalan selamat ke tempat tuju, guru ibarat peladang, menanam modal insan masa depan, guru ibarat imam , menjadi ikutan para makmum,Guru ibarat rakan, tempat mencurah perasaan, Guru itu manusia biasa, sedikit cela panjang cerita....
Dari : Pn Normala

5. Selamat Hari Guru
Dari: Kak Limah Madon

6 . Selamat Hari Guru Cikgu... terima kasih atas segala ilmu yang diberi, saya sayang cikgu...
Dari : Suraya Azmi( bekas Anak Murid )

7. Selamat Hari Guru cikgu
Dari : Siti Aqilah bt Talib ( bekas anak murid )

8."Selamat hari Raya Guru". Maaf Zahir Batin. Kita pembina Negara dan bangsa. Terima Kasih kerana ingatan
Dari: GB SKP


9.Jadilah seorang guru yang hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU,nasihatnya di SERU,tingkahlakunya diTIRU... SELAMAT HARI GURU
Dari : Hjh Rohani bt Md Yusof


10. Setitis jadikan Laut,Sekepal jadikan gunung, Jasamu kelak disebut, namamu kelak disanjung,hidup didunia dikenang orang, mati nanti didoa berpanjangan, SELAMAT HARI GURU
Dari : Bakal Biras ( Cikgu Fizah Seri Medan )

11. Banyak dapat BUNGA ?* Tanda tugas guru mengharumkan dunia. Dapat PENDRIVE tanda guru DATA. Dapat PEMADAM tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta. Dapat MESEJ tanda guru sentiasa dalam ingatan.. SELAMAT HARI GURU
Dari: Kak Halimah Fadzin
( rakan semaktab)



12. Apakah cita-cita anda sebelum jadi guru? Mejistret? loyar ? Engineer? Anda menyesal menjadi guru ? Cuba lihat ada tak loyar yang sanggup pakai topi arkitek ? ada tak majistret yang berani sarung kot doktor ? Tapi GURU adalah semua itu. kita lah loyar bila PARENTS soal, MAJISTRET bila murid bergaduh, Hatta security guard dan AHLI NUJUM pun kita... hari ni pulak jadi TUKANG KEBUN gotong royong perdana. oleh itu banggalah jadi Cikgu. SELAMAT HARI GURU....
Dari : Zamziah Ishak... Kulim Kedah




GOTONG ROYONG PERDANA

RIANG RIA GOTONG ROYONG





Posing Cgu Roslinda dan FS sekolah merangkap camerawoman Pn Masrianis







TEAM TAMAN SAINS




Malang nasibmu sang cengkerang...

Foto candid Cgu Mambang... nak kentut ke ape tu...


Biar betul bos, jangan sakit pinggang lah pulak...


TEAM PROJEK LADANG PPKI




Adus Pn Koh n Shamsuree... tukang rumah tak boleh cari makan lah macam ni..

TEAM PERKHEMAHAN

Weh Cikgu Aziz ni nak patahkan tiang ke nak dirikan tiang




Aksi-aksi orang kuat team perkhemahan...


14 May 2010

MAJLIS MERISIK ADIKKU ELY




Alhamdulillah majlis merisik yang dirancang beberapa minggu telah selamat berjalan dengan lancar.
Wakil dari pihak lelaki seramai 3 orang, iaitu ibu, abang dan kakak iparnya dari Seri Medan telah datang menyempurnakan majlis.
majlis nya ringkas tetapi Alhamdulillah lancar. Majlis disertakan dengan menyarung cincin dari pihak lelaki.

12 May 2010

MENGERAT KUKU




Hari Ku nak berkongsi tentang mengerat kuku... atau biasa kita katakan "potong kuku".
Dari zaman kita kanak-kanak lagi, macam-macam yang orang tua ingatkan pada kita cara terbaik untuk memotong kuku....


Ingat dulu-dulu, nenek kata jangan potong kuku malam nanti mak meninggal...jangan potong kuku waktu senja, dan macam-macam lagi alasan yang diberikan. Tapi bila kita fikir secara logiknya, potong kuku waktu malam ni memanglah tak elok, bukan apa..... pada masa dulu kala bekalan elektrik tiada di kampung2,so apabila potong kuku malam tentulah gelap dan bimbang terpotong kulit jari tu... So hari ni nak kongsi tentang mengerat kuku ni....

HUKUM MENGERAT KUKU


Barang siapa yang mengerat kuku pada:

Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit. Mempusakai penyakit akilah (yang disebabkan banyak makan)


Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan. Hilang berkah


Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat. Mempusakai sifat alim fadhail ( orang yang berilmu dan mempunayi kelebihan )

Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit. Mempusakai kebinasaan.

Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.Mempusakai jahat perangai

Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit. Mempusakai sifat kaya

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan
masuk kepadanya rahmat daripada Allah. Mempusakai ilmu dan lemah lembut.


Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya.




Walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu dihormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, bukannya tong sampah sekalipun tong sampah itu bersih.

Mulakan kerat kuku itu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan mula dengan jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhirnya ibu jari tangan kanan. Kaki pula, mula dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri.

DOA MEMOTONG KUKU

"BISMILLAHI WABILLAHI WA'ALA MILLATI MUHAMMADIN WA AALI MUHAMMAD"

Tiada gugur yang dikerat itu melainkan dengannya pahala memerdekakan seorang sahaya dan tiada sakit melainkan sakit mati

PENGAJARAN

Islam sangat perihatin terhadap memuliakan anak Adam, termasuklah anggota badanya. Kuku yang dipotong, sunat ditanam dalam tanah sebagai tanda hormat kerana ia adalah anggota manusia.

Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas dan Junub.Kitab al-Ihya’ ada menyatakan bahawa jika seseorang dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum mandi junub. Ini kerana potongan itu akan kembali kepadanya dengan keadaan junub

11 May 2010

BAHAGIA ITU BILA MEMBAHAGIAKAN....







Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi tidak bahagia.Pegang kata-kata ini. Maknanya , untuk kita bahagia, carilah orang yang paling hampir dengan kita dan bahagiakanlah mereka. Hanya setelah itu barulah kita akan merasa bahagia.

Sesungguhnya bahagia itu bukan "benda" yang akan berkurang bila diberikan, tetapi ia umpama cahaya yang semakin diberikan, akan bertambah terang cahayanya...

Siapakah yang paling hampir dengan kita? Siapakah yang paling layak kita berikan bahagia ?

Bagi seorang isteri suamilah yang paling layak diberikan kebahagiaan itu. Jika suami yang di sisi tidak bahagia , jangan harap kita boleh membahagiakan orang lain. Cuba kita bayangkan kalau suami kita tidak bahagia adakah kita akan bahagia.Kerana hakikatnya kita tidak akan bahagia selagi orang terdekat tidak bahagia.

Bagaimanakah kita berusaha untuk membahagiakan suami kita...


1. Hargailah kehadirannya. Rasakan bahawa kehadirannya adalah satu anugerah yang tidak ternilai yang Allah berikan untuk kita. Bagaimana kita boleh menghargainya. InsyaAllah kalau ada kemahuan tentu ada jalan...Kata orang , kasih cinta umpama aliran air. Kita sentiasa tahu ke arah mana air itu hendak mengalir.Mungkin suami kita telah penuh uban di kepalanya, tetapi anggaplah uban itu "mercu tanda" pengorbanannya membina rumahtangga kita.


2. Pandanglah mata hatinya.Kalau semasa bercinta dari mata turn ke hati, tetapi setelah lama bersama , pandangan kita mestilah lebih berharga dan murni lagi....Hargailah selagi ia masih di hadapan mata. Begitulah selalu pesan cendikiawan dan pujangga. Malangnya kita selalu terlepas pandang. Sesuatu yang "terlalu dekat", kadang-kadang lebih sukar dilihat dengan dengan jelas.


3. Jangan Lokek untuk bertanya berita. Sekiranya berjauhan jangan terlalu lokek untuk bertanya berita. Jika duduk berjauhan , masa berSMS bersama teman lebih banyak berbanding suami sendiri...Wajarkah ? Selalulah bertanya khabar, nyatakan rindu dan kasih kepadanya.
Hargailah kehidupan ini dengan kasih sayang dan cinta. Kita tidak akan bahagia sekiranya orang di sisi tidak bahagia....

Jangan lupa sentiasa berdoa dengan Yang Maha Esa, agar Allah memberi kebahagiaan dunia dan akhirat kepada kita, juga diberi perlindungan dunia dan akhirat. InsyaAllah....

MUTIARA DARI SABAH


Dari Nahi dan Dilah ( baru dapat )


Dari Nadia Azim yang tinggal di Tenom Sabah... Yang putih tu bentuknya agak pelik kerana dah lama ku pakai...

Dari Nadia Azim, Tenom Sabah

Ku memang dari zaman di maktab lagi memang minat dengan mutiara. Ya lah masa tu ada ada rakan sekelas dari Sabah, keturunan Brunai... Awangku Adnan... He he ingat pulak dengan kawanku ni... Kami panggil dia dengan panggilan Adnan jer...

Bila balik dari kampungnya di Sabah, tu diaaa... apa lagi, bisnes mutiara lah... ramai lah kengkawan yang dok memesan.... Tak kurang juga diriku.Waktu tu sebiji dia jual dengan harga RM10... Entah ke mana agaknya biji2 mutiara tu....
Sekarang pulak sorang kawanku, tinggal di Tenom Sabah... So si Nadia lah yang selalu hantar mutiara putih dan hitam untukku....
Dan yang terkini, gelang mutiara yang cantik dari dua orang sahabat .





10 May 2010

MOTIVASI TAHUN 6









Pada hari Sabtu yang lalu telah diadakan motivasi untuk murid-murid tahun 6. ...
Motivasi tersebut telah dianjurkan oleh Badan kaunseling SKP....


Objektif :

1. Menimbulkan kesedaran kepada murid tentang persediaan yang rapi menjelang peperiksaan.

2. Menekankan kepada murid tentang persiapan peperiksaan dan kepentingannya untuk mencapai kejayaan.

3. Membuka minda murid untuk menjadi cemerlang memenuhi harapan ibu bapa.

Selepas majlis motivasi semua guru menghadiri mesyuarat tentang audit akedemik oleh Tuan Guru Besar.

09 May 2010

RUMAH BARU ABG IPAR.....








Apa lah yang dibincang abg dgn adik tu.....anak2 sempat posing...


Cuti-cuti ni ziarah abg ipar yang sedang renovate rumah... hush kushmangat... besar sungguh dan grand lah gitu rasanya...

Ya lah rumah setingkat kos sederhana yang diubahsuai... faham aje lah beli dulu beberapa tahun lalu sudah RM 80 +++, ubahsuai pulak cecah RM 2++ +++.... Tentu lah besarnya bukan main...

Tapi ya lah... suami ni dah tak de mak dan ayah... so automatic rumah ni menjadi rumah utk adik2 menumpang kasih....

Tunggu nanti akan masukkan post rumah yang siap....