02 June 2011

TALAM DUA MUKA - PERNAH DENGAR PERIBAHASA INI...



Pernah dengar peribahasa ini.... entah mengapa ada sesuatu yang membuat Ku ingin menulis N3 ini...Ia tiada maksud apa-apa, hanya untuk mengingatkan diri sendiri...


Dalam dunia sekarang ini bermacam-macam ragam manusia ada. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai. Ada yang hitam ada yang putih. Ada yang wangi dan ada yang busuk. Ada yang boleh diharap dan ada yang tidak boleh diharap. Ada yang tidak suka tikam belakang, ada yang suka tikam belakang. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai.


Manusia talam dua muka ini memang manusia yang amat-amat merbahaya. Kenapa dikata merbahaya? Satu yang paling ketara tentang talam dua muka ini ialah, mereka pandai bermuka-muka. Manusia yang mempunyai banyak muka. Bukan satu bukan dua malah beribu. Di depan kita dia baik, tetapi dalam masa yang sama di depan kita juga, dia boleh bertukar menjadi seperti manusia yang tidak pernah kita kenali.


Ada juga yang apabila di depan kita dia baik tetapi di belakang kita, dia akan memfitnah kita seburuk mungkin. Dalam dunia akhir zaman semakin banyak manusia seperti ini. Jenis yang bermuka-muka dan tidak ikhlas apabila berkawan.Bila di depan kita mereka menceritakan keburukan orang lain, sudah pastinya apabila bersama orang lain mereka akan menceritakan keburukan kita. Pernahkah kita menghadapi atau berjumpa dengan manusia yang sebegini? Atau adakah kita sendiri berperangai sebegini tanpa kita sedari. MasyaAllah taubatlah….Munafik kata Allah…


Manusia talam dua muka ini sebenarnya bukan boleh dipercayai kerana di depan kita bukan main baik lagi tetapi di belakang kita, habis satu dunia dia fitnahkan kita. Talam dua muka ini seperti juga manusia hipokrit, suka berbohong untuk menutup pekung di dada. Pandai membuat janji tetapi tidak pandai menetapi janji.


Talam dua muka pula amat pandai memberi pujian tetapi pada masa yang sama boleh bertukar menjadi seperti musuh apabila duduk bersama orang yang lebih tinggi darinya. Niatnya hanyalah satu, untuk membeli jiwa orang diatasnya supaya menjadi sahabat barunya. Sahabat lama, dilupai dan dijatuhkan tanpa perasaan. Berhati-hatilah mungkin tanpa sedar kita atau kawan kita adalah mereka….



Tetapi harus ingat, kita juga perlu bersangka baik dengan sesama manusia, rakan atau keluarga, kerana sekiranya kita berbuat baik sesame insan InsyaAllah ada ganjarannya dan mudah-mudahan Allah lindungi kita dari mereka yang bertalam dua muka atau beribu-ribu muka…

1 comment: