14 April 2012

......KEPADA KAK MAZNAH...

Hari ini ke hospital menziarahi jiran kami En Hamzah yang dimasukkan ke ICU Hospital Batu Pahat kerana sesak nafas tiba-tiba berpunca dari beberapa penyakit yang dihidapinya...

Bertemu isterinya dan bertanya khabar, turut merasakan sebak dan sukarnya melalui kehidupan ini.... Walau apa pun ku nyatakan padanya apa sahaja ujian yang Allah beri semua ada hikmahnya...

En Hamzah ni muda lagi 3 tahun lebih tua dari ku sebenarnya.... ya lah jiran aka kawan berborak masa sekolah dulu.... menghidap kencing manis setelah beberapa tahun,mengambil insulin sebagai salah satu rawatan, sampai satu peringkat keadaan kedua2 buah pinggang yang tidak dapat berfungsi dengan baik.... membuat dialisis.... dan pada tahun ini sudah beberapa kali dimasukkan ke hospital.... dan yang terkemudian pada hari khamis yang lalu setelah beru seminggu keluar dari hospital...

Dimasukkan ke wad ICU kerana koma menurut kak maznah tadi.... keadaannya nampak semakin kritikal kerana telah mengganggu sistem darah dan jantung.....Mendengar cerita kak maznah tadi , ku pun merasa takut ..... bila buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik, nak minum air pun terpaksa di catu... sampai satu peringkat bila batuk terpaksa telan semula kahaknya kerana badan terlalu kering....tidak dapat membuang air kecil.... 3 kg air dikeluarkan semasa dialisis semalam .... hari ini pula tekanan darah mencecah 190 hb....MasyaAllah....
Insafnya.... ya lah dalam usianya , isterinya hanya seorang suri rumah, anak-anak masih bersekolah, belum ada yang bekerja.....kita pun faham bagaimana keadaannya....

Untuk mengingatkan diri sendiri. Jaga lah kesihatan semasa sihat ni.... jaga makan, minum , amal dan apa sahaja untuk kebaikan diri....walau apa pun sentiasa ingat kita ada Allah.... Allah yang mengatur seluruh alam. Sakit, sihat, gembira , duka dan nikmat dunia adalah darinya....Berbuat baik dan beramal soleh lah semasa muda.... kerana belum pasti apabila tua kita akan sihat dan dapat menampung amalan kita sepanjang hayat......

Untuk kak maznah , banyak lah berdoa.... bacalah yassin dan surah2 yang mempunyai fadilat2 tertentu....bermunajatlah pada Allah kerana hanya itu yang mampu diberi kepada yang sakit....Semoga akak tabah sentiasa.... Sesungguhnya Allah akan menguji hambanya yang benar2 kuat untuk menghadapinya...

1 comment:

  1. Salam kenal. I dah follow blog ni.follow i balik ye..tq..;)

    ReplyDelete