07 September 2012

SEBAK MELANDA DI DADA....

Menziarahi sahabatnya, atau lebih layak untuk digelar senior....mengundang beberapa rasa untuk diluahkan....

Sebenarnya bukan apalah sangat...tapi memandangkan usia ku yang makin bertambah dan rasa kasih sayang bersama anak2 yang menebal memang cerita ini mengundang sebak di dada....

Menziarahi sahabat senior ini ( rasanya lebih sesuai gelaran ini suapaya tidak menyinggung mana2 pihak ) atas tujuan silaturrahim dan ziarah syawal....Sedang kami berbual-bual sambil makan kuih dua orang kanak2 perempuan datang menghampiri kami dan duduk mendekati kami...
." Cucu akak ke ni.." Aaaah cucu aku.... Seorang darjah 2 , seorang 6 tahun...".

"Aku nak pulangkan pada tuannya lah budak berdua ni..."

" Siapa tuannya kak...."

" Bapak dialah...." ( sebenarnya anak ini dibela kerana ibu bapanya yang bercerai . Ibu bapanya adalah pasangan muda lagi. Bapanya sudah berkahwin baru dengan ibu tunggal yang membawa anak manakala ibunya pula anak kepada sahabat senior ini masih belum berumahtangga dan dalam mencari pasangan, menurut kata sahabat ini)

" Lah akak kenapa akak nak kasi bapak dia, akak belalah....nantikan bapak dia tak bela dengan baik tak jadi orang budak tu....kesian cucu akak...." kataku...

" Tak pe lah itu bapak dia punya pasal...." ( MasyaAllah bahasa seram kita dengar )

" Lah mak dia kan anak akak....maknya tak nak bela ke kak....kesiannya anak2 ini....Emak sendiri pun tak nak bela . Kan darah daging akak....kesiannya saya tengok " ( Waktu perbualan itu si cucu dua orang itu ada bersama kami....Cuba bayangkan apa perasaan mereka mendengar si ibu dan datuk serta neneknya tak mahu membela mereka )

" Maknya dah ada boyfriend, tahun depan nak kahwin....susahlah duduk dengan bapa tiri , bujang pulak tu....."
"Aku pun dah malas nak bela, susah aku nak jalan2....tak de siapa nak hantar ke sekolah kalau akau jalan2 ke rumah anak...."
( wah macam cerita P Ramlee pulak....anak sendiri pun tak bela )

Seorang kawan ku pun menyampuk, " Kasi aku jer lah kak, biar aku bela " ( wah sob sob sob sedihnya dengar....orang lain yang dengan pun tak "tegel" orang jawa kata nak kasi kat orang macam mana darah daging sendiri tak nak bela....musykil sungguh )

Dan cerita pun berpanjangan...sebelum kami balik sahabat ini bercerita lagi tentang hajatnya untuk memberi cucunya kepada bapa nya yang telah berkahwin lain....
" Apalah akak ni, orang berebut2 menuntut hak penjagaan anak, anak akak dah dah ada depan mata tak nak bela..."
" Alah biarlah bapak dia jaga, anak orang boleh dia jaga kenapa anak sendiri tak nak jaga "

Lalu dalam hati ini berkata " apalah jenis manusia ni, tak tau bersyukur langsung....dibuatnya berkahwin lain nanti Allah tak beri izin untuk dapat anak, baru tau Allah itu Maha Kaya dan langit itu tinggi atau rendah..."

Kesimpulannya: Apa pun cerita keruntuhan rumahtangga pasti akan membawa kesan kepada anak2...Kalau tak bersedia memikul tanggungjawab tak payah berumahtangga.....menimbulkan masalah sosial jer kepada institusi masyarakat...Menyelesaikan masalah bukan dengan berdendam atau berprasangka...bawa-bawalah diri tu kepada Allah, supaya kita ni berfikiran waras dan hati selalu ingat kebaikan...

Untuk diri sendiri dan kepada yan sudi membaca, beringat-ingatlah bahawa anak itu adalah anugerah terindah yang Allah kurniakan kepada kita....




No comments:

Post a Comment