06 December 2012

MELAKA PART 2


 Alhamdulillah walau mood berkecai kerana sukarnya nak upload dan masuk N3 baru, tapi nak menulis juga....Hampir 2 jam nak masuk N3 Melaka Part 1....Tensionnnn....kena buat juga sampai mahir....Tolonggg!!!!  lembutkan tangan dan hati...

Ini lah tempat penginapan kami....Membuat lawatan sambil belajar biasalah.... biasanya kami akan memilih tempat yang ekonomi tetapi selesa....

Inilah Balai Cerap Al Khawarizmi....Nampak tak kat atas tu, bangunan yang berdindingkan kaca... itu lah tempat para petugas mencerap... cuba perhatikan betul2, sebenarnya waktu ini adalah jam 8 pagi dan di dalam balai itu ada beberapa pelawat yang membuat cerapan ....


Kami bergambar sebelum balik.... rasanya cukup semua kami yang terlibat dengan guru dan murid dalam gambar ini....



Tempat seterusnya adalah Melaka River Cruise...kami naik dari Taman Rempah...Depa dok tanya ..." Kenapa tak ke sini waktu malam ?"...sebenarnya malam sebelumnya kami pergi juga tetapi hujan lebat, maka mereka membatalkan perjalanan merentasi sungai buatan ini...Tapi bagi ku syukur sangat kerana perjalanan pada waktu siang lagi seronok kerana boleh baca segala papan tanda yang terdapat di kiri kanan sungai ini...



Dari Melaka River Cruise kami terus ke Kampung Buku Malaysia Melaka....Ibu dah malas nak posing...so kasi peluang kat anak dara ni lah he he...Anak dara kat depan pintu masuk  bangunan ini.... Nampak macam best jer erk...tapi hampehhhh......


Dari Kampung Buku kami ke Zoo Melaka....ha ha yang nih anak dara tak nak posing.... tak nak katanya, macam budak sekolah....
Dari Zoo kami ke Masjid MITC.... he he...biasalah Ku menghabiskan masa terluang dengan novelllll....depa semua g solat. Perkara yang mesti ada dalam handbag ku adalah , surah yassin, tasbih elektronik dan novel....

Dan gambar yang kat atas ini adalah di Melaka Central... kenapa Melaka Central....Ha ha... kalau cerita confirm tiga hari tiga malam tak habis....dan akhirnya kami semua balik dengan menaiki Bas Ekspress Orchid.....

No comments:

Post a Comment