22 March 2013

HASIF MUSA DAN AMIRUL HAZIQ....

Khamis 21.3.2013...


Haaaa ini lah dua bujang tuhhh....si adik buat muka tak bersalah  dia.....
Kaedah smart clamp ini memang sangat bagus... senang jaganya
dan cepat baik...
Awal tahun hari tu Hasif Musa menyuarakan hasratnya untuk berkhatan.... Katanya tak mahu sembahyang dibelakang saf di masjid.... Alhamdulillah dah menginjak dewasa....( anak2 ni memang jaga sembahyang di masjid )

Semasa cuti Tahun Baru Cina tempoh hari agak padat jadualnya. So janjilah dengan si bujang sapian ni supaya berkhatan cuti sekolah Mac ni....
Dan pagi khamis Hasif Musa selamat berkhatan di Klinik Putera Tongkang Pecah....

Wahhh si bongsu bila abangnya nak berkhatan dan macam2 ragamnya..... Dia nak berkhatan juga katanya....
" Adik, adik baru tahun 1 , tunggu besar sikit boleh tak...Nanti adik darjah 2 atau 3 adik dah pandai mengaji dan ambil wuduk dengan sempurna, ibu khatankan adik......", Pujuk ku....
"Alaaaa ibu nak sunat juga ... Hasif tu boleh , kenapa adik tak boleh.... "
" Hasif dah besar , dah pandai sembahyang  betul dan mengaji....." kata ku.....

Akhirnya...... pagi  si abang berkhatan dan petang adik pula berkhatan....Tunaikan juga hajatnya....Pagi sewaktu si abang ke klinik dia mogok tak nak sekolah kerana nak berkhatan...He he macam2 anak2 ni....Ada orang yang sanggup menangis2 dan takut berkhatan dia selamba jer...Si bongsu semasa nak berkhatan dok mengacau doktor nak buat kerja...Doktor yang risau dengan gelagat si bongsu siap tolak kepala suruh berbaring....

Balik dari berkhatan tanyalah kat si bongsu kenapa kejap duduk baring semasa nak berkhatan...." Adik nak tengok lah bu, doktor potong dengan apa....Hasif kata guna pisau besar " Tu diaaooo ehhhh....Hasif takutkan adiknya supaya tidak berkhatan....Macam2 depa nih.....

Dan syukur hari kedua setelah berkhatan dua2 bujang tuh dah sihat dan dah memakai seluar....




1 comment:

  1. anak2 di Kedah meha, seawal 5 dan 6 tahun sudah bersunat berbanding dgn kita di johor. kalau 8 tahun tak sunat lagi memang janggal...heee

    ReplyDelete