17 April 2013

REDHA ITU IKHLAS , PASRAH ITU MENYERAH...

Yang pasti ia bukan kata-kata dalam Ombak Rindu....

 Alhamdulillah terasa nak menulis setelah sekian lama menyepi....Just update kot..
Redha ....Ikhlas... macam sama maksudnya.... terpulang pada masing-masing membuat tafsiran...Bagaimana nak dapat ikhlas kalau kita tak redha...Ikhlas ni lagi tinggi darjatnya kerana ia mengaitkan  hubungan kita dengan Allah....Ikhlas atau tidak kita hanya Allah yang mengetahui...

Kadang terfikir juga ihklas kah I selama ini dengan apa yang dilalui....Jawapnya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Aduissss mulalah rasa hiba.... macam kecil sangat diri ini...Bila fikir redha pula, InsyaAllah sehingga hari ini, apa yang I lalui sama ada pahit atau manis I anggap jer asam garam kehidupan.... Rencahlah orang kata.....tak ada asam dan garam maka makanan yang kita makan terasa hambar....So lalui dan hadapi samada ia senang atau susah...

Jangan kata hidup ni tiada ujian....memang sentiasa ada...Terimalah segala ujian tu dengan redha... Kerana ujian ni macam kejutan dari lena....atau hujan yang tiba-tiba di waktu panas....atau boleh kata juga ada bukit di jalan yang lurus.... Cuba bayangkan memandu di lebuhraya, sepanjang perjalanan berkilometer jauhnya lurus sahaja tiada bukit bukau, merempit lah jadinya atau mengantuk kita dibuatnya....

Namun jangan pula terima sahaja ujian tu tanpa kita berusaha untuk menyelesaikannya....Pasrah tu namanya...Bila pasrah bermakna kita menyerah dan kalah....Dan tanpa disangka nanti ujian akan datang lagi....Yalah kita tak beringat senang kata...

Bila kita diuji marilah kita muhasabah diri, mungkin ada kesalahan kita yang kita tak sedari, ada kata-kata kita yang kita tak sedari menyinggung perasaan seseorang, ada tingkahlalu kita yang mengguris hati seseorang.....Maka Allah beri kita ujian...Apa pun ujian yang Allah beri ia bertujuan untuk mendekatkan diri kita dengan Allah....

Bagaimana caranya.... Memohon ampun , dekatkan diri, kecilkan diri, rendahkan diri, betulkan amal infradi....Dan berdoa semoga apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya....

( To my dear friend....jangan panik...tenangkan diri, jangan terkesan dengan apa yang berlaku, tak perlu takut dengan makhluk kalau kita di pihak yang benar, Lebih baik you takut kan Allah kerana kita tidak tunaikan amanahnya...dan jangan lupa kawan senang berada dimana-mana, tapi teman semasa sukar bersembunyi di kalanya)



No comments:

Post a Comment