Saat ini tablet pc seakan akan telah menjadi suatu perkara utama bagi pecinta gadget………... Di mana-mana tempat tak kira waktu juga yang disekeliling ku , tablet ni sentiasa bersama. Pada mulanya Ku tak faham apa benda yang depa dok kelek dan hadap… nak kata hpon besar lah pulak…PDA ke tanyaku pada seseorang…. “ Tablet lah kak….” masyaAllah macam ubat lah pulak bunyinya…
Tapi memang hebat serangannya…. Entah apa kepentingannya Ku pun tak tau….( bukan tak tau, tapi memikirkan kewajarannya kerana pemiliknya sudah sangat fanatic, jika tertinggal macam tertinggal anak di stesyen bas….atau macam kucing kehilangan anak…
Pernah darling ku berkata “ Bu , mesyuarat tadi macam GB mesyuarat sendiri… GB dok bentang mesyuarat semua cikgu dok tunduk dengan gadget berbagai saiz”…. Tu diaaa ehhh… Toleh kanan buka FB , toleh kiri sedang online Berita Harian Online, sebelah lagi main game….. Uhhhh memang hebat…Kalau macam ni gayanya nya bukan kepentingan namanya tapi dakyah ….Hilangnya sifat hormat menghormati, kasih sayang dan toleransi….
Kenapa ku katakana hilangnya sifat kasih sayang…. Ini cerita benar dari Mak Cik ku semasa ku menziarahinya pada Isnin yang lalu…. Ku Tanya, anak-anak balik ke hujung minggu … Katanya…. Alah, budak-budak sekarang balik bukan nak jumpa mak bapak…. Masing –masing duduk di bilik mengadap gadget dari celik mata hingga pejam mata…. Hu hu…Lah kelakarlah pulak… balik kampong untuk borak-borak dengan emak ayah tapi dah jadi lain pulak borak dengan kawan seluruh alam di laman sesawang….
Jadi ini yang ku katakana dakyah… nanti saat dan ketika agaknya nak solat pun sentiasa bersama dengan gadget tuh….kalau dok tunduk berzikir tu ada juga faedahnya…cari saham akhirat dan dunia pula tidak dilupakan…
Jadi marilah kita fikir2 kan…
No comments:
Post a Comment