23 February 2012

MASIH ADAKAH YANG SUDI BERKONGSI ?


Terpanggil untuk menulis tentang poligami pulak dah....Asalnya membaca majalah ilmiah tentang poligami, tu yang teringin nak menulis....Tapi bimbang juga ia berkaitan hukum Tuhan...sehebat mana pun tentangan dari kaum wanita ia tetap dibenarkan oleh Allah swt....

Isteri sentiasa berdoa agar suaminya tidak berpoligami kerana bukan menolak hukum yang jelas mengharuskannya, tetapi lebih di dorong oleh dirinya yang dirasakan tidak mampu menghadapinya.

Isteri menerima poligami dari segi ilmu dan hukum, tetapi apakan daya diri tidak mampu melaksanakannya.....

Apakah hukumnya berpoligami ? Hukum asal poligami ialah harus dan dibolehkan berdasarkan firman Allah yang bermaksud: " Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu berkahwin dengan mereka ) , maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan daripada perempuan-perempuan (lain), dua, tiga atau empay. Kemudian jika kamu bimbang berlaku adil ( antara isteri-isteri kamu ) maka (berkahwinlah) dengan seorang sahaja". ( surah An -Nisa 4: 3 )

Sungguhpun bergitu , hukum ini boleh berubah menjadi sunat, makruh atau haram bergantung pada individu, suasana dan keadaan.

1. Sunat
Hukum terpakai apabila seorang lelaki memerlukan tambahan isteri. Misalnya , kerana tidak cukup dengan hanya beristeri satu atau isteri pertamanya sakit atau mandul, sedangkan dia memerlukan anak. Pada masa yang sama dia berasa mampu berlaku adil. hukum poligami ketika itu adalah sunat. Poligami dalam situasi ini akan memberi manafaat kepada keluarga tersebut. Ia mempunyai masalah dari segi syarak.

2. Makruh
Sekiranya poligami itu bukan kerana keperluan mendesak, tetapi hanya untuk mencari keseronokan hawa nafsu semata-mata dan si lelaki sendiri dalam keadaan syak ( 50% yakin, 50% ragu ) akan kemampuannya untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya.
Hukum poligami ketika itu adalah makruh. Dikhuatiri akan membawa kepada kemudharatan. Rasulullah saw bersabdaa yang bermaksud : " Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu. " ( Riwayat Al Bukhari )

3. Haram
Jika seseorang lelaki ingin berpoligami tetapi yakin sepenuhnya tidak mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya ( boleh jadi kerana kemiskinan, kesihatan fizikal yang tidak mengizinkan atau mempunyai tabiat buruk yang memuadharatkan maka hukum poligami pada ketika itu adalah haram. Ia akan membawa mudharat kepada dirinya dan orang lain.
Kemudian Allah berfirman dalam Surah An Nisa : 4 : 3

Doaku....

Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku.
Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu
Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati
Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku
Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia
Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagimana antara Ali dan Fatimah
Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah
Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku
Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya
Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya .Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku
Ya Allah jadikanlah aku dimatanya hebat
Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya
sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka

Ya Allah yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat,
himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan

Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi
dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi

Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu
dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku

Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku,
Jadikanlah kegarangannya terhadapku suatu kesejukan
dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan

Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha
Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai
dan Engkau sentiasa bersamaku
Ya Allah perkenankanlah

No comments:

Post a Comment