08 August 2012

JOM KITA KE KARNIVAL MENJELANG 10 MALAM TERAKHIR.....

Alhamdulillah 20 hari sudah kita berpuasa.... Dah mula rasa keletihannya namun lebih banyak keseronokannya kerana kita akan ke Karnival...Bukan karnival membeli belah, bukan karnival ICT dan bukan juga karnival buku tetapi KARNIVAL BERIBABAT.....
He he seronoknya kalau kita dapat bercuti menjelang 10 malam terakhir ni....

Marilah kita sambut tawaran yang Allah berikan kerana sangat banyak ganjarannya yang tidak ada dijual di mana-mana. Tawaran ini Allah beri kita setahun sekali sahaja dan kita sebagai umatnya belum tentu dapat menikmatinya dalam situasi yang sama setiap tahun....

Berdoalah semoga Allah memberi kita kekuatan dari emosi, jasmani dan rohani untuk ke karnival tersebut.... Kerana yang pasti tawaran terhebat ini perlu persiapan seawal 1 Ramadhan....

No comments:

Post a Comment