03 August 2012

UNTUK KESEKIAN KALINYA...

Entah kali keberapa untuk tahun ini menggalas amanah untuk mengendalika majlis sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa, rakan guru dan individu tertentu....malas pulak nak mengira....N3 kali ini hanya meluahkan rasa hati atau senang kata macam diary jer lah bercerita untuk diri sendiri...

Meha awak pengerusi program " ini " ya....Aduihhh... sudah terbayang kerenah rakan sejawat yang berbagai...( Teringat semasa mengendali Program Hari Usahawan Badan Bilik Guru dan Staf pada April yang lalu...)
Alamak akak beri orang lain boleh tak , saya rasa penat Hari Usahawan masih terasa lagi....Cemuhan kata pematah semangat masih terdengar di telinga...Saya suka kerja belakang tabir lah kak....Tak perlu beri saya jawatan saya tetap buat kerja....( he he tu dia merayu lah kononnya )
Tak apa lah Meha awak boleh, hari tu handle Hari Usahawan ok ajer ...)

Sebenarnya macam fobia dengan hamba Allah yang adakalnya baik didepan tapi mengata kita di belakang. Dan yang sedih tu terdengar depa nya kicauan tuh....

Menyerah kalah ker....
bukan begitu , hanya untuk memberi kesedaran kepada diri sendiri supaya jangan suka menunding jari kepada orang lain kerana semasa jari menunding satu jari telunjuk ke depan, tetapi empat jari menunding ke arah kita.....


Kadang terfikir juga...( dalam hati jer apalah manusia ni kan....tau nak komen, bila minta bantuan dan sokongan menjauhkan diri....belum lagi mempengerusikan dan mengendali...)

Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menjalankan majlis ini dengan sempurna....5 dalam 1 tuhhh....Orang sibuk dok fikir nak raya kita sibuk dok fikir majlis 30 Ogos....Allah hu akbar...

InsyaAllah demi amanah ini semoga ia dapat berjalan lancar dan sempurna

1 comment:

  1. kak...after this...always...all in 1...hehehehe...so,sedia2kan diri...hehhehe

    ReplyDelete