Beli sekali kat kedai tu...





Sebenarnya ini merupakan tahun ketiga, aku dan suami menghadiri kursus Haji.Tahun 2009 aku tidak menghadirinya kerana ada beberapa sbb yang tidak dapat dinyatakan....
Walaupun telah beberapa kali mengahdirinya, selagi belum mendapat Panggilan Mekah, InsyaAllah aku akan terus belajar...
Hari ada taklimat tentang Penjagaan Kesihatan sebelum dan semasa di Mekah oleh Dr mazlan dari Klinik Kesihatan Air Hitam. Ustaz Ridzuan tak ada, menghadiri kursus katanya.
Seronok juga Dr Mazlan ni, boleh lah nak hilangkan mengantuk tu.....Yang kelakar tu, tentang Penggunaan "Mask"..... lawak pun ada , yalah bagi diriku yang masih muda ok lah juga, faham le mask tu.... masalahnya yang ku nampak 95% adalah warga emas.... tak faham tok2 n nenek2 tu.... so adalah sebelah kanan kiri ku berbunyi, " Prgi mekah tak payah lah pakai "emas".... huah huah... tu dia, dia orang faham "mask" tu "emas"......Rasa-rasanya Dr M kena gunakan bahasa melayu yang ringkas untuk warga emas tu.... (maaf Dr )

Seperkara lagi yang agak kelakar penggunaan Inhaller untuk pesakit semput.... kata Dr ramai pesakit yang menggunakan alat bantuan tu tak tau guna dgn betul.... Maka Dr pun demo lah.... he he, sebenarnya Dr pun macam dah semput , penat bercakap dari pagi, so bila dah semput kenalah buat Demo. .... Semuga Dr Mazlan akan sembuh, sbb menurut katanya dia Pengerusi Kelab Semput Batu Pahat.


.jpg)
.jpg)



Maka si Pak Imam tu pun bercerita tentang anak-anaknya seramai 8 orang yang berjaya kesemuanya hingga ke menara gading dan menjawat jawatan yang baik.....katanya semua anaknya berjaya adalah berkatnya menjual jagung setiap hari. Setiap hari Pak Imam itu menjual 250 hingga 300 bungkus jagung....maka katanya setiap hari dia memberi salam lebih 300 kali kepada orang.... termasuk lah rumah yang tak berjawab yang diulang ucapan salamnya dan maki hamun yang tak mau membeli jagungnya......Maka suamiku pun menambah lah tentang kelebihan ucapan salam kepadanya.... memang dia mengakui dan dia yakin dengan berkat memberi salam memberi keberkatan rezeki kepadanya dan kepandaian kepada anak-anaknya... Dengan menjual jagung jugalah katanya dia mampu membeli Unser....