08 March 2010

BULAN MAULIDURRASUL DI SANA SINI....




Sempena kelahiran Junjungan Besar Nabi (saw) yang diingati oleh seluruh umatnya pada 26 hb Feb 2010, di mana-mana masjid, istitusi, taman, dan sebagainya menyambutnya. Di negeri kami seluruh negeri akan bercuti. (Terima kasih negeriku).
Marilah kita muhasabah diri, adakah dengan ulangtahun kelahiran Nabi Kita ,
kita berseronok, bergembira, ,mengadakan majlis-majlis di serata tempat
menandakan kita CINTA kepada Nabi kita
atau kita berusaha untuk
mengamalkan cara hidup yang ditunjukkan oleh Junjungan Kita.

MARILAH KITA RENUNGKAN BERSAMA;
Untuk mendapat kejayaan hidup di dunia dan di akhirat kita hendaklah mengikut segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya dengan mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
Para alim ulama telah mengkaji dari Al Quran dan hadith bahawa terdapat enam sifat yang diamalkan oleh para sahabat.
YAKIN DENGAN KALIMAH LA ILAHA ILALLAH MUHAMADURRASULULLAH
- Iaitu kita hendaklah yakin bahawa Allah berkuasa ke atas makhluk.Kita hendaklah memasukkan kebesaran Allah dan mengeluarkan kebesaran makhluk dari dalam diri kita. Kita juga hendaklah sebenar-benar yakin dengan cara hidup yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabat sahaja yang membawa kejayaan di dunia dan diakhirat.
Dikatakan barang siapa dapat mengamalkan sunahnya dengan istiqamah Allah akan beri ganjaran 100 pahala syahid. Satu sunah adalah lebih baik dari 7 dunia dan 7 syurga. Subhanallah.....
SOLAT YANG KHUSYUK DAN KHUDUK.
- Solat adalah perintah Allah yang julung-julung sekali. kita hendaklah berusaha untuk solat khusyuk seperti solat nabi dan para sahabat. Kita hendaklah membawa ketaatan dalam sembanhyang dalam kehidupan seharian, seperti membaca quran, menutup aurat, pergerakan anggota badan juga menutup aurat.
Kita hendaklah berusaha sembahyang awal waktu, memperbanyakkan solat sunat nafil,memperbaiki cara2 wuduk dan solat, menjaga kebersihan zahir dan batin.
Allah akan memberi 5 ganjaran barangsiapa menjaga solat 5 waktu.
ILMU DAN ZIKIR
-Ilmu itu wajib dituntut, iaitu tentang ilmu2 Allah. Maka zikir pula adalah perhubungan kita dengan Allah dan mengingati Allah. Ilmu itu adalah kita wajib mengetahui larangan2 Nya dan perintah2Nya.Kita wajib mengetahui halal, haram dan sah atau tidak sesuatu perkara.Dikatakan orang yang berilmu lebih ditakuti oleh syaitan dari 1000 orang abid. Manakala orang yg berzikir hidup di sisi Allah dan orang yang tidak berzikir mati di sisi Allah.Sebaik baik zikir adalah membaca Al quran. Kita hendaklah mengamalkan doa2 masnun. Kita hendaklah juga mengamalkan zikir istighfar 100 x, selawat 100 x dan tasbih 100 x setiap lepas subuh dan asar.
IKRAM MUSLIMIN
- Kita hendaklah menunaikan hak saudara kita tanpa menuntut hak kita drp mereka.Kita perlu tahu hak kita sebagai ibu bapa terhadap anak-anak, suami terhadap isteri dan sebagainya.Barangsiapa yang menyembunyikan kesalahan seseorang Islam Allah akan sembunyikan kesalahannya. Orang yang keluar dari rumah untuk menziarahi sahabatnya semata-mata kerana Allah, 70 000 malaikat akan memohon rahmat untuknya. Kita hendaklah memuliakan para alim ulama, tua-tuan guru, menghormati org tua dan menyayangi kanak-kanak.
IKHLAS NIAT
Ikhlas niat maksudnya adalah sesuatu yang kita kerjakan adalah semata-mata kerana Allah , bukan untuk mendapat sanjungan atau pujian.
Ikhlas akan membesarkan pahala amalan. Hanya amalan yang ikhlas yang diterima Allah. Barang siapa yang menderma walau sebesar biji sawi dengan ikhlas allah akan beri ganjaan emas lebih besar daripada Gunung Uhud.
Bagaimana untuk mendapatkan ikhlas ?
Semaklah amalan kita dari awal, pertengahan dan akhir sama ada ikhlas atau tidak. Sekiranya tidak istighfar lah banyak dan mohonlah keampunan dari Allah. Doa lah pada Allah agar Allah mengurniakan sifat kesucian dan keikhlasan dalam diri kita.
DAKWAH DAN TABLIGH
.....
-

No comments:

Post a Comment