31 March 2010

RAHSIA MADU






MADU

Surah An -Nahl ( ayat 69) melalui perintah Allah S.W.T kepada lebah:
" Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan ( yang engkau
sukai ), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan
dimudahkanNya kepadamu

Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya,
yang mengandungi penawar bagi manusia ( dari berbagai-bagai penyakit )

Madu lebah juga mengandungi Vitamin B1, B2, B3, B5 dan Vitamin C di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potasium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi. Pakar dari Poland memberitahu persidangan bahawa madu lebah berkesan dalam merawat Penyakit Buasir, Penyakit Kulit dan Penyakit Puan.
World Apiculture Conference yang diadakan pada 20-26 September 1993 di China mengakui bahawa madu lebah mengandungi GLUKOSA dan FRUKTOSA yang mudah dihadam. Apabila dicampur dengan air, ia meresap masuk ke dalam darah dalam masa 7 minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak.

Selain madu , habbatus sauda' juga merupakan penyembuh kepada segala penyakit .
Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "Tetaplah kamu berubat dengan Habbatus Sawda' ini kerana sesungguhnya ia mengandungi bahan penyembuh bagi setiap penyakit kecuali maut", (H/R: Bukhari).
Ibn Qayyum al-Jawziyah (691-751) menulis dalam kitabnya yang cukup terkenal "Zad al' Mi'ad fi Huda Khayri al Ibad": Jika Habbatus Sawda' dihancurkan dan dicampurkan dengan madu, kemudian diminum dengan air panas, ia dapat menghancurkan batu karang yang terdapat dalam buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing. Melancarkan keluarnya air kencing, darah haid dan susu ibu. Orang yang lumpuh sebelah badan maka dianjurkan supaya menyapu minyak Habbatus Sawda' ke atas anggota badan. InsyaAllah akan sembuh dari lumpuh


Di atas adalah gabungan madu dan habbatus sauda'.MASAD ( Madu Sauda')
* Menguatkan tenaga dan daya ketahanan badan
* Mengatasi masalah seperti angin dalam badan, kolestrol,batuk,ghout,sakit puan dan senggugut
* Merawat penyakit kronik

MASAD GOLD - Mengandungi Madu, Habbatus Sauda' dan Za'faran
* Mencegah, membaiki, merawat dan menyembuh penyakit dengan cepat.
* Masalah yang berkaitan kawasan rawatan dari leher ke atas kepala seperti untuk IQ,
resdung, kanser otak ,selsema dan sebagainya berkaitan kepala.



MAHER - mengandungi Madu Lebah, Habbatus Sauda' dan 7 herba terpilih
MAHER -Madu Herba
* Berkhasiat tinggi untuk meningkatkan ketegangan, keinginan, ketahanan dan memulihkan
tenaga lelaki dan wanita
* Merawat penyakit yang berkaitan urat saraf,buah pinggang ,kemadulan dan sebagainya.
Ku memang mengamalkan produk2 di atas..... Alhamdulillah dengan izinnya dapat menyelesaikan masalah kesihatan kami sekeluarga.
Sebenarnya ada beberapa produk yang lain yang dikeluarkan oleh PRM. Sekiranya berminat bolehlah hubungi 013-7795949.












ULAM RAJA






Hari ini ku nak berkongsi dengan kawan-kawan tentang ULAM RAJA. Kenapa ulam raja?
He he.... sebenarnya dah tiga hari makan berlaukkan ulam raja dan sambal asam. Beberapa hari lalu semasa membuat temuramah ke rumah Tn Hj Onn banyak sungguh pokok ulam rajanya.... jadi tanpa malu-malu mengendenglah dengan isteri Tn Hj...
Terima kasih mak cik.... Ku ni pulak pantang jumpa ulam raja, perut tak lapar pun jadi lapar...
"Pantang", tapi bukan "Pantang Makan" tapi "Pantang Jumpa"....kebetulan suami bawa brochure ttg ulam raja dari Jabatan pertanian, jadi nak kongsi lah ni...
APA ITU ULAM RAJA
ULAM RAJA( Salad King ) terkenal di kalangan orang-orang Melayu. Pucuknya yang muda sangat berkasiat untuk dibuat ulam atau kerabu.Ia boleh ditanam di kawasan rumah sebagai pokok perhiasan kerana mempunyai bunga yang menarik.
Ia juga dikenali sebagai pokok INTAN BERAYUN. Pokok ini tersebar atau boleh ditanam melalui sebaran angin. Benih-benihnya dari kuntuman bunga yang kering . Pokoknya tumbuh menegak,batangnya lembut kehijauan dan senang dipatahkan.
Ia tidak sesuai di tanam di tanah lembab atau di tempat takungan air. ia sesuai di tanah lapang dan terbiar. Ia berasal dari Amerika latin.
KHASIATNYA
Digunakan dalam perubatan tradisional Islam kerana khasiatnya dapat mencuci darah dan bahan toksid juga menguatkan tulang. Kloroform yang diekrtrak dari ulam raja mengandungi Contunolida, stigmasterol,lutien dan bipridina yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria.

29 March 2010

SEJARAH,SEJARAH,SEJARAH......100 TAHUN SKP.


Hari ini ke rumah Tuan Hj Onn b. Kas, ayah kepada Cikgu Nahida.... Cerita tentang sejarah sekolah ni sebenarnya sudah tiga kali ku keluar untuk menemuramah beberapa orang tua yang mempunyai banyak maklumat....
Menurut Tuan Hj Onn yang dilahirkan pada 7.2.1943 , beliau pernah bersekolah di SKP dan pernah mengajar sebagai guru sementara pada tahun 1960.
Mengikut sejarah yang tercatat dalam buku SEJARAH SEKOLAH2 JOHOR yang telah dipinjam oleh Tuan Hj Sarkawi dari Tuan Hj Mohd Razi, SKP ditubuhkan pada tahun 1909.
Nama asalnya adalah Sekolah Umum Laki-laki Peserai, di atas sebidang tanah yang diwakafkan oleh Tuan Hj Abd Wahid. Guru Besar pertama pada waktu itu adalah
Inchi' Baharee b. Md Yassin dan guru besar yang kedua adalah Inchi' Rejab b. Ahmad.
Pada 1920 pula sebuah bangunan T ( yang kini Kelas Pendidikan Khas )telah dibina dan guru besarnya adalah Master Hashim.
Pada tahun 1947 pula penduduk kampung serta ibu bapa pelajar telah membeli tanah seluas 2.5 ekar untuk dijadikan padang yang kini terletak dibelakang Kelas Pendidikan Khas dan gelanggang sepak takraw...
Pada tahun 1951 pula Sekolah Rendah Perempuan Seri Peserai telah ditubuhkan di tapak klinik desa sekarang berhampiran SKP. Beberapa tahun kemudian sekolah Rendah Perempuan Seri Peserai telah berpindah ke tapak Sekolah Agama Peserai sekarang sehingga tahun 1963.
Pada tahun 1963 kedua-dua sekolah telah digabungkan menjadi Sekolah Umum Peserai....
Menurut Tn Hj Onn ada beberapa orang yang perlu ditemuramah iaitu Pn Hjh Fatimah bt Waridin dan Pn Hjh Halimah bt Md Zin kerana kedua-duanya pernah mengajar di Sekolah Perempuan Seri Peserai. Sementara Pn Hjh fatimah pernah menjadi guru besar di SRSP.....
Terima kasih Tuan Hj On, kerana banyak memberi maklumat. Syukur kerana dapat pinjam penyata kemajuannya dan surat tawaran mengajar di sini...Bila agaknya ku dapat menyelesaikan tugasan ini untuk slot sejarah sekolah bagi menerbitkan Majalah 100 SKP....
InsyaAllah ku akan pergi ke rumah Pn Hjh Halimah nanti sementara Pn Hjh Fatimah mungkin akan dihubungi melalui telefon kerana beliau berada di KL.
Setakat ini info terkini, InsyaAllah maklumat sejarah ini akan ku tuliskan dalam majalah 100 TAHUN SKP.... Jangan lupa dapatkannya...

VITAGEN BERSAMA MURID....



Hari ini vitagen datang ke sekolah..... tapi malangnya ku tak dapat turut serta kerana keluar dari kawasan sekolah bersama Cikgu Nahida untuk menemuduga
Tuan Hj Onn b. Kas ayah kepada Cikgu Nahida untuk maklumat sejarah sekolah....
Pulang dari menemuduga Tn Hj Onn , Alhamdulillah ada kkawan yang tolong ambilkan sebotol vitagen dan jadual waktu juga kalendar.....
Seronok juga dapat free ni, macam murid-murid juga...






MASALAH AIR DI TEMPAT KITA...


Masalah air di Batu Pahat memang hebat betul.... memang betul kata Ustaz Ridzuan penceramah Kursus Haji masjid Sultan Ismail, Allah sedang menguji penduduk Batu Pahat....Buat lah banyak2 sembahyang taubat....

Sample air ni ku ambil pada waktu maghrib lebih kurang pukul 7.15, hari Isnin 29.3.21010.

Air hujan yang disimpan di tangki



Air yang ambil terus dari paip....
Air di atas tadi yang disimpan 30 minit kemudian.....

Muhasabah diri:
Fikirkan lah sekiranya keadaan ini berterusan.... Sekiranya di rumah kita tiada simpanan air bersih... Subhanallah.....untuk minum air, memasak, lain-lain keperluan..... Fikirkan lah....

Memang betul ini semua ujian Tuhan..... Allah berkuasa, makhluk tidak berkuasa....

Allah menjadikan sesuatu tanpa izin makhluk, tetap kita tanpa izinNya tiada apa yang boleh dilakukan...........

JOM AMALKAN HIDUP SIHAT.



Makan Secara Sihat.
* makan pelbagai jenis makanan berpandukan Piramid makanan
* Sesuaikan pengambilan makanan dan aktiviti fizikal anda untuk mencapai berat badan yang
ideal
* Makan buah dan sayur setiap kali waktu makan
* Makan bijiran penuh, kekacang dan biji-bijian sebagai sebahagian makanan anda
* had dan kurangkan makan bergoreng
*Pilih makanan dan minuman yang kurang gula
* pilih tempat makan yang bersih dan makanan yang selamat.

Pupuk Minda Sihat
menangani stress dengan amalan 10 B
* Bertenang
* bernafas dengan Dalam
* Berkata " relaks....
* bercakap dengan seseorang
* Berurut
* Berehat dan mendengar muzik
* Beriadah
* Bersenam
* Berfikiran Positif




ADIB MASUK HOSPITAL..


Adib anak saudaraku..... Adib ni kategori anak sedaraku yang kira puas le keluar masuk hospital and ke klinik...
Orang jawa kata " ringkeh "... mudah datang sakit demamnya...masuk hospital dari hari Khamis dan keluar pada Ahad pagi...

Huh..., dengar Adib batuk memang menakutkan.... kering bunyinya, dan bersambung-sambung.
Alhamdulillah dah sihat, sekarang....

SEKITAR MESYUARAT AGONG PIBG....





Mesyuarat Agong PIBG telah selamat dijalankan.... dalam waktu yang sama sessi bergambar guru-guru juga. Sedih juga sebab tak dapat bergambar sama kerana datang lewat beberapa mint.... Ya lah itu semua kerja Allah. Allah berkuasa , makhluk tidak berkuasa....
nak lepaskan tension maka ku adakan sendiri sessi posing bersama rakan-rakan....



Sempat le promote tupperare..... beli jangan tak beli...

28 March 2010

CERITA TENTANG AYAM, PADI DAN TIKUS...

Guru....
Itulah tugas yang kusandang sejak 21 tahun yang lalu....
Kenangan pahit? Adalah juga, tapi tak lah sampai terkesan dalam diri, anggap saja asam garam kehidupan...

Kenangan manis ?Rasanya banyak yang manis dari yang pahit...walaupun manis , semua hanya sementara.... Ada 13 tahun lagi untuk berkhidmat, berbagai yang akan dilalui...
Nak kongsi lah sebenarnya, dengan kkawan perumpamaan yang selalu ku gunakan untuk murid-muridku...( sampai ada yang pandai mengajuk pulak )

Tentang Padi....
Bila murid-murid buat kerja dengan baik, aku akan puji mereka ..... Bagus or tahniah, awak SEMUA MACAM PADI... kenapa ikut macam padi...



Pernah dengar perumpamaan ( IKUT RESMI PADI, SEMAKIN BERISI SEMAKIN TUNDUK ).
Ini bermakna semua murid mestilah buat kerja yang diberi dengan baik, tunduk menyiapkan kerja tidak seperti AYAM....kenapa ayam . Ha ha.... murid 6 Jaya, 5 Johan dan 5 Juara agaknya boleh beri jawapan...


Bila mereka bising, aku marah " awak ni semua nak jadi ayam ke padi..."
Kenapa ayam? ( AYAM BERTELUR SEBIJI, RIUH SEKAMPUNG..... bising betul, si ayam, walau hanya nak bertelur sebiji... )
Tamsilannya... he he, murid-murid ni buat kerja tak seberapa tapi nyembangnya macam ada perbincangan besar..... buat kerja sikit tapi riuh.

TIKUS PULA.... he he tikus lah pulak. Bila kita keluar dari kelas untuk mengambil sesuatu , bising lah murid-murid.... apa lagi marah lah kat murid-murid, awak ni macam TIKUS....
kenapa TIKUS.... he he, tikus ni kan takutkan kucing, kita guru ni macam kucing bagi dia orang....Kalau ada kucing, semua tikus akan senyap dan sembunyikan diri.....

Apa pun, cara kita mendidik dan memarahi murid niat kita adalah baik.... untuk memandaikan murid dan memotivasi mereka....

24 March 2010

TENTANG MATEMATIK...

TAHUKAH ANDA!!!!
MATEMATIK ADALAH MATAPELAJARAN YANG MENYERONOKKAN....

1. 90% Pelajar Cemerlang Matematik mengatakan mereka mengulangkaji dengan membuat latih tubi Soalan-soalan Peperiksaan SEBENAR tahun-tahun lepas secara berulang-kali.

2. 90% pelajar gagal Matematik kerana tidak mengetahui format Soalan dengan baik.

3. Kebanyakan pelajar tidak tahu Soalan mana perlu didahulukan dan Soalan mana perlu dikemudiankan untuk dijawab.

4. Kebanyakan pelajar tidak mengetahui bahawa Soalan Peperiksaan sebenar hanya dipusing - pusing sedikit sahaja dari sebelumnya.

5. Kebanyakan pelajar tidak mengetahui Soalan Peperiksaan Percubaan Negeri,sbp dan lain2 adalah Soalan Ramalan dan Soalan latihan terbaik untuk dijadikan bahan latih tubi.





MENGAPA MURID-MURID FOBIA DENGAN MATEMATIK !!!!!

( Termasuk lah anak-anakku, anak didikku 6 Jaya, 5 Johan, 5 Juara )





1. Disebabkan tidak tahu kaedah penyelesaian yang terpantas dan masih menggunakan kaedah penyelesaian lama yang panjang dan merumitkan perkara-perkara yang mudah pun bagi mereka adalah sukar.Seterusnya melenyapkan minat terhadap subjek tersebut dan mereka melabelkan Matematik adalah sukar dan membosankan

2. Asas penguasaan Matematik adalah bermula dari perkara-perkara asas yang diajar di tahap Sekolah Rendah seperti X , +, ÷ , - tidak dapat dikuasai dengan baik.

3. Perkara yang sering menjadi masalah kepada pelajar kita ialah masalah dalam mendarab dan mereka akan menjadi lebih fobia apabila berdepan dengan angka yang besar.






ULAM-ULAMAN....

Hari ini makan tengah hari di Restoran Asam Manis berdekatan dengan Carefour.
Dari pagi lagi dah beritahu hubby nak makan luar, Macam terasa-rasa nak makan yang orang masak...
Penat betul beberapa hari ni... nak santai-santai makan luar. Saja nak dating dengan hubby....
Anak-anak makan apa?....
Anak-anak makan rendang daging n ikan keli masak lemak....
Beli sekali kat kedai tu...


Huh seronok betul, hari makan ulam-ulam saja dengan ikan goreng. Banyak lauk pauk, tapi nampak ulam-ulaman huh, selera betul ..... tambah dengan sambal belacan.


Hubby kata datang makan jauh-jauh makan daun aje....
Ok lah tu... ulam-ulaman kan juga merupakan ubat-ubatan...Orang kata makan ulam awet muda...tp yang penting sangat banyak khasiatnya....

22 March 2010

JOM BACA NOVEL.......

Dah lama tak pekena novel....jenuh cari di B Pahat tak dapat, BP Mall, Summit pun tak de... Sold Out!
Bab baca novel ni ni kiranya macam fanatik le dgn novelis kegemaran....
Buku apa yang cari tak dapat tu.....
Ranting Cinta Si Plato....



Siapa Penulis ?
Biasanya koleksi ku Norhayati Berahim.... Alhamdulillah dalam pada cari RCSP, jumpa lah pulak novel Anis Ayuni...
Bangga gitu, sebab sebagai guru, Anis Ayuni, giat menulis novel....
Jom jengah koleksi Norhayati Berahim ku......
Rasa yang tak de dalam simpanan judul " Hati Seorang Wanita", " Cinta Pertama", Nota Cinta Buat Mu".....sbb dulu2 dah baca pinjam orang punya....he he.





Apa seronoknya baca novel..... He he, hanya mereka yang "sewaktu dengannya" yang tau...(betul tak cgu misz and cgu rohaiza)

Orang kata baca novel ni macam remaja.... cerita tentu "love story'. Salah tanggapan tu...Baca novel lebih indah dari menonton TV....dalam novel, ada sedih, dalam novel ada cinta, dalam novel ada sayang, dalam novel ada benci....Semuanya tentang kehidupan....

Tak caya, jom "joint the club.."
Banyak sebenarnya koleksi ku....
tak sempat nak upload gambar novel Anis Ayuni, Aisya Sofea, Meen Zulaikha, Damya Hana, Norzailina Nordin n beberapa novelis lain. Aina Emir pun rasa ada beberapa...
Lain kali ek... banyak sangat,
kira punya kira ada lebih kurang 200 buah..

19 March 2010

SEHARI DI JOHOR BHARU.....

18 Mac 2010
Sudah hampir seminggu bercuti,
Tak kemana-mana , bosan rasanya... Zaid berkhatan, so tak boleh lah nak berjalan....
Tapi dalam pada tu, sempat le sampai ke Johor Bharu.

Seawal pagi dah bawa anak2 ke HUTAN BANDAR.








Uhhh.... macam baru sebulan dua saja tak ke JB,
tapi Subhanallah, banyak sungguh perubahannya....
Ke JB kononnya nak berehat-rehat di Danga Bay....
Sedihnya rasa, tiada lagi Pantai Lido, tiada lagi Danga Bay yang indah...yang ada hanya tembok batu dan tambakan pasir di kawasan yang dulunya pantai untuk penduduk JB berehat..
Teringat lagu Tanjung Puteri ( lagu yang pernah membawa SKP , Johan koir negeri seterusnya tempat kedua peringkat kebangsaan pada tahun 1999)



Tanjung Puteri
Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu

Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri
( korus )
Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja

Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri



Muhasabah diri : Terasa takut dengan kemajuan dunia, nikmat Tuhan yang dipinjamkan kepada kita diubah sewenang2nya..... Bukit ditarah, lautan ditambak, langit diteroka.....

16 March 2010

SEKOLAH KU.....




Setiap bangunan ini ada sejarahnya tersendiri...Gambar2 ini ku ambil untuk tugasku menyiapkan slot Sejarah Sekolah, untuk Majalah Sekolah yang dalam proses penerbitannya pada Jun nanti..


Harap proses penerbitan majalah sekolah ini berjalan lancar.