29 March 2010

SEJARAH,SEJARAH,SEJARAH......100 TAHUN SKP.


Hari ini ke rumah Tuan Hj Onn b. Kas, ayah kepada Cikgu Nahida.... Cerita tentang sejarah sekolah ni sebenarnya sudah tiga kali ku keluar untuk menemuramah beberapa orang tua yang mempunyai banyak maklumat....
Menurut Tuan Hj Onn yang dilahirkan pada 7.2.1943 , beliau pernah bersekolah di SKP dan pernah mengajar sebagai guru sementara pada tahun 1960.
Mengikut sejarah yang tercatat dalam buku SEJARAH SEKOLAH2 JOHOR yang telah dipinjam oleh Tuan Hj Sarkawi dari Tuan Hj Mohd Razi, SKP ditubuhkan pada tahun 1909.
Nama asalnya adalah Sekolah Umum Laki-laki Peserai, di atas sebidang tanah yang diwakafkan oleh Tuan Hj Abd Wahid. Guru Besar pertama pada waktu itu adalah
Inchi' Baharee b. Md Yassin dan guru besar yang kedua adalah Inchi' Rejab b. Ahmad.
Pada 1920 pula sebuah bangunan T ( yang kini Kelas Pendidikan Khas )telah dibina dan guru besarnya adalah Master Hashim.
Pada tahun 1947 pula penduduk kampung serta ibu bapa pelajar telah membeli tanah seluas 2.5 ekar untuk dijadikan padang yang kini terletak dibelakang Kelas Pendidikan Khas dan gelanggang sepak takraw...
Pada tahun 1951 pula Sekolah Rendah Perempuan Seri Peserai telah ditubuhkan di tapak klinik desa sekarang berhampiran SKP. Beberapa tahun kemudian sekolah Rendah Perempuan Seri Peserai telah berpindah ke tapak Sekolah Agama Peserai sekarang sehingga tahun 1963.
Pada tahun 1963 kedua-dua sekolah telah digabungkan menjadi Sekolah Umum Peserai....
Menurut Tn Hj Onn ada beberapa orang yang perlu ditemuramah iaitu Pn Hjh Fatimah bt Waridin dan Pn Hjh Halimah bt Md Zin kerana kedua-duanya pernah mengajar di Sekolah Perempuan Seri Peserai. Sementara Pn Hjh fatimah pernah menjadi guru besar di SRSP.....
Terima kasih Tuan Hj On, kerana banyak memberi maklumat. Syukur kerana dapat pinjam penyata kemajuannya dan surat tawaran mengajar di sini...Bila agaknya ku dapat menyelesaikan tugasan ini untuk slot sejarah sekolah bagi menerbitkan Majalah 100 SKP....
InsyaAllah ku akan pergi ke rumah Pn Hjh Halimah nanti sementara Pn Hjh Fatimah mungkin akan dihubungi melalui telefon kerana beliau berada di KL.
Setakat ini info terkini, InsyaAllah maklumat sejarah ini akan ku tuliskan dalam majalah 100 TAHUN SKP.... Jangan lupa dapatkannya...

No comments:

Post a Comment