Membuat perkara baik dan jahat juga bermula dari hati. Setiap manusia mempunyai perasaan gembira, marah, sedih, takut dan risau. Jika perasaan itu tidak di atur maka orang itu akan jadi gila dan sakit mental.
Sering kita dengar kebelakangan ini semakin ramai yang sakit mental, kenapa jadi begini?
Sebab manusia di zaman ini apabila mendengar hal-hal berkaitan mental jadi terlalu sensitif.
Sentiasa kurang keyakinan diri, menganggap diri sangat kekurangan,berkehendak sesuatu yang sukar dijangkau, kurang redha, sentiasa menjaga penampilan diri, menjaga berat badan tanpa rasa syukur dengan nikmat Allah....Kita lupa semuanya...
Sensitif dengan pandangan orang lain kepada kita, dihadapan orang ramai tidak berani bersuara lantang dan segala-gala hal tidak berani membuat keputusan. Sudahnya kita menjadi tertekan dan kecewa. Jangan lah terlalu sensitif dan jangan disimpan di dalam hati.
Jika ada hal sensitif memang berfaedah untuk hal-hal kebaikan,ambillah pengertian kerana ia boleh membantu kita dan mengawal kata-kata supaya membuat sesuatu perkara dengan berhati-hati.
Dan JANGAN LUPA.... kepada siapa harus kita MEMINTA PERTOLONGAN....hanya KUN FAYAKU dari Allah...
No comments:
Post a Comment