16 March 2012

STRAWBERRY KOREA....






Buah ni memang segar.... tengok kelopak daun tu pun nampak kan....hijau lagi...

Hari ni ke pasaraya Carrefoure , beli beberapa barang yang sukar di cari di tempat lain.....bukan susah sangat sebenarnya, tapi malas ler pulak nak pergi beberapa kedai untuk cari barang tu...
Siap membeli belah sebelum keluar si bujang Hasif dok belek buah strawberry nak beli katanya....ok beli jerlah....Tambahan pula nampak macam besar dan segar....

Harga nak kata mahal tu boleh tahan juga lah tapi nak kata murah mengarut pulak.... Tapi memang berbaloi lah .Buahnya besar berbanding produk Cameron Highland dan manis sekali....Satu pack tu ada 18 biji dengan harga RM 12.... Ya lah kalau fikir kena pergi Korea dan cari ladang juga kutip buah.... jenuh tak dapat lah dengan nilai tu....

Dan semalam di Pasaraya tersebut ada "offer" untuk batang celeri....Batang celeri tu satu pack RM 1.70 dengan berat yang hampir sekilo......Jadi borong lah.... macam2 akan ku buat dengan batang celeri tu...Yang pasti satu pack dah di masak bersama kuah spagetti.....lupa pulak nak ambil gambar...dok kalut nak cepat ke kenduri .....

No comments:

Post a Comment