24 November 2013

BERMULANYA SEMALAM - HARI INI - MINGGU HADAPAN - DAN SETERUSNYA




BERMULANYA SEMALAM - HARI INI - MINGGU HADAPAN - MINGGU BERIKUTNYA - DAN SEPANJANG CUTI PERSEKOLAHAN INI...

Alhamdulillah bila cuti sekolah ni seronok tak terkira... bagi kami yang cikgu lah katakan. Orang kata kerja separuh hari jer pun tak macam kerja ofis... Tapi tahu tak macam mana dasyatnya peranan cikgu ni , ia adalah guru bukan sahaja ilmu dunia tapi juga ilmu akhirat disampaikan sama...
Ya Allah minta ampun dengan Allah sekiranya tidak dapat menjalankan amanah allah dengan cukup sempurna...

Bagi mereka yang bertugas di ofis walau apapun jawatan yang disandang namun kebanyakan berhubungkait dengan kertas , mesin , peralatan tapi kami berpelanggan dengan hamba Allah yang akan menghadapi dunia milik Allah ini...

Aduihhh meleret sudahnya... nak cerita tentang cuti ni,  sebenarnya ramailah yang ambil kesempatan untuk mendirikan masjid pemanis kata - berumahtangga bahasa sebetulnya.
Alhamdulillah dan tahniah... semoga kurangnya maksiat di bumi Allah ini..

Bagi yang mengundang Kak Meha... terima kasih  - InsyaAllah dengan izin Allah Kak Meha akan sampai juga.

Ini baru sabahagian kad undangan yang diterima - Kad ni special sikit  - semuanya rakan sekolah kekanda - maklumlah kekanda tiada kerana berdakwah ni - bimbang terlepas pandang pulak. Kad undangan yang masyarakat setempat simpan di tempat lain, sebab rumah depa ni senang nak cari...






Ini pula cenderhati yang Kak Meha terima semalam dari undangan majlis perkahwinan... Not bad cantik dan lain dari yang lain...Brooch yang sweet sweet...
Bagi kaum wanita inilah cenderahatinya manakala lelaki pula mendapat goodies bag yang mengandung buah epal, air dan telur pindang...

Dan hari ini pula makanan ringan dan air... Apa pun yang orang beri, terimalah dengan penuh kesyukuran dan hargailah...

Ingat beberapa tahun lepas my fav novelis ada menyatakan bahawa " bontrot bunga telur " kini semakain pupus dan telah digantikan dengan makanan ringan ....katanya macam tak ada sentimental value sempena majlis perkahwinan... he he ya kot...maklumlah budaya kita kalau boleh majlis perkahwinan ada bunga telur. Tapi dulu semasa harga barang semua murah "bontrot pengantin " ni kalau di kampung mesti nasi... tak kira lah nasi apa pun. Dulu orang kata nasi minyak...sekarang ada yang kata nasi jagung, nasi beriani , nasi tomato dan sebagainya...
Tapi sekarang semua harga barang meningkat nampaknya ekonomi perlu dijaga jadi berbagai bentuk cenderahati mengikut kemampuan keluarga tersebut...Tapi bagi Kak Meha itu bukanlah masalahnya kerana yang penting adalah menghadiri majlis yang tidak berunsur maksiat adalah wajib.

Berpada-padalah asal tidak membazir...kerana membazir itu amalan syaitan


No comments:

Post a Comment