27 November 2013
WABAK DEMAM E...
Alhamdulillah ada ruang masa untuk bercerita lagi...
Jangan takut dengan wabak E ( e )....ia tidak lah merbahaya sangat hingga masuk hospital yang memerlukan ubat doktor pun...
Eh eh... mungkin juga kena buat pemeriksaan sekiranya menjadi e-stress he he...
e-prestasi , e-operasi , e-splg , e-pekeliling, e-learning, e-tukar , e-gaji , e-pangkat...entah apa2 lagi e yang kak meha pun tak tahu berapa banyak.
Hanya beberapa e yang berkaitan kak meha pun dah pening...Apa tak pening semua memerlukan online internet. Yang kelakarnya semuanya selalu bermasalah walaupun rumah kak meha ni wifi yg laju...kalau dah keluar error server 500 maka bermulah demam e tu... Sungguh depa kadang buat sesuatu bukan dok fikir , walaupun semuanya memang untuk menyenangkan dan memudahkan dan yang penting mengurangkan kos perkeranian bagi sesebuah jabatan tapi masalah server down bila satu Malaysia semua serbu nak online. Apa taknya setiap individu dah kena isi maklumat atau apa sahaja borang tanpa perlu ' hard copy ' macam dulu2 lagi...Semua di hujung jari.
Bila date line dah hampir tiba tu yang nanti DEMAM WABAK E bermula...jangan pandang ringan takut2 hospital bertambah ramai pesakit E STRES pulak he he....
Apa pun kak meha sangat suka pada satu e ni.... e- penyata gaji. Yang ni pasti paswoed tak lupa....Ok cukup ler untuk hari ini.....
Sangat bersyukur dengan nikmat Tuhan , apapun e yang perlu kak meha lengkapkan
Alhamdulillah selesai semuanya walaupun kadang-kadang loading macam siput. Kak meha sentiasa ambil positif...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment