Gambar ihsan mr google
Alhamdulillah selamat sampai ke rumah setelah menghantar Anak Dara 1 balik ke KUIS...
Jalan tak berapa lancar hari .. keluar dari rumah pukul 12.00 tgh sampai 3.15 pm....
Balik pun serupa keluar jer dari KUIS my Waze dah bagi signal merah....
Memang Jammed teruk.... sebab apa pun tak pasti , mungkin cuti sekolah....
Apa yang kak meha nak kongsi adalah rasa terkilan.... sangattt...
Ceritanya begini...
Solat jamak takdim maghrib Isyak di R& R Pagoh...he he ikut belakang sebenarnya... Kalau kita exit dari Highway Utara Selatan di Pagoh kita akan lalu Pekan Pagoh... Selepas Pekan Pagoh sebelum tiba di pekan Pt Sulong kita akan berjumpa dengan R&R Pagoh... Tapi lalu ikut pintu belakang....
( Dah cerita lain ler pulak .... intro tu bagi yang tak pernah melaluinya )
Surau R & R Pagoh ni memang sejak azali kot sentiasa penuh...Mungkin ia merupakan R&R yang paling jauh untuk ke JB atau paling dekat untuk sampai ke kampung halaman...Dan mungkin juga keluasannya yang agak kecil....
Bila ramai kaum Muslimat ni faham2 jer lah... ruang tak mencukupi begitu juga dengan telekung....Berapa banyak sangatlah telekung yang disediakan....namanya R&R....
Sedihhh... Wahai kaum muslimat, wanita2 solehah , wanita2 yang dikasihi oleh Allah , gadis2 yang dirahmati Allah dan anak2 perempuan solehah bawalah telekung walau ke mana kamu keluar dari dari rumah....
Allah memang memudahkan dan meringankan hambanya untuk beribadat... tapi ia adalah mengikut waktu dan ketika...darurat misalnya...Kalau mengikut alim ulamak darurat tu pun sangat tak terjangkau oleh kita terutama kita di Malaysia nih...
Sedih sebenarnya... macam mana nak dapat hakikat sembahyang...Tau tak hakikat sembahyang tu macam mana...MasyaAllah... Kak Meha ni bukan cerdik dan tinggi mana ilmu agamnya tapi boleh juga nak kongsi... lagi pun tak bertujuan untuk mengajar hanya untuk mengingatkan diri semata-mata.
Berbalik cerita di surau R&R tadi...kalau kanak2 solat tak pakai telekung ti tak delah masalah sangat...Ini mak-mak orang dan kakak-kakak orang....
Pakai seluar jeans ketat T-Shirt lengan panjang bersolat dengan memakai telekung sahaja tidak menggunakan kain solat ,
memakai baju kurung yang kononnya tudungnya agak labuh tapi nampak pergelangan tangan ( tak pakai telekunglah tu ).
Lagi cantik berjubah cantik ber 'bling-bling' siap dengan tudung yang macam labuh lah....( tapi kain masa kini tulah kain lycra ).
Tahukan macam mana kain lycra tu... kain yang bergetah mengikut bentuk badan hinggakan lekuk ponggong pun boleh nampak....
Ada yang memakai track suit dan baju T-Shirt Muslimah....Macam2 ragam...
macam mana nak dapat hakikat solat kalau gitu gayanya...
Sedangkan aurat wanita tu adalah seluruh muka kecuali tapak tangan.
Kenapa boleh macam tu solatnya... adakah kerana tidak membawa pakaian telekung solat, atau terikut-ikut dengan budaya di luar negara yang ambil mudah tentang solat.... Sekali sekala terdengar ceramah agama oleh uztaz2 tertentu di kaca TV tentang kelebihan dan bagaimana solat yang sempurna pun terasa sangat kerdil sekali solatku....
Wahai wanita2 yang dirahmati Allah tak berat mana kain telekung tuh....kalau dibanding handbag yang dalamnya penuh dengan pelbagai isi ... kadang terfikir juga alat solek, handphone atau apa saja gajet masa kini boleh pula sumbat dalam handbag....
Ya Allah minta ampun ya Allah hanya untuk mengingat diri semdiri....
Nak tulis sikit tentang hakikat solat mengikut alim ulamak yang dipetik dari al-quran dan hadith apa itu hakikat solat... berusahalah kita ke arah itu...
Solat khusyu’ dan khudlu’
Erti : Shalat dengan konsentrasi batin dan merendahkan diri dengan mengikut cara yang dicontohkan oleh Rasulullah Saw.
Maksud Solat Khusu dan Khudu
Membawa sifat-sifat ketaatan kepada Allah Swt didalam shalat kedalam kehidupan sehari-hari.Apa yang dimaksudkan dengan kehidupan kita sehari-hari.. Sekiranya di dalam solat kita menutup aurat dengan sempurna , membawa ayat-ayat Allah , berzikir , berdoa dan menunaikan perintah2nya juga meninggalkan larangannya di dalam solat pasti hakikat solat yang khusuk dan khudu' akan masuk dalam diri kita. Solat bukan hnaya perbuatan kita qiam, rukuk , sujud dan sebagai nya tetapi ia adalah satu hakikat yang membawa kepada kehidupan dan khusyuknya solat.
Jann sampai di akhirat nanti Allah lemparkan solat kita yang tak sempurna seperti kain buruk ke muka kita
Fadhilah :
1. Allah berfirman : Sesungguhnya solat dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
2. Allah berfirman : Carilah pertolongan Allah dengan sabar dan solat.
3. Rasulullah Saw. Bersabda : solat adalah milahnya orang beriman.
Cara mendapatkan :
1. Dakwahkan pentingnya solat
2. Latihan dengan cara :
a. Memperbaiki dhahirnya solat.
b. Menghadirkan keagungan Allah
c. Belajar menyelesaikan masalah dengan solat
3. Berdoa kepada Allah agar diberikan hakikat solat khusyu dan khudu
(dipetik dari hakikat solat - 6 sifat para sahabat dan sahabiah )
Macam yang Kak Meha kata tadi keadaan kita belum lagi darurat. Rosaknya solah kita kerana sikap kita yang meringan-ringankan solat dan berusaha untuk mendapat solat yang terbaik yang dapat mencegah fasyak dan mungkar.
Minta ampun , minta maaf pada Allah dan muslimat yang membaca cerita ini... dengan ikhlas hati ia bertujuan untuk memperbaiki amalan sendiri...
No comments:
Post a Comment