02 October 2012

KENA SAMANNNN......

Menyambung cerita semalam....

Jam 3.40 berhampiran Pusat Perniagaan The Summit Parade dalam perjalanan ke Maahad Pontian Si Bujang 2 call...Katanya tiket bas ke Johor Bharu habissss.... berpatah semula ke bus stand dan ambil bujang 2.

Dari bus stand terus lalu jalan2 yang sepatutnya hingga lah masuk ke Jalan Pegawai. di Traffic Light tu terus menuju ke arah Balai Polis...Lalu lah di kawasan pejabat Polis Traffic.
Dan sebaik sahaja melepasi balai tersebut, tuh diaaaa dua orang pegawai dah menunggu kami dengan isyarat ke kiri....Nak buat camna dah depan mata, cuba juga tarik tali pinggang keledar, tapi ia tak mau....

Akhir nya berhenti dan dengarlah apa kehendak gamaknya sahabat dua orang ni mahunya....
" Minta lesen dan IC bang...." aduhhhh sudahhhh.
" Abang tau apa salah abang..". Patut kena saman ka.."( adik polis ni berbangsa India )

 So Cik abang pun jawab ler " tak pakai tali pinggang keselamatan encik , terpulanglah kalau encik rasa saya salah saman lah...".
" Kakak pun tak pakai talipinggang, rm tiga ratus ni ....", katanya....he he Ku senyum jer lah...
" Macam mana ni, nak saman tak," katanya....(masyaAllah  baiknya adik polis ni , siap tanya lagi )

Ku yang gatal mulut ni pun berkatalah dengan muka simpati " Encik kalau masih ada rasa kasih sayang sesama manusia ,janganlah saman kami....lain kali kami tak buat lagi, lagipun tadi saya lupa baca doa perjalanan lah...." he he minta simpati lagi nih...maklumlah adik polis tu dah buka buku samannya....
 Kebetulan ada kereta lain yang berhenti untuk di saman , cik adik polis tu tanpa memandang kami menghulur IC dan kata " dah jalanlah bang ....."

Syukur , syukur sangat kepada Mu Ya Allah kerana memberi gerak hati kepada polis itu supaya tidak menyaman kami....sayang tu RM 300.

InsyaAllah sentiasa mengingatkan diri supaya sentiasa memakai sit belt, walau kadang bukan memikir untuk keselamatan diri tetapi menghormati undang-undang dan berkasih sayang dengan pegawai polis yang terasa serba salah menahan pemandu yang tak patuh undang-undang jalan raya seperti kami....


No comments:

Post a Comment