02 October 2012

MAHA SUCI ALLAH....

Hari ini Ku, Cik abang dan si bongsu bersolat asar di Surau Arab Jalan Engan. Kami sampai awal sebelum azan asar dilaungkan. Cik abang sudah keluar dari kereta untuk mengambil wuduk terlebih dahulu...ku pula masih di kereta kerana segan pulak sebab jemaah lelaki dah mula ramai masuk ke surau untuk menunaikan solat.

Tidak lama selepas itu azan dilaungkan...(Kebetulan beberapa ekor anjing berkeliaran di situ... kita nak keluar kereta pun seriau juga nih )

Rasa keajaiban Allah.... Semasa azan dilaungkan seekor anjing yang tua lah pada pandangan ku mendongak ke atas pembesar suara dengan penuh khusyuk. Buka itu sahaja selepas setiap azan dilaungkan anjing itu mengeluarkan suara yang agak kuat dan bunyinya seolah2 menyambut seruan azan itu....
Hingga membuatkan si bongsu dan cik kekanda keluar ke pintu surau dan melihatnya....

Si bongsu tanya pada abahnya , " bah kenapa anjing tu bunyi macam tuh bila azan "
Cik kekanda kata , " anjing pun makhluk Allah...ia juga menghormati laungan azan . Kita manusia ni pun kadang waktu azan tak tau nak homat. Berbual2 dan bersorak2...." . Itulah jawapan cik kekanda yang boleh diterima akal...

Moralnya....walaupun anjing tu haiwan tetapi ia juga adalah makhluk Allah di mukabumi ini, walaupun tidak diberi akal fikiran tetapi ia tau menghormati azan. Bagaimana pula kita yang sempurna akal fikiran dan tubuh badan tidak pandai menghormati kalimah azan. MasyaAllah insaf2 lah...( mengingatkan diri sendiri sebenarnya )

No comments:

Post a Comment