Teringat cerita semalam....kadang sakit hati yang amat, kadang insaf dan sedih sangat...salah siapa agaknya. Guru ke....ibu bapa ke....atau persekitaran....hanya allah yang mengetahui...
Kisah seorang murid ku...Si F namanya...memang kus semangat buka sahaja tak minat belajar, tapi nakal nya Tuhan sahaja yang tau....menggoda kita sahaja kerjanya...kadang macam2 juga terkeluar dari mulut ni ( Ya Allah ampunkanlah dosa hamba Mu ini kerana tidak dapat menunaikan hak sebagai guru dengan sempurna )
Semasa mengajar semalam dia selamba jer...berbula tidak, mengusik pun tidak tapi entah apa yang dipegangnya sehingga dibelek dengan khusyuk sekali )
So Ku pun jeritlah dengan kuatnya " F bin Norkhairuddinnnnn !!!!!!. Awak buat apa , exam tinggal 4 hari lagi. Fokuslah manalah dalam masa 4 hari ini apa yang awak fokus dapat membantu semasa exam".
Tau apa jawabnya ?... " Cikgu , siapa Norkhairuddin ? "
Waaaa terperanjat ku dibuatnya bila dia kata macam tu..." Ehhh nama ayah awak bukan Norkhairuddin ke " ( malu juga macam tak kenal dengan anak murid pulak ),
Haaa bior betul budak ni.... dari sulung hingga ke si F yang bongsu ni ku jumpa di SKP tiba2 dia kata ayahnya bukan Norkhairudin....Dengan blur nya si cikgu ni pun tanya pada murid dalam kelas tersebut...." Ehhh awak semua bukan ke F ni bin Norkhairudin ", kata ku...
Si F ni pun menyampuk " cikgu ayah saya KOMENG lah cikgu..."
(waaaaa ternganga besar mulut Ku )
" Cikgu tapi nama dia memang F bin Norkhairudin lah " beritahu seorang murid.
Ku panggil lah si mamat ni...." awak, awak tau tak apa makna " Komeng "..... Yang saya tau Komeng tu tak cukup sifat atau tak sempurna. Macam buah kelapa yang rosak isinya selalu orang sebut kelapa komeng...kenapa awak panggil ayah awak Komeng".
Jawabnya dengan tersengih2" memang semua orang panggil ayah saya " Komeng " cikgu...".
MasyaAllah ujian apakah ini untuk ku berhadapan dengan anak yang rendah IQ dan bermasalah seperti ini....( Istighfar berkali2 dibuatnya waktu itu )
Tanpa ada perasaan dia selamba jer menyanyi2....Taubat sungguh...
Ya Allah lindungi diriku, suami, anak cucu kami dari bencana Mu, rahmati keluarga ku dan kurniakan kami anak cucu yang cerdik pandai dan menghormati sesama makhluk....
No comments:
Post a Comment