Semua orang tahu HATI adalah organ yang menegndalikan semua anggota tubuh manusia. Melalui hati , anggota tubuh yang lain akan mengambil teladan yang baik sama ada dalam ketaatan ataupun kemungkaran.
Hati yang dijadikan Allah dalam tubuh manusia merupakan bahagian yang harus dipertanggungjawabkan oleh setiap insan ketika di akhirat nanti. Kita akan disoal tentang cara kita mengendalikan hati.
ORANG YANG MEMILIKI HATI YANG SUCI AKAN TERSELAMAT DARIPADA HUKUMAN YANG BERTENTANGAN DENGAN KETENTUAN ALLAH. SEMUA YANG MEREKA LAKUKAN KERANA ALLAH. JIKA MEMBENCI SESEORANG BIARLAH KERANA ALLAH. (mungkin kita membenci seseorang kerana membuat maksiat, menabur fitnah atau apa sahaja yang melanggar larangan Allah )JIKA MEREKA MENCINTAI , BIARLAH CINTA ITU KERANA ALLAH.
Beruntunglah bagi kita yang memiliki hati yang berunsur kebaikan kerana dia bukan sahaja akan menjadi orang yang taat dan beriman malahan mempunyai akhlak yang mulia.Namun agak malang sekiranya hati yang jahat menguasai diri kerana akan mengakibatkan manusia jadi kufur dan derhaka kepada Allah.
No comments:
Post a Comment