30 July 2011

MARHABAN YA RAMADHAN...dari kami sekeluarga.....




Marhaban Ya Ramadhan....Ramadhan Karim...
Setahun sudah berlalu...InsyaAllah esok Ramadhan akan menjelang... Syukur Allah memanjangkan usia Ku, Suami ,Kedua Ibubapa,Anak-anak yang dikasihi, serta saudara mara se Islam untuk menyambut Ramadhan esok...

Masih terasa betapa setahun yang lalu, menjelangnya Ramadhan kami di uji Allah.. hanya Allah sahaja yang mengetahui... Dalam gembira menerima tawaran ke Baitullah hubby telah dimasukkan ke wad selama 5 hari. Beberapa hari hubby di hospital memang terasa diri betul2 kerdil2... Merasa benar2 yakin Hanya Allah yang berkuasa, Allah yang menghidupkan, Allah yang mematikan, Allah yang memberi kesabaran , Allah yang memberi ketengan..... Memang benar-benar ujian ... Maklumlah banyak urusan pemergian yang belum selesai...Syukur kepada Mu Ya Allah kerana telah memakbulkan doaku....memberi nikmat umur, nikmat sihat dan nikmat bahagia........

Dan esok InsyaAllah Ramadhan akan datang lagi... Semoga Ramadhan ini akan menyucikan hati kami, menambahkan ibadah kami dan menambahkan ketakwaan kami kepada Mu Ya Allah... penuhi masa dengan zikir, quran , terawih dan bangun malam disamping tugas harian untuk dunia....

24 July 2011

TUPPERWARE DAN TIPUWARE....

TUPPERWARE OR TIPUWARE....



Sama tapi tak serupa....yang hijau pekat tu tupperware yang hijau cair tu tipuware...


Macam tak ada beza kan...satu ada trademark tupperware yang satu tiada....



Lihat... tutup pun sama ada tulis eco kedua-duanya... cuma yang di sebelah kanan ada trademark tupperware....



Ha ha .... RM 4.50 tuh.... tapi tupperware yang ori RM 49.80 sepasang untuk warna biru dan hijau....


Untuk pengguna Tupperware juga pengedar tupperware dan untuk diri Ku sendiri yang sudah puluhan tahun menggunakan barangan tupperware
....
Apakah perasaan anda dengan penemuan ini.... geram, geram, geram....

Hari Sabtu yang lepas, sedang Ku bersarapan bersama keluarga tiba-tiba adikku Su datang ke rumah... sebenarnya rumah kami dekat-dekat jer...

" Weh kak kor nak tengok tupperware baru aku tak...." "Haaa naper dengan tupperware kor... "Jawab Ku. Dia pun tunjuk ler tupperwarenya... Aik... terperanjatlah jadinya, maklumlah biasanya dia beli barang tupperware ni dengan ku...bila masa pulak dia beli tupperware .... seingat ku , dalam waktu terdekat ni memang dia tak de oder tupperware.." Kor beli dengan saper "...kata ku..."Ha ha tipah tertipu ", katanya.... Cuba kor tengok baik2...

Lah belek punya belek , tipuware rupanya... bentuk memang sama sebijik orang kata...dan yang kelakarnya dia kata " aku beli murah jer RM 4.50.... Membazir beli mahal oder dengan kor "... Uhhh sabor jer lah...Dah tak ori pattern tupperware ni....kadang2 terfikir mana yang ori, mana yang tak ori ni, tupperware ke tipuware...

22 July 2011

CANTIK DI LUAR CANTIK JUGA DI DALAM


Entah kenapa nak kongsi dengan N3 di bawah kali dengan pembaca di samping untuk amalan diri sendiri....Sebenarnya tahun lepas dah pernah keluarkan N3 ni...kebetulan tahun lepas Ku ambil program jemaah wanita selama 3 hari di rumah...Program Masturat.Alhamdulillah banyak llmu yang dapat di kongsi .

Seorang sahabat yang turut sama dalam program tu dah berumur sebenarnya tapi nampak relax dan awet muda.Tapi MasyaAllah ilmu penuh di dada.... doa-doa masnun hafal dan amal belaka....

" Meha akak nak kongsi dengan awak nak tak..." pada malam terakhir dia di rumah Ku...kebetulah muzakarah amal dah selesai, jadi kami duduk sembang sambil bertukar fikiran dan berbual kosong.... maklumkan jemaah tu 7 orang termasuk Ku tuan rumah 8 orang, so macam-macam amalan dan petua lah yang kami kongsi...." Eeee akak tentulah saya nak .... akak cerita lah apa2 saja saya memang suka" kata Ku...

Dia kata, ilmu ni dia dapat masa dia masih muda lagi dari orang tua2... Amalkan surah waqiah ayat 35-38.Bacalah setiap hari...InsyaAllah katanya kita akan cantik di dalam dan cantik diluar....Katanya suami akan sentiasa berpuashati dengan layanan kita luar dan dalam....Wah...syok tu...Apa lagi Ku pun buka lah surah waqiah dan cari maklumat sedikit di google...

So untuk sahabat yang bernama wanita, amallah... tak perlu lah makan apa2 suppliment yang pelik2 untuk menjaga keharmonian rumahtangga, supaya suami kita tidak berangan2 nak cari lain....kepada sahabat bernama lelaki sampaikanlah kepada isteri2 , kerana ia satu cara kita menghargai wanita bergelar isteri...
Sebenarnya dari ayat tersebut maksudnya sahaja sudah jelas... dan Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pemberi...

Baca Al-Fatihah sekali,

Ayatul Qursi sekali

dan

Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

Tiup dalam air dan minum.

Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri kita & utk kebahagiaan rumahtangga kita.

Maksud Ayat

Makna surah Al-Waqiahayat 35-38:(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan
isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,(56.36) .

Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara(yang tidak pernah disentuh),(56.37)

Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,(56.38)

(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan

19 July 2011

DURIAN RM 2 SEKILO.......

Ini durian nikmat namanya....Harga murah tapi memang cun....Apa jenamanya tak tau... IOI ke,Musang Kingke.... tak kisah yang penting durian ni memang best....RM 2 sahaja sekilo....


Durian ni sebiji penuh semua berbiji kesep....Alhamdulillah nikmat makan sungguh...


Durian ni pun sama RM 2 sahaja sekilo....memang puas makan , lekit , pahit dan lemak...


Ini buah ketiga.... buah yang lain-lain pun memang nikmat....

Durian durian durian.....

Musim durian kita cerita durian lah....Ada sesetengah tempat tu macam pesta durian...Minggu lepas pada hari Rabu ke Tangkak ke rumah sewa anak...On the way dari Muar ke Tangkak mak aiii... sepanjang jalan banyak sungguh pondok-pondok menjual durian... Huhhh kita tengok pun macam teruja ... ya lah sepanjang jalan tu macam cendawan tumbuh lagaknya....

Yang teruja sangat tuh.... siap tulis RM 1 sekilo.....memandangkan hari tu agak kalut so nak singgah shopping durian tu tak sempat...Hari Ahad tu ke Kesang Tasik hantar Shakinah pulang ke asrama....lajak lah ke Tangkak... Ha ha tak de dah promosi harga RM 1 kat kedai-kedai tu...Maklumlah hari Ahad, banyak kereta nak masuk highway , depa pun tekan harga...

Sebenarnya tentang RM 1 tu, tak de lah kisah sangat.... sebab bayangkan tentu RM 1 tu buahnya tentu tak cun...Tapi nak singgah juga , nak pastikan betul atau tidak..... sah tipu...bila turun dari kereta depa pun tunjuk lah ini RM 4, ini RM 6, Ini RM 10, ini RM 14...dan yang RM 1 adalah yang buah tak boleh di makan lagi kot....

Dah terlanjur ke sana tu, singgah lah juga dua kedai durian tuh... Ada yang RM 4, RM 6 dan RM 10 sekilo... Belilah beberapa biji yang harga sekilo RM 4....
Di kedai yang lain pulak beli juga beberapa biji yang sekilo RM 6 ....

Sampai di rumah, apalagi buka lah buah tu.....ha ha.... sabar Ya Allah.... teruk sungguh rasa buah-buah tu... benyek semacam jer... Yang sekilo RM 6, sebiji tak boleh di makan kiranya....

So adik yang kaki durian macam abah Ku pun dok gelak...." Ha ha kor kak, memang dari dulu kini dan selamanya kalau bab beli durian memang failed...." Memang betul Ku n hubby bab beli durian ni memang gagal.... tak pernah memuaskan....

jadi si adik pun cadang lah pergi ke sebuah kedai kegemarannya....
Dan buah di atas tu memang dari kedai biasa2 ajer, terletak di Pekan Parit Sulong atas cadangan adik Ku..memang best punya durian.... Tak mahal RM 2 sahaja tapi memang kaw kaw punya .... Makan sebiji pun dah tak larat nak sambung buah kedua... Tebal , oren dan biji yang sangat kecil...

18 July 2011

JOM BACA NOVEL....

Lama tak cerita tentang novel ni....Ini koleksi Siti Rosmizah yang Ku ada...Fanatiklah kiranya ni... he he..
Buku ni ada pada siapa ek, siapa yg pinjam sila pulanglah ya ....sedih ,geram dan happy cerita ni...Novel pertama Siti Rosmizah....


Ni pulak novel kedua Siti Rosmizah.... dah berkali-kali ulang...lawak dan sedih...Pemandu peribadi yang kemudian menjadi isterinya...Buku ni dah hampir lunyai dibuatnya... Ramai sangat yang tumpang baca... baik Ku sampul dengan plastik kalau tidak jenuh pendeklah hayatnya...



Haaa ini memang paling best di antara 4 buah novel Siti Rosmizah....Kawan Ku kata " Lawak hingga keluar air mata terguling-guling, sedih hingga menangis hingga berbaldi-baldi air mata "... Ya ajer depa ni....Tengok tajuk macam " love story " gitu, tapi sebenarnya sedih sangat...Hubby tengok Ku gelak sakan dia pun tumpang baca...Dan dia komen: Hebat juga cerita ni ya bu....sedap dibaca... sedih pun ya.... ha ha, kalau hubby boleh baca memang sedaplah tu...



Ini pula yang telah 3 bulan Ku beli tapi belum berbaca.... bukan tak sempat, tapi entah mood tak de... Maaf ler Cik Siti Oiii... fanatik punya hal tak sempat baca tetap beli...Bukan apa sebenarnya buku ni tebal sungguh tu yang tak baca lagi... kebetulan pulak dapat jumpa Salwa yang menyediakan perkhidmatan menyewakan novel... Baca yang agak tipis dan relax dulu...


Setengah tahun pertama ni tak banyak yang ku beli sebagai koleksi. Kebanyakan yang Ku baca sewa dari Salwa's Novel....Ekonomi "melosot" orang jawa kata... Keperluan anak sekolah sahaja hampir RM 4000 sebulan....Maklumlah permata hati Ku kan 8 lapan orang tuh... Yang di asrama dan di kolej tu bukan main lagi belanjanya...

Tak kurang juga yang kat rumah ni.... Namun syukur ada sahaja rezeki anak-anak ni....Lagi bimbang di akhirat kelak Allah akan tanya ke mana kita faraid kan duit kita....

Dalam pada "melosot" tu dah 11 buah juga setengah tahun ni yang ku beli....
Kengkawan pun pelik , depa selalu dok tanya " Kak Meha, kor baca novel bila aahh... hairan aku, kor punya novel beratus2 ....". ha ha bila baca ...Baca malamlah lepas teman anak belajar ...dah tu tidurkan big bos pulak... yang penting big bos tu...nanti merajuk poning kepala den...

Sebenarnya koleksi Ku adalah novel, tapi hubby pulak kitab-kitab agama lah...
Sebenarnya membaca novel atau buku ilmiah ni bagus...daripada menonton TV baik membaca..Bahan bacaan tu boleh di simpan hingga ke anak cucu....

17 July 2011

SIJIL DUNIA....SAHAM AKHIRAT

Semalam beli frame untuk sijil... tu yang tulis N3 ni...walaupun telah dua kali mendapat sijil anugerah cemerlang, tetapi sijil kali ni ada " sentimental valuenya" tersendiri...

Sebelum kami menaiki pesawat untuk bertolak pulang dari Lapangan Terbang Madinah kami diberi cenderahati seorang satu.Ia merupakan sebuah bungkusan beg plastik yang mengandungi senaskhah Al Quran. Teringat pula pada Cik Zamiela Zainuddin, adik sesama jemaah di Elaf Al Sud dalam postnya di Facebook dengan memegang naskhah ini... " Inilah sijil kami selama 42 hari di sini "....
Kelakarlah pulak Al Quran ni di katakannya sijil kami...



Wah tuh dia ... A Present to the pilgrim from the custodian of the Two Holy Mosques....Beg ni pun Ku simpan lagi... sentimental value gitu... walau tidak sehebat beg Bonia or Habib Jewel..






Dan inilah sijil kami... Terperanjat juga dua bulan setelah kepulangan kami dari Tanah Suci kami mendapat sampul surat besar berwarna putih dari Tabung Haji....Rupa-rupanya sijil kerana telah menyertai rombongan jemaah haji untuk thaun 2010.

Sebenarnya rasa pelik juga, menunaikan haji pun ada sijil juga ke... ingatkan penyertaan program sahaja yang dapat sijil...lupa pulak nak bertanya dengan abah dan emak yang telah pergi untuk kali ketiga bersama Ku pada tahun lalu , pemergiannya yang dulu ada sijil juga ke....
Bagi Ku apa yang penting, adalah amal ibadat kami di sana di terima Allah dan Haji kami diterima sebagai Haji Yang Mabrur... InsyaAllah....

Bila menulis tentang pengalaman di sana hati ini terasa sebak dan sayu sekali...Sungguh hati ini teramat rindu dengan Baitullah dan Nabawiah....terbayang-bayang di mata dari mula menjejakkan kaki hinggalah pulang semula ke tanah air....Bila membaca rakan blog " Pengalaman Di Kota Mekah oleh CL dan Menggamit Rindu Haramain oleh Paklang...." rasa macam baru semalam meninggalkan Mekah...

Semoga Allah limpahkan rezeki untuk Ku dan suami menerima jemputan ke sana lagi....


16 July 2011

BERITA KEPADA KAWAN - EBIET G. ADE

Suatu hari dalam perjalanan pulang dari Tangkak , Ku dan hubby terdengarlah celoteh LO dan Halim Othman tentang lagu lama Indonesia yang dinyanyikan semula Oleh Ebiet G Ade...Ku yang mendengar lagu ini diputarkan dan di ulas semula oleh dua Pengacara tu pun tak terfikir sebelum ini tentang kandungan lagu ini yang memang menyayat hati terutama selepas terjadinya TSUNAMI ....

LO n Halim menyatakan bahawa lagu ini dinyanyikan semula selepas kejadian Tsunami dan ia mengisahkan tentang penduduk yang mengubah dunia sewenang-wenangnya, maksiat merata dan Allah telah memberi peringatan untuk mereka....

Entahlah.....tapi lagu ni memang ada valuenya.... Dengarlah di You Tube....Ku siap dah download dalam FB lagi....

Berita Kepada Kawan
Artist: Ebiet G. Ade
Perjalanan ini
Trasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan

Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan

Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
kering rerumputan

Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih ...

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika di kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari

Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang

BERHATI-HATI DENGAN AMALAN KITA....

N3 ni saja untuk mengingatkan diri sendiri...

KINI SEMAKIN BERKEMBANGNYA ISLAM MAKA SEMAKIN BERTAMBAHNYA DAKYAH... BERHATI-HATILAH MELAKUKAN AMALAN MAHUPUN IBADAT... PASTIKAN IA AMALAN BERTERUSAN BUKAN SEBAB SEMPENA HARI-HARI TERTENTU....

SESUATU YANG NABI TIDAK LAKUKAN MAKA IA BUKAN SUNNAH....SESUATU YANG BUKAN SUNNAH DIBIMBANGI IA ADALAH BIDA'AH....SEKECIL-KECIL SUNNAH ADALAH MENGAMALKAN DOA MASNUN ( DOA HARIAN ) SEBESAR-BESAR SUNNAH ADALAH DAKWAH....

Sekarang kita selalu terdengar program dianjurkan oleh masjid atau orang perseorangan...tidak salah program tersebut cuma...., betulkan niat dan tujuan kita.....Malam Jumaat, Israk' Mikraj, Nisfu Syaaban dan sebagainya.... Bukan hanya malam-malam tersebut kita buat amalan tertentu ..... Bacaan Yassin atau sebagainya adalah amalan harian....Quran dan zikir membersihkan hati...Pernah ustaz di sekolah Ku memberi Tazkirah Jumaat tentang bacaan Yassin pada malam Jumaat....Ia telah menjadi adat, bahawa malam Jumaat barulah kita membaca Yassin.... " Salah tu..." katanya..." Yassin adalah amalan harian, bacalah ia sekiranya ada masa terluang.... dan afdal kiranya malam Jumaat kita membaca Surah Al Kahfi.... "

Walau apa pun hanya Allah yang mengetahui diri hambaNya....Beramallah dengan ikhlas, dosa ,pahala, syurga , neraka adalah milikNya....

..... Petang tadi balik dari kampung my daughter tanya...."Bu , kawan Deknah tu Hafiz Quran, dia kata kalau ada malam2 tetentu yang kita buat baca Yassin 3 kali or sebagainya adalah haram....".So abah dia pun jawablah..." Yuppp....semua malam adalah sama, maka beramallah tanpa mengira malam apa pun...." Maka panjanglah hujah my hubby tu....

15 July 2011

KERANA MULUT BADAN BINASA....



Biasa dengar dengan ungkapan tersebutkan....Sebenarnya hari ini Ku rasa frust yang amat.... terlalu.... kecewa yang tidak terkata...Syukur istighfar mengingatkan Ku....

Walau perkara ini bukan berlaku pada diri Ku, tapi sebagai seorang wanita , seorang yang berilmu walau tidak setinggi mana dan sebagai seorang yang berfikiran waras ,sakitnya akan dirasai sekiranya ada hamba Allah yang mengatakan tidak baik kepada orang kita kenali....

Peristiwa ini memang membuatkan Ku ingin menulis N3 pada hari ini ....dengan rasa rendah diri Ku nyatakan bahawa tiada langsung untuk menyinggung perasaan sesiapa tetapi sekadar meluahkan rasa....Sebelum menulis ni tadi tanya pada hubby boleh tak masukkan N3 ni...dia kurang setuju, tapi Ku janji tak kan sentuh nama sesiapa pun...

Ingat-ingatlah apabila menuduh seseorang, jangan sesedap rasa... takut dengan sekelip mata Allah balikkan kepada kita.... Sedarlah sebenarnya kita manusia yang lemah, syaitan sentiasa di sekeliling kita... Berbagai cara syaitan ni menggoda kita...MasyaAllah...

Teringat boss Ku pagi tadi ada berkata, kalau kita ni biasa2 ajer bukan ustaz atau orang alim ,maka yang menggoda syaitan kecil ....tapi kalau ustaz atau yang ilmunya lebih maka syaitan yang datang "Jenderal"....

Maka tertulisnyalah N3 ini pada kali ini....

SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah ‘suka membawa mulut’, mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang se hingga kisah yang pendek menjadi panjang.

Senang kata ia juga disebut menabur fitnah iaitu menceritakan keburukan orang di khalayak ramai dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.


Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan di kalangan kita , juga masyarakat, sehingga runtuh segala sendi kebahagiaan hidup bersahabat dan bermasyarakat.

Sikap menyebar sesuatu yang buruk seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat berat di hari pembalasan kelak.

Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri hati atau dengki terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran.


Faktor lain yang mendesak seseorang melakukan fitnah kepada saudaranya ialah kerana ingin mendapatkan kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri dan dakwaannya, malah ingin menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada saudaranya itu.

Islam menasihati umatnya agar melindungi rahsia saudaranya, bukan sengaja mencari kelemahan dan membuka aibnya kepada khalayak, kerana dengan tindakan itu boleh menjatuhkan maruahnya.InsyaAllah sekiranya kita melindungi keaiban orang lain janji Allah akan menjaga keaiban diri kita di dunia dan di akhirat. Berfikirlah dengan waras disamping menceritakan aib seseorang janganlah sesekali kita menggelar atau memanggil orang yang kita tidak sukai dengan Si Pendek, Si Hitam atau apa sahaja yang yang lebih dasyat bunyinya daripada itu.


Kini medan menabur fitnah terlalu banyak. Dengan perkembangan teknologi, semakin mudah pula mengadakan berita palsu, fitnah dan segala celaan, dengan cepat tersebar ke seluruh ceruk rantau.

Cukup dengan memasukkannya ke dalam Internet atau blog, semudah itulah manusia berbuat dosa dan semudah itu juga umat Islam boleh bersatu dan berpecah belah.

Kita sepatutnya perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulis, diucap dan disebar, bukannya menulis, bercakap dan menyebarkan berita mengikut sesedap hati tanpa di selidiki, kerana semua itu akan ditanya Allah.

“Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan.” (al-Isra:36)


Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu berkembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.

Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain, dengan tidak mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka dan tidak mencabuli hak mereka. Tapi sekarang ni di mana -mana tanpa segan silu , khalayak lebih senang dan duduk menceritakan keburukan dan keaiban orang lain seperti semut menghurung gula lagaknya.

Menabur fitnah sebenarnya lebih kejam daripada membunuh, kerana kesan kerosakannya lebih teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mangsanya mungkin seorang, tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan sehingga bertahun-tahun.


.............Uhhh... dah penat rasanya ... InsyaAllah akan sambung di lain kali....


16.7.2011.... he he ingat nak menyambung lagi tazkirah diri ni... tapi memandangkan hari ni dari pagi busy ya amat, idea pun dah terbang....sedar sedar dah tukar hari kepada 17 .7.2011 pula jam 12.40 am waktu nak update N3 ni... dan sebenarnya bila dah rehat dan tidur malam tadi , bangun dengan keinsafan marah tu dah hilang pada seseorang....Berfikir sendiri, buat apalah nak marah kan seseorang, kita ni bukan sempurna mana, entah esok entah lusa kita Allah uji....Banyakkan istighfar dan muhasabah diri jer lah....

14 July 2011

BENCANA DIRI SENDIRI

Tazkirah pagi Jumaat ni.... saja untuk mengingatkan diri sendiri...Terima kasih Panitia Agama Islam SKP:...

Pengisian ini Ku ambil dan taip semula dari Sumber Suara Jumaat...Simple sahaja tapi sangat bagus untuk mengingatkan diri sendiri...

Bencana Diri Sendiri :
FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD :….
“ Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan ( atau bala bencana ) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan ( perbuatana salah dan berdosa ) dan ( dalam pada itu ) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu .”
( Surah As –Syura ayat 30 )

BIASA ORANG KATA :….
You get what you did…..

Itulah kenyataannya… dari Firman Allah di atas jelas kepada kita…….muhasabahlah diri. Ingin menggapai bintang di langit tetapi tiada usaha yang dilakukan…. Mahu mendapat keuntungan tetapi tidak berusaha ke arah itu. Mahu mendapat syurga Allah tetapi kita tidak melengkakan diri dengan iman dan amal yang sempurna, Mahu mendapat kerahmatan Allah tetapi tidak melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya…

Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh At –Tarmizi daripada Abu b. Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud , “ Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

Apabila sesuatu yang di amanahkan menjadi milk sendiri
Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing
Apabila seseorang lebih memuliaka teman daripada iu bapanya sendiri
Apabila kedengaran banyak bunyi bising
Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya
Apabila arak menjadi minuman biasa
Apabila lelaki memakai sutera
Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki
Apabila wanita memainkan alat-alat muzik
Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

APABILA ORANG YANG TERKEMUDIAN MENGHINA ORANG YANG TERDAHULU, MAKA PADA SAAT ITU TUNGGULAH BALA YANG AKAN TIBA….

13 July 2011

SEMAK AMALAN - BERSIHKAN HATI






Semak lah amalan kita:
Orang yang beriman adalah orang yang bertakwa, setiap hari akan memperhati dan menyemak amalan yang diperbuat pada hari ini dan yang akan diperbuat pada hari esok.... sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang ada dalam diri kita.

Doa Rasulullah:
" Ya Allah , jadikanlah di dalam hatiku cahaya, di lidahku cahaya, di pendengaran ku cahaya, di penglihatan ku cahaya, di hadapan cahaya dan dari atas ku cahaya dan dari bawah ku. Ya Allahberilah kepada cahaya. ( H. R . Muslim )

Hadith :
" Ingin aku beritahu dalam diri ada sesuatu, jika baik, baiklah seluruhnya. Jika rosak, rosaklah seluruhnya. ITU ADALAH HATI.

Doa Ku hamba Mu yang lemah ini :
Ya Allah , Ya tuhan kami, wahai pemberi petunjuk orang-orang yang bingung, tunjukkan kepada kami jalan orang-orang yang jujur, jadikan kami hamba Mu yang soleh.

Ya Allah Ya Tuhan kami, pemberian termanis dalam hati kam adalah harapan kepada Mu, perkataan yang paling nikmat dalam lidah kami adalah memuji Mu, waktu yang paling kami cintai adalah saat berjumpa dengan Mu.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah lidah kami lidah yang sentiasa mengingati Mu, lidah yang sentiasa taat perintah Mu, hati kami yang sentiasa tenteram dengan mengingatiMu, dan badan kami yang sentiasa giat dalam taat kepada Mu.

Ya Allah Ya Tuhan kami, bukakan lah telinga kami yang tuli dari ayat-ayat Mu, hati yang lalai dari cahaya Mu, dan mata kami yang buta dari tanda-tanda kekuasaan Mu, keagungan rahmat Mu serta luasnya kemurahan Mu.

Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku tidak pandai berdoa,aku bermohon kepada Mu Ya Allah, apa yang Nabi ku minta, maka itulah yang aku minta.........

12 July 2011

BERLELUASANYA GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA - KITAKAH YANG BERSALAH

Setiap hari membaca akhbar ada sahaja cerita keruntuhan moral anak-anak remaja masa kini. Hari ini teringin pula Ku untuk berkongsi dengan mereka yang sudi menjengah My Kemilau ni...
Kadang-kadang terasa diri ini sangat kerdil kerana Allah telah menunjukkan bermacam2 tanda akhir zaman ni... Astagfirullah....Ampunkanlah dosa kami...

Kenapa Ku ingin meluahkannya .... kerana terfikir di fikiran Ku , agaknya banyak punca keruntuhan moral remaja masa kini adalah kerana kemajuan teknologi , kesilapan ibu bapa , pihak sekolah , masyarakat juga media massa.

Apa yang Ku fikirkan hari ini tentulah berpunca dari apa yang dihadapan mata Ku pada hari ini, juga hari-hari sebelumnya.Dulu 20 hingga 25 tahun yang lalu pihak sekolah akan memastikan semua pelajarnya memakai uniform sekolah tidak kira hari apa pun... asal namanya pergi ke sekolah. Zaman Ku dulu memakai tudung sudah dikira perkara wajib.... yang tidak memakai tudung tu kira brutal lah...Beberapa masa selepas zaman persekolahan Ku , banyak sekolah menengah yang memastikan pelajarnya memakai tudung mini telekung yang agak labuh...

Tapi kini, setiap hari Rabu, murid-murid sekolah diwajibkan memakai uniform koko masing-masing....Apa yang ku nampak dalam perjalanan ke sekolah , anak remaja perempuan memakai t-shirt ketat dengan seluar panjang ketat... Cubalah kita bayangkan... bagaimana pandangan pelajar lelaki apabila melihat sedemikian... Begitu juga guru lelaki.... wah pasti terliur dan tergoda kalau tidak kuat iman....Di dalam kelas pelajar sekolah menengah duduk di dalam kelas yang sama, yang perempuan duduk di hadapan manakala yang lelaki di belakang, berbual bergurau senda dalam keadaan yang tidak sewajarnya....jawabnya balik dari sekolah menyambung aktiviti lah mereka... sebenarnya bukan untuk berniat tidak baik tetapi itulah realitinya...

Pada awal Jun yang lalu sahaja,di Daerah Batu Pahat terdapat 26 orang pelajar yang melahirkan anak luar nikah....( ini dari sumber yang benar ) MasyaAllah tu di Batu Pahat, bagaimana pula didaerah lain...

Begitu juga dengan guru-guru wanita, mereka diwajibkan konon untuk memakai pakaian uniform koko... Wah masing-masing memilih untuk memakai seluar panjang dan t-shirt....Bayangkan guru wanita memakai pakaian sedemikain ,macam bersantai ke shopping complex lagaknya....kalau boleh nak pakai yang berbentuk badan supaya kelihatan kurus... Pakai yang besar tidak berbentuk badan apabila di pakai, nanti orang sangka gemuk pulak...Fikirkan lah....



Zaman Ku sekolah dulu tiada majalah hiburan yang melambak-lambak seperti masa kini. Apa agaknya majalah zaman Ku sekolah dulu ya...seingat Ku yang terkenal sering jadi pilihan Ku adalah Ujang dan Gila-gila... tapi kini masyaAllah majalah hiburan yang tidak bermoral yang gambar luarnya dan cerita berkisar tentang seks kebanyakannya....Gambar artis dengan mendedahkan aurat di sana sini, jangan cerita lah...Cerita hubungan dalam kain pun kini tanpa segan silu dicerita di akhbar atau majalah...

Ada pulak akhbar tempatan tu yang menyediakan soal jawab tentang seks ni, yang kononnya untuk membantu menyelesaikan masalah...Ku yang dah kira tua ni pun segan nak membacanya...Bagaimana anak remaja yang memang Allah jadikan lumrahnya umur sedemikan nafsu terhadap pasangan berlainan jenisnya memang sedang memuncak.... Tentu mereka akan mencuba-cuba.

Media elektronik tak kiralah hebatnya dakyah tersebut...handphone, FB, twitter dan entah macam-macam.... tak kira remaja atau dewasa tanpa segan silu,menayangkan gambar di laman2 tersebut....siapa yang harus dipersalahkan...seperti yang Ku katakan tadi, kalau boleh apa yang ada dalam kain pun nak di dedahkan di khalayak...

Akibatnya, bertambahlah keruntuhan akhlak baik lelaki atau wanita...yang perempuan tanpa segan silu minta di raba, yang lelaki tanpa segan silu menggunakan senjata lelakinya untuk membuktikan kejantanannya....maka syitan pun bertepuk tangan...

Bertambahnya program2 sosial yang disediakan oleh kerajaan seperti sambutan kemerdekaan besar-besaran, sambutan tahun baru besar-besaran, Pesta Jom Heboh...majlis-majlis yang sehingga tengah malam.... siapa pengunjungnya... maka remaja kita....tujuan kerajaan yang kononnya untuk membaik pulih remaja perdana ni ...Tetapi jadinya bukan memperbaiki akhlak , semakin menggalakkan adalah....

Marilah kita fikirkan bersama , salah siapakah jika anak renaja masa kini semakin rosak akhlaknya...

06 July 2011

KEINDAHAN, KENIKMATAN YANG SEMENTARA ...... HANYA PINJAMAN DARI ALLAH SEMATA-MATA....( KISAH IBU DAN ANAK )

Semalam adalah hari yang paling sibuk ku rasakan....Minta kebenaran GB untuk pulang jam 11.30 pagi kerana menghadiri hari terbuka anak di SMA Pt Sulong.... dari sana terus ke Tangkak kerana temujanji dengan peguam... singgah sebentar di rumah sewa anak - Ilyas.


Belum selesai urusan ku, jam 4.30 petang mendapat panggilan menyatakan ada kematian saudara terdekat suami... Terus bergerak balik.... Sampai rumah jam 6.40 petang.... Mandi bersihkan diri dan makan ala kadar terus ke Medan... Sembahyang maghrib di Surau Pt Sulong....


Selesai solat terus bergerak ke Medan...Apa yang menarik ingin ku kongsi adalah berkaitan cerita yang di dengar dari petikan Radio Ikim, macam tazkirah ringkas lah kiranya oleh Ustaz Zahazan...


Mengisahkan tentang seorang Ibu yang mempunyai hanya seorang anak lelaki yang mempunyai hobi yang pelik pada pandangan ibunya... Anak yang sifatnya suka mengoyak kertas menjadi cebisan kecil yang disusun menjadi bukit. Setiap hari setelah pulang dari kerja dilihat ada sahaja timbunan dari cebisan kertas si anak. walaupun dimarah atau diherdik si anak tetap akan melakukannya.( Mungkin anak ini anak istimewa pada pandangan ku... )



Pada suatu hari wanita tersebut mendapat panggilan telefon dari rakan karibnya yang mengatakan bahawa akan datang menziarahinya. Setelah pulang dari kerja wanita tersebut mengemas rumahnya yang bersepah dengan cebisan kertas dan menyusun atur perabot sambil berpesan kepada si anak agar tidak membuat sepah.



Wanita tersebut memasak untuk menerima kunjungan dari sahabatnya. Setelah siap memasak wanita tersebut pun ke ruang tamu , alangkah terkejutnya kerana keadaan rumah dan perabot yang tunggang langgang dan kertas yang bersepah-sepah. Maka wanita tersebut menjerit memanggil anaknya dengan sekuat hati sehingga anaknya terperanjat juga menjerit sepertinya. Kerana terperanjat si anak telah berlari keluar , dan melompat melepasi pagar rumahnya. Begitu jugalah si ibu yang mengejar anaknya turut melompat pagar tersebut....



Tanpa disedari sedang si ibu mengejar anak yang ketakutan itu ia merasakan ada percikan basah menyimbah ke badannya.... alangkah terperanjatnya kerana basah tersebut adalah simbahan darah dari tubuh anaknya yang telah dilanggar oleh kenderaan yang lalu. Dengan terperanjatnya wanita tersebut mengangkat ,memangku dan meratapi anaknya itu dan terus memandu kereta membawa anaknya ke hospital....



Dalam perjalanan , wanita tersebut meratapi dan menyesal kerana telah menyebabkan anaknya sedemikian. Pada masa itulah wanita tersebut merintih dan berdoa dengan bersungguh-sungguh kepada Allah agar memanjang usia anaknya, Dan menyesali kerana tidak menjadi ibu yang baik kepada anak tersebut sepanjang hayatnya.



Setibanya dihospital anak nya telah dirawat oleh doktor yang pakar. Semasa menunggu anaknya dirawat si ibu meratapi dan berdoa kepada Allah agar memanjang usia anaknya kerana selama ini dia tidak menjadi ibu yang baik dan menghargai kewujudan anaknya itu. Wanita tersebut berjanji akan menjaga dan menjadi ibu yang baik kepada anak tersebut sekiranya usia anaknya dipanjangkan....



Dalam penantian tersebut tiba-tiba doktor yang bajunya juga penuh dibasahi dengan darah anaknya tadi telah keluar dari bilik kecemasan dengan tersenyum dan mata bercahaya menyatakan bahawa anaknya lebih disayangi oleh Allah dan tidak dapat diselamatkan.....Dengan raungan dan kesalan wanita tersebut merasa teramat kecewa dan bersalah.



Setelah selesai urusan pengkebumiannya dan pada malam dimana sedang semua penghuni rumah tidur lena, wanita tersebut telah keluar dari rumahnya dan menuju ke tong sampah di mana sampah cebisan kertas anaknya dibuang. Wanita tersebut telah mengambil cebisan-cebisan tersebut dan menabur di dalam dan di halaman rumahnya.



Dia merasakan bahawa selama ini cebisan kertas itu merupakan kepahitan baginya tetapi merupakan kenikmatan dan keindahan bagi si anak. Kini setelah si anak tiada lagi di alam dunia, dia merasakan bahawa cebisan kertas itu merupakan sesuatu yang amat indah baginya...Tetapi semua keindahan tersebut telah tiada erti baginya....





MasyaAllah .... mungkin cerita ku ini ada yang ku terlupa, maka diharap sesiapa yang membaca N3 ini memahaminya...Muhasabah diri , sebenarnya setiap ciptaan Allah adalah cantik dan istimewa ... terpulang kepada kita untuk menikmati dan menghargainya...



HARGAINYA ORANG YANG KITA SAYANG SEMENTARA IA MASIH ADA DI DUNIA INI...ANGGAPLAH SEMUA CIPTAAN ALLAH DAN HIKMAH YANG TERSEMBUNYI. SYUKURLAH SEKIRANYA IA PENUH KESEMPURNAAN... SYUKUR JUGA SEKIRANYA ALLAH UJI DENGAN KEKURANGAN KERANA SEMUA ITU PASTI ADA HIKMAHNYA....

04 July 2011

1 MURID. 1 SUKAN , 1 MALAYSIA.........




Setelah tiga hari berkursus di Petrosains esoknya 2 Julai 2011, ke sekolah untuk turut sama menjayakan Program 1 Murid 1 Sukan 1 Malayisa yang dialankan serentak seluruh negara....Ikutkan penat, memang penat... ya lah bertolak dari KL pukul 9 malam , sampai di rumah lebih kurang 11.45 malam.... kemas dan tarik mana yang menyesakkan mata gitu gini pukul 12 juga baru tidur..... Penat tak usah cerita...

Tapi demi menyahut seruan kerajaan , diri ini tak mahu ketinggalan untuk turut serta.... buat2 tak penat....dan ku juga tidak melepaskan peluang tersebut untuk turut berlari....