17 July 2011

SIJIL DUNIA....SAHAM AKHIRAT

Semalam beli frame untuk sijil... tu yang tulis N3 ni...walaupun telah dua kali mendapat sijil anugerah cemerlang, tetapi sijil kali ni ada " sentimental valuenya" tersendiri...

Sebelum kami menaiki pesawat untuk bertolak pulang dari Lapangan Terbang Madinah kami diberi cenderahati seorang satu.Ia merupakan sebuah bungkusan beg plastik yang mengandungi senaskhah Al Quran. Teringat pula pada Cik Zamiela Zainuddin, adik sesama jemaah di Elaf Al Sud dalam postnya di Facebook dengan memegang naskhah ini... " Inilah sijil kami selama 42 hari di sini "....
Kelakarlah pulak Al Quran ni di katakannya sijil kami...



Wah tuh dia ... A Present to the pilgrim from the custodian of the Two Holy Mosques....Beg ni pun Ku simpan lagi... sentimental value gitu... walau tidak sehebat beg Bonia or Habib Jewel..






Dan inilah sijil kami... Terperanjat juga dua bulan setelah kepulangan kami dari Tanah Suci kami mendapat sampul surat besar berwarna putih dari Tabung Haji....Rupa-rupanya sijil kerana telah menyertai rombongan jemaah haji untuk thaun 2010.

Sebenarnya rasa pelik juga, menunaikan haji pun ada sijil juga ke... ingatkan penyertaan program sahaja yang dapat sijil...lupa pulak nak bertanya dengan abah dan emak yang telah pergi untuk kali ketiga bersama Ku pada tahun lalu , pemergiannya yang dulu ada sijil juga ke....
Bagi Ku apa yang penting, adalah amal ibadat kami di sana di terima Allah dan Haji kami diterima sebagai Haji Yang Mabrur... InsyaAllah....

Bila menulis tentang pengalaman di sana hati ini terasa sebak dan sayu sekali...Sungguh hati ini teramat rindu dengan Baitullah dan Nabawiah....terbayang-bayang di mata dari mula menjejakkan kaki hinggalah pulang semula ke tanah air....Bila membaca rakan blog " Pengalaman Di Kota Mekah oleh CL dan Menggamit Rindu Haramain oleh Paklang...." rasa macam baru semalam meninggalkan Mekah...

Semoga Allah limpahkan rezeki untuk Ku dan suami menerima jemputan ke sana lagi....


No comments:

Post a Comment