Tazkirah pagi Jumaat ni.... saja untuk mengingatkan diri sendiri...Terima kasih Panitia Agama Islam SKP:...
Pengisian ini Ku ambil dan taip semula dari Sumber Suara Jumaat...Simple sahaja tapi sangat bagus untuk mengingatkan diri sendiri...
Bencana Diri Sendiri :
FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD :….
“ Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan ( atau bala bencana ) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan ( perbuatana salah dan berdosa ) dan ( dalam pada itu ) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu .”
( Surah As –Syura ayat 30 )
BIASA ORANG KATA :….
You get what you did…..
Itulah kenyataannya… dari Firman Allah di atas jelas kepada kita…….muhasabahlah diri. Ingin menggapai bintang di langit tetapi tiada usaha yang dilakukan…. Mahu mendapat keuntungan tetapi tidak berusaha ke arah itu. Mahu mendapat syurga Allah tetapi kita tidak melengkakan diri dengan iman dan amal yang sempurna, Mahu mendapat kerahmatan Allah tetapi tidak melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya…
Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh At –Tarmizi daripada Abu b. Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud , “ Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:
Apabila sesuatu yang di amanahkan menjadi milk sendiri
Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing
Apabila seseorang lebih memuliaka teman daripada iu bapanya sendiri
Apabila kedengaran banyak bunyi bising
Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya
Apabila arak menjadi minuman biasa
Apabila lelaki memakai sutera
Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki
Apabila wanita memainkan alat-alat muzik
Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
APABILA ORANG YANG TERKEMUDIAN MENGHINA ORANG YANG TERDAHULU, MAKA PADA SAAT ITU TUNGGULAH BALA YANG AKAN TIBA….
No comments:
Post a Comment