06 July 2011

KEINDAHAN, KENIKMATAN YANG SEMENTARA ...... HANYA PINJAMAN DARI ALLAH SEMATA-MATA....( KISAH IBU DAN ANAK )

Semalam adalah hari yang paling sibuk ku rasakan....Minta kebenaran GB untuk pulang jam 11.30 pagi kerana menghadiri hari terbuka anak di SMA Pt Sulong.... dari sana terus ke Tangkak kerana temujanji dengan peguam... singgah sebentar di rumah sewa anak - Ilyas.


Belum selesai urusan ku, jam 4.30 petang mendapat panggilan menyatakan ada kematian saudara terdekat suami... Terus bergerak balik.... Sampai rumah jam 6.40 petang.... Mandi bersihkan diri dan makan ala kadar terus ke Medan... Sembahyang maghrib di Surau Pt Sulong....


Selesai solat terus bergerak ke Medan...Apa yang menarik ingin ku kongsi adalah berkaitan cerita yang di dengar dari petikan Radio Ikim, macam tazkirah ringkas lah kiranya oleh Ustaz Zahazan...


Mengisahkan tentang seorang Ibu yang mempunyai hanya seorang anak lelaki yang mempunyai hobi yang pelik pada pandangan ibunya... Anak yang sifatnya suka mengoyak kertas menjadi cebisan kecil yang disusun menjadi bukit. Setiap hari setelah pulang dari kerja dilihat ada sahaja timbunan dari cebisan kertas si anak. walaupun dimarah atau diherdik si anak tetap akan melakukannya.( Mungkin anak ini anak istimewa pada pandangan ku... )



Pada suatu hari wanita tersebut mendapat panggilan telefon dari rakan karibnya yang mengatakan bahawa akan datang menziarahinya. Setelah pulang dari kerja wanita tersebut mengemas rumahnya yang bersepah dengan cebisan kertas dan menyusun atur perabot sambil berpesan kepada si anak agar tidak membuat sepah.



Wanita tersebut memasak untuk menerima kunjungan dari sahabatnya. Setelah siap memasak wanita tersebut pun ke ruang tamu , alangkah terkejutnya kerana keadaan rumah dan perabot yang tunggang langgang dan kertas yang bersepah-sepah. Maka wanita tersebut menjerit memanggil anaknya dengan sekuat hati sehingga anaknya terperanjat juga menjerit sepertinya. Kerana terperanjat si anak telah berlari keluar , dan melompat melepasi pagar rumahnya. Begitu jugalah si ibu yang mengejar anaknya turut melompat pagar tersebut....



Tanpa disedari sedang si ibu mengejar anak yang ketakutan itu ia merasakan ada percikan basah menyimbah ke badannya.... alangkah terperanjatnya kerana basah tersebut adalah simbahan darah dari tubuh anaknya yang telah dilanggar oleh kenderaan yang lalu. Dengan terperanjatnya wanita tersebut mengangkat ,memangku dan meratapi anaknya itu dan terus memandu kereta membawa anaknya ke hospital....



Dalam perjalanan , wanita tersebut meratapi dan menyesal kerana telah menyebabkan anaknya sedemikian. Pada masa itulah wanita tersebut merintih dan berdoa dengan bersungguh-sungguh kepada Allah agar memanjang usia anaknya, Dan menyesali kerana tidak menjadi ibu yang baik kepada anak tersebut sepanjang hayatnya.



Setibanya dihospital anak nya telah dirawat oleh doktor yang pakar. Semasa menunggu anaknya dirawat si ibu meratapi dan berdoa kepada Allah agar memanjang usia anaknya kerana selama ini dia tidak menjadi ibu yang baik dan menghargai kewujudan anaknya itu. Wanita tersebut berjanji akan menjaga dan menjadi ibu yang baik kepada anak tersebut sekiranya usia anaknya dipanjangkan....



Dalam penantian tersebut tiba-tiba doktor yang bajunya juga penuh dibasahi dengan darah anaknya tadi telah keluar dari bilik kecemasan dengan tersenyum dan mata bercahaya menyatakan bahawa anaknya lebih disayangi oleh Allah dan tidak dapat diselamatkan.....Dengan raungan dan kesalan wanita tersebut merasa teramat kecewa dan bersalah.



Setelah selesai urusan pengkebumiannya dan pada malam dimana sedang semua penghuni rumah tidur lena, wanita tersebut telah keluar dari rumahnya dan menuju ke tong sampah di mana sampah cebisan kertas anaknya dibuang. Wanita tersebut telah mengambil cebisan-cebisan tersebut dan menabur di dalam dan di halaman rumahnya.



Dia merasakan bahawa selama ini cebisan kertas itu merupakan kepahitan baginya tetapi merupakan kenikmatan dan keindahan bagi si anak. Kini setelah si anak tiada lagi di alam dunia, dia merasakan bahawa cebisan kertas itu merupakan sesuatu yang amat indah baginya...Tetapi semua keindahan tersebut telah tiada erti baginya....





MasyaAllah .... mungkin cerita ku ini ada yang ku terlupa, maka diharap sesiapa yang membaca N3 ini memahaminya...Muhasabah diri , sebenarnya setiap ciptaan Allah adalah cantik dan istimewa ... terpulang kepada kita untuk menikmati dan menghargainya...



HARGAINYA ORANG YANG KITA SAYANG SEMENTARA IA MASIH ADA DI DUNIA INI...ANGGAPLAH SEMUA CIPTAAN ALLAH DAN HIKMAH YANG TERSEMBUNYI. SYUKURLAH SEKIRANYA IA PENUH KESEMPURNAAN... SYUKUR JUGA SEKIRANYA ALLAH UJI DENGAN KEKURANGAN KERANA SEMUA ITU PASTI ADA HIKMAHNYA....

No comments:

Post a Comment