22 July 2011

CANTIK DI LUAR CANTIK JUGA DI DALAM


Entah kenapa nak kongsi dengan N3 di bawah kali dengan pembaca di samping untuk amalan diri sendiri....Sebenarnya tahun lepas dah pernah keluarkan N3 ni...kebetulan tahun lepas Ku ambil program jemaah wanita selama 3 hari di rumah...Program Masturat.Alhamdulillah banyak llmu yang dapat di kongsi .

Seorang sahabat yang turut sama dalam program tu dah berumur sebenarnya tapi nampak relax dan awet muda.Tapi MasyaAllah ilmu penuh di dada.... doa-doa masnun hafal dan amal belaka....

" Meha akak nak kongsi dengan awak nak tak..." pada malam terakhir dia di rumah Ku...kebetulah muzakarah amal dah selesai, jadi kami duduk sembang sambil bertukar fikiran dan berbual kosong.... maklumkan jemaah tu 7 orang termasuk Ku tuan rumah 8 orang, so macam-macam amalan dan petua lah yang kami kongsi...." Eeee akak tentulah saya nak .... akak cerita lah apa2 saja saya memang suka" kata Ku...

Dia kata, ilmu ni dia dapat masa dia masih muda lagi dari orang tua2... Amalkan surah waqiah ayat 35-38.Bacalah setiap hari...InsyaAllah katanya kita akan cantik di dalam dan cantik diluar....Katanya suami akan sentiasa berpuashati dengan layanan kita luar dan dalam....Wah...syok tu...Apa lagi Ku pun buka lah surah waqiah dan cari maklumat sedikit di google...

So untuk sahabat yang bernama wanita, amallah... tak perlu lah makan apa2 suppliment yang pelik2 untuk menjaga keharmonian rumahtangga, supaya suami kita tidak berangan2 nak cari lain....kepada sahabat bernama lelaki sampaikanlah kepada isteri2 , kerana ia satu cara kita menghargai wanita bergelar isteri...
Sebenarnya dari ayat tersebut maksudnya sahaja sudah jelas... dan Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pemberi...

Baca Al-Fatihah sekali,

Ayatul Qursi sekali

dan

Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

Tiup dalam air dan minum.

Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri kita & utk kebahagiaan rumahtangga kita.

Maksud Ayat

Makna surah Al-Waqiahayat 35-38:(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan
isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,(56.36) .

Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara(yang tidak pernah disentuh),(56.37)

Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,(56.38)

(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan

No comments:

Post a Comment