Bila 16 Mei para pendidik sibuk dengan sambutan hari guru, juga ada sentimental valuenya bagi ku dan suami....kerana ia juga nerupakan ulangtahun perkahwinan ku dan kekasih hati ku...
Pelik kan kalau sekarang orang menikah semasa hari guru... ya lah hari guru kan hari persekolahan , tak ada cuti....
Cuma sambutan hari guru dulu tak sama seperti sekarang meriahnya...sekarang pelbagai aktiviti dijalankan...Yang kelakarnya 16 mei 1991 ni, kami berdua mengajar di sekolah yang sama...Pagi siap pergi ke sekolah lagi untuk sambutan hari guru...lepas rehat balik dan petang lepas asar menikah....
ha ha....kalau sekarang camtu mau pengsan ler jawabnya....Mana nak buat persiapan, mana nak siapkan badan....tapi yalah waktu tu, ku buat yang habis sempoiiii.....Tempah baju yang special sikit, tak de nak dandan muka pun....biasalah cik abang tu jealouse ler kalau kita bersolek2 ni....percuma jer dapat tazkirah panjang...Cik abang pula cuti pada hari tu, maklumlah rumahnya jauh di Senggarang...
Syukur dan terima kasih yang tak terhingga kerana mengurniakan ku seorang suami yang baik tiada tolok bandingnya di dunia ini, bapa kepada anak-anak ku dengan penuh kasih sayang....Mengingatkan ku ketika lena dan leka, menggembirakan ku di kala duka nestapa,membimbing ku ke jalan Allah setiap ketika,TQ I Luv abangggg....
happy anniversary meha..moga kekal hingga ke syurga...
ReplyDeletebukan yg ke 21 ke..sebab aku kan kahwin awal 4 bulan dr kau...hihi