Alhamdulillah selesai sudah Program Besar pada penggal ini....Dengan Mesyuarat Awal untuk Kakitangan dan Staff pada 29 ec 2011, diikuti dengan majlis Persaraan Pn Aziziah dan Pn Zainon pada Februari, seterusnya Majlis Perpisahan Mantan GB ke SK Penghulu Salleh dan Alhamdulillah hari ini Karnival Pendidikan Ko ko.
Setelah hampir dua bulan dirancang dengan mesyuarat awal, mesyuarat Jawatankuasa kerja, mesyuarat pelarasan dan seterusnya perlaksanaan... Alhamdulillah selesai....Lega tak terkata...Maklumlah pada peringkat awal sekadar hari Usahawan, seminggu sebelum berlangsung bertukar menjadi Karnival Pendidikan KoKo, iaitu program yang bertamabh besar dan memerlukan protokal majlis....Maklumlah perlukan jawatankuasa yang baru, jemputan khas, jemputan perasmi dan penyampaian hadiah...Subhanallah.... perubahan searus jawatankuasa....
Kalau difikir boleh terduduk dibuatnya, maklumlah seminggu sahaja tinggal...kehendak GB untuk menukar program tinggal seminggu....Selepas mesyuarat pelarasan pada Sabtu 21 April...Dok termenung mengubah dan menyusun semula.Ini pengalaman pertama kerana tak pernah handle majlis besar seperti ini.....90% berjaya atau gagal program ini bergantung pada ku...tapi aku sangat yakin dengan Izin Allah....Terus terang ku katakan memang tiada pandu, kerana tiada fail lama sebagai bahan rujuk...TQ kepada Mr Google kerana banyak maklumat yang diperolehi darinya....
Menyusun beberrapa pertandingan, kuiz panitia, pertndingan sajak, kawad kaki , azan dan beberapa lagi sebagai susun cara....mencari guru untuk mengurus seyiap bahagian dalam masa seminggu...MasyaAllah ...maki hamun dan kemarahan rakan sekerja jangan kiralah....Ku anggap ia betul2 cabaran....memang ada ketika ku menangis dan mengharap sangat dengan Allah agar semuanya dipermudahkan....Mencari penaja, mencari Perasmi bukanlah mudah...
Terima kasih kepada Hjh Nahida kerana memang ia menjadi tulang belakang ku sepanjang perancangan dan perjalanan Program....
Akhirnya pada hari ini , Alhamdulillah semuanya selamat....cuaca pun Allah izin dengan baiknya...Namun sekiranya " Rumah Siap Pahat Masih berbunyi" ampun dan maaf di pinta kerana itu sahaja yang mampu untuk ku laksanakan....
Kepada semua Warga SKP , Tuan GB, Barisan GPK, Rakan2 Guru, Staf Sokongan , Anak2 didik SKP, AJK PIBG dan Ibu Bapa diucapkan berbanyak terima kasih kerana sokongan dan sumbangan yang diberi samaada tenaga, masa, wang ringgit dan idea hingga berjayanya program ini....syukur kepada Mu Ya Allah...
Yang pasti akan menanti satu tugasan yang tidak kuyrang besarnya selepas ini iaitu HARI GURU pada 16 mei 2012.
Dan yang lawaknya....sibuk meniaga hingga tak dan nak angkat camera...maka tiada satu gambar pun dari camera ku ...InsyaAllah akan upload gambar kemuadian cuba dapatkan dari bahagian promosi dan Dokumentasi Al Fath
No comments:
Post a Comment