19 May 2012

TEMAN SETIAP MASA...

Ketiga-tiganya ada sejarah tersendiri dan amat ku sayang....dan kegunaanya mengikut ketika....


Ini kenangan terindah....kayu koka yang ku beli dengan harga RM 100 di Mekah.Sebelum pergi ke sana nak pasang hajat nak cari tasbih koka( he he tak baik betul kan.).Tok Arab tu jual 150 rial.Kebetulan hari itu ku memang bawa 100 rial jer ke masjid.Agaknya kesian tengok muka ku yang memang nak sangat, dia bagi harga 100 rial....Tak fikir panjang terus bayar...sangat panjang , hampir 3 kaki ... setiap hari ku gunakan semasa di sana...dan ada cerita di sebaliknya...bijinya sebesar biji longan.... Ia berbau harum semasa ku gunakan di sana....maklumlah di sana setiap waktu itulah teman kita selain dari Al Quran...Balik dari Mekah pula, bukan tidak digunakan tetapi kurang kerana biasanya ku kalungkan di dalam tudung apabila pergi bekerja...Kini zikir harian ku lebih suka gunakan tasbih digital kerana kadang2 kalau tak cukup kiraan boleh sambung waktu yang lain......


Ini cenderahati dari seorang makcik yang pulang dari Mekah tahun lepas....Ini juga maksimun ku gunakan....cuma masalah tasbih ini baterinya seperti bateri jam...Cepat habis pulak tu...ni dah dua bulan habis baterinya dan dah dua kali tukar bateri, bukan apa susah nak cari bateri kena pergi ke bandar BP.....simpan sebagai koleksi...

Ini pula yang baru ku beli di Mydin Melaka...Murah sahaja... yang bestnya ia menggunakan bateri kering yang kecil....senang nak tukar....Beli satu pack, simpan sekiranya bateri habis...percuma siap dengan tali...
Apa pun bentuk teman setia ini, ia tak jadi masalah yang penting penggunaannya adalah maksima.....Kerana mereka yang berzikir adalah hidup d sisi Allah swt, mereka yang tidak berzikir mati di sisi Allah swt...


Ini pula tasbih teman ku yang lama2 dulu....lama khidmat baktinya cuma bunyinya agak kuat , kurang selesa orang mendengarnya...simpan buat koleksi he he.....

No comments:

Post a Comment