16 May 2012

HARI GURU DATANG LAGI......


Semua murid duduk di dewan semasa program.....


Wa ha ha...kami tiga ni tak lupa posing....tema tahun ini adalah biru putih




Alhamdulillah selesai sudah majlis peringkat sekolah.... Terimakasih kepada yang membangtu menjayakan hingga selesai. Biasanya majlis agak simple tapi tahun lebih besar sedikit kerana
ada jemputan kepada tetamu dari PPD. Nak atau tidak perlu majlis yang lebih tersusun. Tambahan pula susunan program agak padat.... Masa sangat cemburu.....

Tema kami biru putih.... Terima kasih kepada semua rakan kerana majoriti memakai warna biru....

Hari guru tahun ini paling sibuk hingga tak dan angkat kamera....Ada lah sikit gambar dari hpon. Emak pengantin lah kata kan ....nak menantu 16 Mei ni kerja rewang selepas sahaja hari usahawan 28. 4. 2012 terus buat....he he.... mak pengantin lah bagai he he...Lancar atau tidak majlis semua atas "jembala patik "...Mula dari membeli cenderahati untuk semua guru.... Alhamdulillah semua guru dapat sepasang baju batik baik lelaki atau perempuan...Hadiah-hadiah permainan, hadiah untuk tetamu , hadiah untuk tetamu, brosure , jamuan guru dan entah apa-apa...

Petang pula ke gelanggang bowling... Orang jawa kata "kayok pak copot sikel leh "...Apa pun Alhamdulillah semua nya sempurna ....

Siapalah yang nak raikan kita kalau bukan kita sendiri....maklumlah anak didik sekolah rendah ni apalah daya mereka....

Dan tahun ni hadiah diterima juga macam2 rupa....
Awal minggu sebelum hari guru sajalah tanya kat anak murid ..." ada tak siapa-siapa nak kasi cikgu hadiah"....Uhhh ramai yang angkat tangan...Ku pun beritahu mereka " cikgu tak bunga , cawan atau frame....budaya kanak2 lah katakan....
" Kalau nak kasi cgu hadiah, kasilah garam ke, gula ke, ubat gigi ke,sabun mandi ke atau apa-apa yang boleh makan..." he he garam jer cikgu..." " ya lah garam kan murah, ada guna kat saya...frame , bunga n cawan dah banyak lah kat umah saya ".... ha ha tergelak lah pulak bila ingatkan....

Dan terima kasih kepada anak didik ku kerana cenderahati dan ucapan yang diberi...

No comments:

Post a Comment