Kebelakangan ini banyak perkara yang mengganggu mindaku....Muhasabah sejenak diri ini...apa yang ingin ku tuliskan tiada berkaitan dengan sesiapa...hanya sekadar untuk mengingatkan diri sendiri...
Cik abang selalu ingatkan jangan lah sesekali mencari kelemahan orang lain...carilah kelemahan diri sendiri...Jangan suka menilai seseorang di luar sahaja kerana di dalam hanya Allah yang mengetahui...
Hisssh pak we ni kalau dah berbunyi pedihhhh....Tq I luv U abangggg....You memang terbaekkk...sentiasa mengingatkan diri ini yang adakalanya leka dan lena...
Kadang hairan juga melihat di depan mata... (Wahhh ni yang dikatakan mencari kelemahan orang he he ) tidak sekali-kali...Sekiranya di depan mata terbentang jalan yang lurus, jalan yang menuju kebaikan , jalan yang tiada halangan di tengahnya, tiada aral yang melintang, tetapi kenapa masih memilih jalan yang berliku , jalan yang semakin jauh jaraknya untuk ke destinasi....Allah sudah memberi panduan dari Al quran dan hadis juga cara hidup Rasulullah..... tetapi kita masih memilih jalan itu sukar dan jauh jaraknya...
Pada peringkat awal memang berbagai ujian dan rintangan untuk mengecap kemanisan.... tetapi ingatlah janji Allah itu pasti....Sebelum mengecap kemanisan pasti akan merasa pahitnya terlebih dahulu...
MasyaAllah ...susahnya untuk mendapat redha , susahnya utk mendapat ikhlas demi sebuah ikram sesama makhluk...Tak mampu untuk dibicarakan kerana bimbang mengguris perasaan...Kat mana nak cari kekuatan ni...
Leka dan lena lah ni kiranya.... Mohon pada Allah pasti Allah akan beri ...Minta pada makhluk kecewa sudah pasti jawapannya....
Terima kasih tak terhingga kepada semua yang seiring demi sebuah amanah...
perkara yang kita sukar nak buat itulah pahala..
ReplyDeletekata Ustaz Kazim.
so, bersabar dan tabah saja menghadapi dugaan mendatang...