20 December 2009

SI KECIL.......

Kecik2 lg boleh le suruh bergaya , dah besar semua cabut lari.......









RUMAHKU....



17 December 2009

Orkid Ku....

Orkidku yang mahal, tp hanya sekali berbunga setelah lebih setahun ku bela..... ha ha , kesian sungguh.....


Kat bawah ni orkidku yang baik hati sebabbb selalu berbungaaaaa....















Menghabiskan masa terluang dengan membelai orkid2 ku.... Orkid ni orang kata nak jaga macam belai orang juga.... hari raya hari tu meriah berbunga, lama juga orkidku bercuti, nampaknya sekarang baru nak mula keluar tunas bunga semula..... Tiga minggu lg mengembang dan meriah la orkid ku...









11 December 2009

AKIBAT KECUAIAN ATAU TAKDIR YANG MENENTUKAN......

Kemalangan yang kami saksikan dalam perjalanan balik dari Litar Formula One ALMP...Tpt : Kg Parit Hj Rasul....

LITAR FORMULA ONE ALMP









Hari ini entah hari ke berapa pergi ke Litar..... Susahnya nak dapat lesen memandu. So nak kongsi la dengan sesiapa yang melayari blog Kemilau Mentari, Litar yang ku rempit dan semua pemegang " L " sebelum dapat " P ".

Mula masuk liatr seriau lah juga, tengok bukit la, pomdok JPJ la, lot parking yang comel lote .... Aduh boleh masuk ke lot parking yang kecik tu....maklumlah kat rumah nak parking sekali paut dah masuk.... macam parking segitiga kat ALMP tu.... Tq Cikgu Ija @ Cik Yusliza anak dara owner TUAH MAN AGENCIES.... Huh huh kelakor sungguh bila ingat nak masuk parking tiga minggu pertama, tak langgar tiang belakang, langgar tiang depan..... jenuh le kena jerit..... Ha ha....

Tp sikit pun tak kecik hati, gelihati adalah, macam bebal sangat gitu......

Cerita naik bukit, lg lah lawak.... mengundur saja .... Suruh angkat ckit je kaki kiri, angkat habis , apa lg kajol lah kereta ni, tak pun menagum macam " rimau "..... Ha ha.... Tp tu dulu, la ni Alhamdulillah, dah confident lah ckit.....

tak sabar lah pulak nak test JPJ, kata Wak Man 23/12/09..... Harapharap lepaslah dua-dua test tu, jalan raya and parking..... ya lah g sekolah dah berkali-kali guna " Lesen Agung ".... risau juga dua kali terserempak dgn " Pak Polisi " di laluan ku......

Ok , cukup cerita hari ni.... Jom nngok gambar LITAR FORMULA ONE AKADEMI LATIHAN MEMANDU PENGGARAM....
Alamak lupa lah pulak nak amek kereta Wak Man, X pe Isnin nnti kita jumpa ya Zetty..... ( Ha ha adik seperguruan)....







































































08 December 2009

Jomm Cerita makann......










































































































Hari ni kita cerita bab makan lah..... dah penat dgn kerja nak makan lah pulak...... Jom kita makan..... nak resepi , kena bg pengeras.................

07 December 2009

BUKU TAKWIM DAN PANDUAN TUGAS 2010

Alhamdulillah dah 80% siap , esok nak cuba cantum dan bukukan....Harap dapat jumpa GB n minta komen....Dilah jangan lupa teks boss....Boss nak masukkan banyak tentang SPSK n sekolah bistari....

05 December 2009

LITAR FORMULA ONE ALMP


Hari ini dah 7 kali masuk ke litar ALMP .... ha ha nak cerita lah yang diriku tertinggal keretapi.Kalau ikut peringkat umur memang patutnya dah bawa jet.... Tp dah kata tertinggal keretapi tau-tau je lah baru nak amek lesen kereta.... Huh Huh....


Orang kata dulu-dulu nak amek lesen kereta senang tak macam sekarang...macam mana senangnya pun tak tau... Tapi bila dah di litar ni , kelakor ada lah segan dan malu tak ada lah.... Adus bab parking dan bukit ni....memang markah rendah lah kot.... tak sabar lah pulak bila nak " test JPJ "... Panjang ckit langkah bila dah lesen, hal anak2 banyak yang nak diurus sementara kekanda belum balik ni....

03 December 2009

JUMPA KAWAN LAMA EX DATO ONN 81-85


Seronok lah pulak nak kongsi cerita ni...... Alkisahnya Facebook....Tahniah Cikgu Mislia yang aktif....Eh tak lupa juga untuk Ust Sasu, Cikgu Haida, Ust Muhib, Cikgu Masidah, Cikgu Rohaiza , Cikgu Shamala yang masuk kumpulan "add my friend" ha ha.... baru tu je yang jumpa itu pun amek dari FB cikgu Misz....


Yang paling seronok ni jumpa kengkawan lama di FB .... Uuh...Kekanda cadang supaya aku buka lah akaun FB untuk cari kengkawan lama.... Allah malasnya ampun, nak mengadap maya ni.....tp bila jumpa kawan lama cikgu Jamil Piee cerita kengkawan lama yang mencari diriku yang telah diikat oleh Abg Fendy ku sayang Huah Huah.... teringin lah juga nak berjumpa kengkawan di maya .... Membuat panggilan ke Yus, and menerima panggilan dari Hashim and now seronoknya dapat jumpa kengkawan lama....macam muda semula lah lak....


Selamat berjumpa semula kengkawan Nura, Azie, Yus, Tuan Din, Tuan Hashim, Dato' Zek, Tuan Fadil, Tuan Ali and yang lainnya ...... Semuga reunion yang dicadang dapat dijalankan.....





TUGAS DAN AMANAH..... CUTI DATANG LAGI....


Cuti dah dua minggu berlalu.... Duduk rumah adus... Dilah kata hari-hari buka warong.... Ya lah anak-anak bercuti apa yang dibuatnya makan le.....


Amanah yang ditinggalkan oleh Kak Com sebelum ke Australia, Alhamdulillah dah 40% berjalan... InsyaAllah minggu depan 80% siap.....Terima kasih sahabatku Nahi and Dilah kerana banyak membantu. Terima kasih juga pada rakan-rakan Ketua Panitia dengan program kecemerlangan yang diberi.....Nampaknya banyak jugalah perubahan yang telah dibuat oleh Kak Com dalam membentuk AJK pengurusan pentadbiran untuk 2010.....


Apapun ia adalah amanah yang perlu digalas demi rezeki yang diberkati.....Di mana pun kita di tempatkan, apa jua tugas yang diberi, akan kita jalankan dengan penuh tanggungjawab InsyaAllah.....




TAHNIAH CIKGU MISZ

Salam untuk semua ..... Lama sungguh tak update blog ni.... Adikku misz je yang laju macam keretapi....huah huah...Tahniah misz ko memang rajin, macam-macam resepi, macam-macam rasa, macam-macam santapan mata yang ko masukkan.

07 September 2009

DAH NAK RAYA DAH......




Alhamdulillah dah 17 hari berpuasa......ini maknanya ada lagi 12 atau 13 hari lah lagi......Tak sedar pejam celik dah nak raya..... Mengemas rumah tak lagi. Setiap tahun cakap dengan Darling Janggut azam sebelum Ramadhan nak mengemas , senang nak suruh anak-anak....tp azam terus azam..... he he....Tp tima taceh lah darling janggut, sebab setiap tahun melayan kerenah nak rayaku.....

Huh huh.... tahun ni darlingku buatkan tingkap baru.....Tq I Luv U......
Saja seronok2 , ya lah duduk kampung ni suasana raya masih lagi meriah...Walaupun rumah ku pondok ajer....tp syukurlah kerana dapat kami sekeluarga berteduh.... Alhamdulillah.

Cerita nak raya ni biasalah banyak persiapan yang nak dibuat....Tp maklumlah anak yang ramai ni, bulan Mei lagi dah start menyopping....bayar upah jahit baju sekeluarga ajer dah RM 600....adus!! Alhamdulillah Allah limpahkan rezeki untukku dan darling untuk mengahdapinya.

Cerita raya lagi.....
Macam tahun-tahun yang lalu jugalah kuih2 ku kuih tunjuk belaka.....Bab kuih dan juadah hari raya ni aku biasanya buat simple dimple jer.... ya lah beli yang anak-anak suka makan jer...Tp peti sejuk memang penuh le stok bahan mentah dan makanan segera.....kaum kerabat datang kenalah buat hidangan panas.....

Wabak H1N1 masih lagi melanda Malaysia menjelang Hari Raya.....
Ya Allah jauhkan wabak ini melanda ahli keluargaku.... risau juga dah nak raya ni memikirkan H1N1.....Anak-anak yang kecil tak bawak g shopping, cuma yang besar -besar ajer cari baju , seluar n kasut sendiri.....Ya lah dah bujang anak dara ni, masing-masing dah ada selera sendiri.....Kita belikan tak berkenan depa...

Tak lupa untuk kengkawan dan semua yang mengenali diri ini SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR BATIN...









ESOK UPSR

Selamat menghadapi UPSR wahai calon-calon UPSR, khususnya studentku di SKP.....
UPPM 4, 20 orang dapat 5A, di doakan UPSR sebenar lebihlah lagi.....
Esok Mate II, buat sungguh-sungguh.......doa jangan lupa agar dapat menjawab dengan baik.
GOOD LUCK TO ALL OF U.........

23 August 2009

PTK DATANG LAGI.....


Selamat BerPTK lah kita .....

Ya Allah, limpahkan rezeki kepada ku,

terangkan hatiku,

tenangkan fikiranku menghadapi PTK...

22 August 2009

UPSR dah nak dekat.....

UPSR beberapa hari lagi.....Murid yang periksa cikgu yang risau....Harap banyak lah hikmah yang Tuhan berikan periksa dalam bulan puasa ni..... Kesian juga dengan anak murid ni, ya lah letih semacam.....

Semuga semua tabah,dapat jawab soalan periksa dengan baik.....Cikgu telah digilirkan tugas untuk kelas tambahan.... Itu lah amanah, nilai gaji yang kita ambil hujung bulan.

Ujian demam dari Allah


Pertama-tama Selamat Menyambut Ramadhan kepada yang teristimewa buat suami yang dikasihi, anak-anak yang disayangi, kedua ibu bapa yang dihormati, semua umat Islam di dunia, kawan-kawan yang mengenali diri,rakan-rakan guru dan anak murid semua.Selamat Datang Ramadhan......
Alhamdulillah, lama tak menulis teringin pulak nak kongsi cerita....

Pada 16 hb. Ogos 2009 yang lalu, pagi-pagi lagi badan rasa tak selesa...., tekak rasa macam gatal....so makan le MASAD, lepas makan Alhamdulillah batuk jadi ok, tapi demam lah pulak...rasa macam demam biasa aje, tak lah panas sangat..., tp sampai ke petang semakin tak keruan, abang pulak tak de di rumah, lepas maghrib baru pergi ke klinik....AllahuAkbar, sampai klinik orang punya lah ramai.....nak masuk pun takut...lepas ambil nombor duduk lah di luar...

Jumpa doktor dan buat medical check up....punya lah panas badan 39.5 darjah C. dokor terkejut, kita lagi lah terkejut, panas sgt lah tu....Maklumlah tengah hangat wabak yang ditakuti tu...maka bersoaljawab le dengan doktor....terima kasih Dr Fadzilah, you memang doktor....Dapat MC dua hari..... rehat lah di rumah.

Malam tak boleh tidur, risau kan penyakit.....baru lah rasa muhasabah diri.... Ya Allah, takut macam2 yang difikir.Betul kata Kak Fadzilah demam dalam keadaan sekarang menyebabkan kita meleleh airmata......yakinlah dengan ajal , maut, jodoh pertemuan di tangan Tuhan, tapi apa bekalan kita.......Isnin dan Selasa cuti, Rabu pergi sekolah..... tengok murid demam aje dah fobia....Kuatkan semangat tp tak boleh , pukul 10.00 pagi rasa macam pening kepala, meloya macam mabuk.....So kekanda bawak lah lg ke klinik.... Tekanan darah naik pulak. dapat lg MC sehari, ( 20 tahun kerja tak pernah MC, cuti bersalin kitalah pemegang tropi he he )

Hari Jumaat ke sekolah...macam2 nak di selesaikan, ya lah nak cuti sekolah dan menyambut puasa lah pulak.... Kkuatkan badan,pagi ok aje, petang dah macam nak mabuk lagi....agak banyak makan ubta kot...tp risaunya Tuhan je yang tau, ya lah sikit2 simptom tu ada....Malam ambil ubat Cgu Nordin. Alhamdulillah Allah, kerana telah menyembuhkan diri insan yang lemah ini......


29 July 2009

19 June 2009

LDP kali keempat

Esok LDP lagi.....dapat lah ilmu lagi..... Nampaknya Kelas Tambahan Tahun 6 tidak dapat dijalankan ...........

17 June 2009

Tiga Hari Selepas Naik Cuti


Cuti dua minggu dah berlalu..... rasa cepatnya masa .....Kelas Tambahan dan Teknik menjawab soalan minggu pertama, Jom Gempur UPSR minggu kedua...


Hari Isnin pertama naik sekolah dah banyak tugas menanti.... yang pasti fail spsk belum tengok lagi,
stok mate separuh jalan.... maklumat murid mesti siap sebelum hari rabu....adus, nak kentut pun macam tak sempat..... tapi demi tugas, demi sesuap nasi, demi rezeki, demi anak-anak, demi amanah, demi kasih sayang, semua tetap dilalui dengan penuh sabar....

Dalam pada kalut tu sempat la pulak makan durian.... apa lagi si Dilah yang rajin tu le dok belah ( tima kaceh daun keladi kak kiah... esok2 bawak le lagi ).... nahi pulak hari ni semut makan tuan.... penuh semut meja, bawak dari rumah menumpang rambutan...(tima kaceh Nahi....selamat le duitku dari beli rambutan.....)


09 June 2009


Kenapa KEMILAU MENTARI......
Allah jadikan bumi ini dengan kebesaranNya....Bulan, Bintang dan Mentari yang menyinari kegelapan.....Semuga KEMILAU MENTARI akan menyinari pembacanya.......

08 June 2009

02 June 2009

Diriku

Ada orang panggil samms, ada orang panggil meha, ada orang panggil kak sam, ada orang panggil kak meha, ada murid panggil cikgu meha, ada murid panggil cikgu sameha....semua okey, asal orang tak panggil hoi, hey or apa saja yang tak sepatutnya.....tapi nak beritau lah bahawa nama yang sah ibu bapa beri, dan nama masa akad nikah ialah SAMEHA BT SAIRAN.


WANITA

Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita
Cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik
atas dasar akhlaknya.



NILAI WAKTU

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah,
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok
kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda
kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari
segala ketenangan jiwa.



MUHASABAH DIRI



KELUARGAKU



Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan -
Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan