31 July 2012

MANA PILIHAN KITA....

Orang tua hati muda

Rasulullah saw bersabda: Hati orang tua masih saja muda dalam 2 hal:
cinta dunia dan panjangnya angan-angan.


(Hadith riwayat Bukhari)

ATAU

Orang Muda Hati Tua....

Maksudnya orang muda yang sentiasa menggunakan akal fikiran yang waras, sentiasa merasakan bahawa dunia ini pendek baginya, mengambil kesempatan untuk beribadat dan mendekatkan diri pada Allah untuk mendapatkan cinta akhirat ... dunia ini hanya pinjaman semata-mata

29 July 2012

KEJORA DI LANGIT CINTA.....




Ermmm macam sedap jer bunyinya......he he memang sedap ....( Pinjam dari novel Anis Ayuni )

Sesekali nak bercintan cintun ni.... he he . Meluahkan apa yang dirasa....Menggambarkan apa yang di depan mata.....

Rasulullah s.a.w bersabda:

Apabila seorang suami memandang kepada isterinya dan isterinya memandang kepadanya, maka Allah akan memandang mereka dengan kasih sayang. Lalu bila suami memegang-megang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka akan berguguran melalui jari jemari mereka.

(Hadith Shahih)



Kejora Di Langit Cinta...
Adakalanya kasih sayang perlu kita luahkan ( sayang abang banyak-banyak, I luv you abang, ermm sayang, sayang, sayang...dan macam2 lagi )

Adakalanya kasih sayang tidak perlu diluahkan cukup sekadar perlakuan ( senang kata body language ler...pelukan, dakapan , belaian or apa sahaja tanda kita meluahkannya )

Apa pun cara kita ,ia bertujuan untuk meluahkan kasih sayang dan menzahirkan rasa hormat kepada pasangan kita dan pasangan kita memahaminya....
Kadang terfikir juga ada ker isteri yang tidak menyayangi suaminya....
Ada ker suami yang tidak menyayangi isterinya....

Syukur kepada Mu Ya Allah kerana mengurniakan kepada ku seorang suami yang amat sempurna di mata hati ku....( KESEMPURNAAN ADALAH MILIK ALLAH SEMATA-MATA)

Seorang suami yang menjadi bapa yang memberi teladan yang sempurna kepada buah cinta kami....

Seorang suami memartabatkan ku sebagai seorang isteri yang disayangi dan ibu yang dihormati kepada buah cinta kami..

Seorang suami yang menghargai diri ku yang tidak cukup sempurna ini....


Ehhh jiwa-jiwa betul kak Meha ni...he he
Sungguh kekasih hati ku ini membuat ku sentiasa ada rasa rindu...rasa cinta dan sayang....
Menanamkan dalam diri kami supaya BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH...
Dan hati ini dengan rasa kasih cinta mengharapkan Kejora Di Langit Cinta Kami berpanjangan hingga ke syurga....

NAMUN MASIH MENGINGATKAN DIRI CINTAI ALLAH ADALAH MELEBIHI SEGALA-GALANYA...CINTA YANG MEMBAWA KE SYURGA....



28 July 2012

MENCARI ANUGERAH DIRI .....

JOM MARI KITA CARI ANUGERAH UNTUK DIRI KITA....
BUKAN CARI DI KEDAI, SHOPPING CENTRE, TEMPAT KERJA, MAJIKAN ATAU SEBAGINYA....
IA ADALAH ANUGERAH DIRI ATAS USAHA KITA DENGAN IZIN ALLAH...
AYUHHH !!!!! CARI ANUGERAH DIRI KITA DI BULAN KARNIVAL INI...( Bukan karnival membeli belah atau makan-makan tetapi karnival TADARUS, ZIKRULLAH, TERAWIH , TAHAJUD , TAUBAT DAN PELBAGAI LAGI , yang ALLAH tawarkan kepada kita .....

1. Siapa yang meninggalkan cakap yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kebijaksanaan.

2. Siapa yang meninggalkan pandangan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kekhusyukan hati.

3. Siapa yang meninggalkan makan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kelazatan ibadah.

4. Siapa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kehebatan (dalam dirinya).

5. Siapa yang meninggalkan gurauan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya keindahan (budi bahasanya).

6. Siapa yang meninggalkan cinta kepada dunia, ia dianugerahi rasa cinta kepada akhirat.

7. Siapa yang meninggalkan kesibukan (menghitung) keaiban orang lain, ia di anugerahi (kesempatan) untuk memperbaiki aib dirinya sendiri.

8. Siapa yang meninggalkan perbuatan menyelidiki tentang bagaimana keadaan Allah swt, maka ia dianugerahi keselamatan dari iktikad orang munafik.

26 July 2012

LEMAHNYA IMAN KU.......

KISAH SEPETANG YANG MENGECEWAKAN….

Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata:

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.
[HR Muslim]

Kalau mengubah (benci) dengan hati dikira sebagai selemah-lemah iman.

kalau hati tak membenci?
kalau tengok perempuan seksi tak terasa seksa?
kalau tengok orang bercumbu-cumbu boleh pula rasa cemburu?
tengok orang dedah aurat,rasa nak mengurat?
kalau ini yang hati kita rasa,nak kata iman kita ditahap mana?

Nak kata apa kalau depan mata ada hamba Allah yang dengan tanpa rasa malu menjual minuman pada Ramadhan ini ?
Nak kata apa kalau depan mata ada hamba Allah yang dengan tanpa rasa malu menjual makanan pada Ramadhan ini ?
Nak kata apa kalau depan mata ada hamba Allah yang dengan tanpa rasa malu membeli minuman dan makanan pada Ramadhan ini ?
Nak kata apa kalau di depan mata ada hamba Allah yang dengan tanpa rasa malu membakar diri dengan sepuntung rokok pada Ramadhan ini ?

Tegur ?
Tindakan undang-undang ?
Yang pasti tidak mampu untuk berbuat apa-apa
MasyaAllah…..semakin ramai meninggalkan larangan Allah….
Iman siapa yang lemah ?
Merekakah ?
Akukah ?

Ruginya sepetang ini…..


Ya Allah semoga Allah memberi keampunan kepada kita ….
Semoga Allah lindungi dan jaga kita semua. Ameen!

22 July 2012

AKTIVITI 2 RAMADHAN - INDAHNYA MENGIMARAHKAN BULAN RAMADHAN

Bermula seawal 4.30 pagi sudah berada di dapur memasak untuk bersahur.....Anak-anak dikejutkan jam 5 pagi dan mula makan lebih kurang pukul 5.10....Selepas imsyak masing-masing membuat persiapan untuk ke masjid solat subuh....

Selesai solat, anak 2 membuat tadarus bersama cik abang kekanda ku.....Dan habiskan zikir harian pagi.....

Pukul 7.30 ku sudah bersama orkid yang kebanyakannya masuk klinik menjelang syawal ni... Bukan apa sudah lama tidak dibelai dan dimanja.....Alhamdulillah setelah sebulan semua pokok mula sihat dan InsyaAllah meriah berbunga menjelang syawal nanti....Dok mengerjakan orkid hingga pukul 11 pagi....
11.30 pagi mula memasak untuk anak2 bawa bekal balik...Buat bubur lambuk , daging black pepper dan puding kastard....Banyak hari ni buat bubur....bawakan anak satu tupperware besar setiap anak supaya depa boleh makan bersama rakan satu bilik masing2....

Bertolak jam 3 petang ke Maahad Pontian dan seterusnya ke Johor Bharu untuk menghantar Bujang 2 ke Kolej Islam Johor. Dari sana terus bergerak balik....singgah sebentar di R& R Machap untuk buang air kecil dan sembahyang qasar jamak maghrib isyak di Surau Air Hitam. Terus bertolak pulang dan berhenti minum di kedai Makan Jentayu ,Pt Sonto .....Terus bergerak ke Batu Pahat....

Dalam perjalanan pulang terdapat pemandangan indah yang membuat diri ini rasa syukur dan sayu kerana sepanjang masjid yang kami jumpa di sepanjang jalan balik semua kawasa lot parkir masjid sesak dengan kenderaan.....SYUKUR KERANA UMAT ISLAM AMBIL PELUANG MENGIMARAHKAN BULAN RAMADHAN .... Cuba bayangkan lot parkir Masjid Jamek Sultan Ismail penuh dengan kenderaan, begitu juga dengan Masjid Peserai, Masjid Kg Penghulu Salleh dan begitu juga dengan Masjid Jelutong dan Sri Gading....Syukur ramai umat Islam memenuhi masjid untuk ambil fadilat solat sunat tarawih....Betapa cantik pemandangan di kebanyakan masjid dengan makmun yang ramai , tadarus al quran dan kereta berderetan.... BETAPA LAH INDAHNYA SEKIRANYA IA ( MASJID )JUGA MAKMUR DI WAKTU2 SOLAT FARDU bukan sahaja dalam bulan Ramadhan tetapi dalam setiap saat dan ketika, kerana WAJIB BAGI LELAKI2 BERSOLAT DI TEMPAT AZAN DILAUNGKAN....
Dan GANJARAN SOLAT WAJIB DAN SOLAT SUNAT JUGA BERBEZA... MasyaAllah..... namun ia hanyalah luahan rasa seorang wanita yang mengimpikan semua mahram lelakinya menunaikan solat fardu, di tempat mana azan diazankan kerana ganjaran 27 kali lebih baik ( dan banyak lagi ganjarannya )

MENU HARI PERTAMA PUASA....




Ini Prata Chicken Sate yang kami beli kat KLIA....


Kebab sempoi memang best....kenyang dan nikmat dengan seketul ni...semua anak dapat satu....disebelah pula isinya....letak black pepper banyak sikit....urmmm.....


Lodeh atau kuah lemak , sambal petai dan sate....



Alhamdulillah.... sempurna sudah ujian untuk hari pertama bulan Ramadhan...Menahan lapar dan dahaga , menahan nafsu, mengimarahkan lagi bulan Ramadhan dan impaknya hanya Allah sahaja yang mengetahui.....

Semua anak-anak balik.... maka dalam usia ku 44 tahun , bila semua anak-anak ada di rumah terasa pulak diri ini tua, maklumlah anak-anak ku saiznya besar-besar belaka....Ikut atuk lelaki kedua2 belah....
Bila tengok anak-anak dah besar2 ni rasa lah macam kita dah tua....( memang dah tua pun he he )...6 lelaki 2 perempuan , penuh meja ( saiz 8 orang ) tuh...MasyaAllah itu belum bermenantu lagi, kalau dah bermenantu entah macam mana.....( jauhnya fikiran )....Tapi sungguh bila anak dah besar dan semua ada di depan mata , macam ada dalam fikiran....(cerita lain kali erk )

Cerita pulak tentang menu kami berbuka hari ini....Sate ( 120 cucuk ) ,kebab sempoi ( resepi dari MekBidah Md Ail ).... jap lagi ku sertakan resepi sempoi ni dan anak2 suka sekali....ketupat , lodeh, serunding daging dan sambal udang petai....( MasyaAllah nafsu )...Sebenarnya hari pertama ni jer, esok biasa jer lah, ya lah kebetulan anak2 balik ni kan....dan emak ku pula hantar bubur lambuk yang special...
( Tak dan upload gambar )....USB pula entah ke mana....

Resepi kebab. sempoi..... sebenarnya bahan semua dah ada ... dan memang nak buat pun, sebeb pada ahad yang lalu ke airpot utk ambil adik yang balik dari Indonesia anak2 sibuk nak beli Prata Chicken Sate , yang harganya RM6.50 seketul.....kebetulan kawan semaktab MekBidah keluarkan resepi so, buat jer lah ....



Roti pita/Kebab berinti
bahan-bahan
-. 1 bungkus ayam kisar Ramly
-. 2@3 keping daging ayam burger
-. 3 ulas bawang putih
-. 1 labu bawang besar (potong dadu)
-. Sedikit lada hitam (serbuk)
-. sedikit lada sulah
-. 2@3 sudu sos cili
-. 1 susu besar sos tiram
-. 10 keping roti pita.
--. paket sayur campuran
-. Salad
-. Timun
-. Mayonis
sedikit air

Cara
1. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai kekuningan
(bawang beso dari sebiji tu ambik suku je)
2. Kemudian masukkan sedikit air (anggaran setengah cawan) dan masukkan daging ayam tadi tu masak sampai kurang sedikit air tadi.
3. Masukkan , lada sulah, lada hitam, sos tiram,
4. Masak lagi sampai agak basah sedikit je, kemudian masukkan sos cili, mix vege, baki bawang dadu tadi, masak lagi jangan sampai terlalu kering, , gaul-gaul biar sebati.
sejukkan sekejap dan gaulkan dengan mayonis,
letakkan salad dan timun dipotong nipis dalam belahan roti pita @ sosej, isikan dengan inti daging kebab kita yang sempoi itu tadi.. hias kan dengan sos cili, mayonis,

20 July 2012

UCAPAN KASIH SAYANG.....

Beberapa tahun kebelakangan ini terasa malas untuk menghantar ucapan sempena sambutan tertentu....terlupa kadang sebenarnya...Tambahan pula sekrang ni adanya facebook yang dijengah sekejap setiap hari....Jadi wish dengan fecebook ler....

Apa pun terima kasih kepada yang menghantar sms sempena Ramadhan ini....Bila terima sms ni, rasa orang dok ingat kita , kenapa pulak kita tak rajin untuk ingat kawan2....
Terima kasih ucapan kasih sayang dari kalian....ku amat menghargainya....

DARI : UJI NORAZILAH -Salam. Selamat Menyambut Ramadhan, semoga Ramadhan tahun ini diberkati Allah hendaknya....dari Uji sekeluarga.

DARI : KAK SHAM AMIRUL -Assalamualaikum. Selamat menyambut Ramadhan bulan yang mulia ini, semoga segala amalan kita semua mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat . Amin...


DARI: INTAN - Selamat Berpuasa cikgu....


DARI : MISZ - Assalamualaikum.... Berita gembira! Alhamdulillah . Bonus boleh diperolehi mulai 21 Julai ! Bukan sebulan tapi BONUS SERIBU BULAN ! Selamat berpuasa di bulan Ramadhan....


DARI : SURIATI - Wahai Tetamu Ramadhan , Untukmu rahmat dan Makhrifah...Airmata taubat, Dendangan Tadarus, Selimut Tarawih dan Bantal Tahajud!!! Moga mewarisi JANNAH.... Jadikan Ramadhan ini yang terbaik kerana kita tidak pasti apakah akan ada lagi Ramadhan untuk kita lepas ini. SELAMAT BERPUASA & SOLAT TARAWIH...


DARI : YUK COM - Selamat mengimarakkan Ramadhan al Mubarak....

DARI : KAK COM - Selamat berpuasa dari Pn Kalthom sekeluarga....

DARI : KAK MAI - Selamat menaiki RAMADHAN AIR. Bernombor 1432 ke destinasi AIDILFITRI..... kita akan terbang dengan ketinggian 29 @ 30 hari ke permukaan haus dan lapar...Para penumpang diwajibkan memasang niat PUASA DAN MENEGAKKAN KERUSI SOLAT....penerbangan ini membebaskan asap DOSA & MAKSIAT....Selamat menyambut bulan Ramadhan dari Kak Mai sekeluarga....

MENANGANI ANAK-ANAK TEGAR.....

MasyaAllah ….menggoda sungguh anak2 didik 6 J ni….sungguh menggoda….hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa besar godaan depa…..

Hingga kadang terlepas kata “ apa lah malang ibu bapa awak ni…Makanan apa yang awak makan, hingga satu apa yang di ajar tak melekat langsung kat kepala tuhhh…..”

Bila menuturkan ayat sedemikian rasa sebak dan sedih…. Mereka ni perlu didikan bukan jerit pekik atau maki hamun….Namun siapa sahaja bersama anak2 ini memang akan melayang kesabaran yang ada….Hingga kadang2 ku rasa aku pun dah jadi PSIKO seperti depa....

Wahai ibu, wahai bapa didik lah anak2 ini, tunjukkan mereka akhlak yang mulia, berilah mereka tauladan yang baik, bimbinglah mereka ke jalan agama….Sekurang2nya jika tidak pandai akademiknya, tapi baik agamanya….Tahu lah mereka ini bacaan sembahyang, doa2 masnun dan doa2 wajib yang diketahui seperti niat mandi wajib haid bagi wanita, niat mandi junub atau sebagainya…

Sedih sebenarnya kerana beberapa kali kesemptan yang ada ku bertanya pada mereka “ OK saya nak tau berapa orang yang solat subuh pagi tadi….” Hanya 5 ata 6 orang sahaja yang angkat tangan…..” MasyaAllah , kenapa jadi macam tu…kenapa ramai sangat yang tak sembahyang…patut lah ilmu yang diajar tak masuk ke otak , melampau sungguh awak ni…..”. “ Cikgu, emak dan ayah bangun lambat, emak ngan ayah pun tak sembahyang….”.

Terus terang ku katakan mereka ini memang lahir dari latarelakang yang pincang….pincang dari segi, kewangannya , persekitarannya, didikan agamanya….senang kata lemah segalanya….

Apa daya kita untuk membantu mereka ini….., kerana ada diantaranya yang tidak pernah berjumpa ayah setelah berumur 12 tahun, bapa lari balik ke Indonesia, ibu lari kerana berkahwin lain, anak yang tidak diketahui status kelahirannya, duduk di bawah jagaaan nenek sejak dari lahir dan macam2 masalah yang membuatkan kita berasa pilu….

19 July 2012

BULAN PENUH KEBERKATAN DAN MAGFIRAH....


Alhamdulillah Allah memanjangkan usia ku, memberi kekuatan fizikal dan mental dalam menyambut Ramadhan Al Mubarak.... Semoga Ramadhan ini akan kita lalui lebih baik dari tahun2 sebelumnya, InsyaAllah....


18 July 2012

TAKZIAH UNTUK HJH JAMALIAH MOHD NASIR DAN KELUARGA....

Menjelang Ramadhan beberapa hari lagi kehilangan seorang suami dan bapa pasti amat dirasai oleh insan bernama wanita....

Takziah kepada Kak Hjh Jamaliah , teman sekapal, sehotel, sebilik semasa di mekah pada 2010 kerana kepergian suami ke rahmatullah pada 18 Julai 2012....Semoga kekanda ini tabah bersama anak2....
Diharapkan semuanya ada hikmah yang tersembunyi setelah lebih 45 hari berada di hospital....Arwah memang sedia tidak sihat sejak kami di Mekah lagi....Beliau berada di hospital lebih 20 hari semasa di sana....

Janji Allah itu pasti....Dari Nya kita datang kepadaNya kita kembali...

17 July 2012

MENU KAMI HARI INI......

Hari ini bertukar menu, dari selera Thai , Melayu dan Jawa ke selera Mamak....




Pilihan si bongsu....


Pilihan ku....


Pilihan my big bos.... kekanda ku...

14 July 2012

TUA DI DUNIA, SEMOGA MUDA DI AKHIRAT.....


" Cikgu cikgu .... cikgu dengan mama saya , mama saya lebih tua kan..... tapi saya tengok cikgu macam lebih tua dari mama saya".

Wahhh tu dioaaa ehhh.... tercengang ku dibuatnya

" Hishhh mana awak tau saya lebih muda dari mama awak...".
" Mama saya kataaa...."

Betapa jujurnya anak ini....

" Okid awak niiii memandai jer tau..... cuba awak tengok cara saya tutup aurat kan berbeza dengan mama awak..... saya pakai baju besar, tudung labuh, saya lipstik pun tak pakai, saya tak ber " make up ", saya sempoiiii jer..... Mama awak pulak bergaya , ber "make up" , begincu merah, pakai seluar jean, t - shirt ketat tentu lah lebih muda dari saya....."

" Nanti ya, saya pakai seksi, seluar jean, t-shirt ketat dan ber " make up " tentu saya lebih muda dari mama awak...."

Si anak murid ni ermmm senyum jer....Beberapa orang kawannya pun menyampuk...." Wah , cikgu nak solek2 nanti hari Isnin....."
He he macam2 depa ni....

" Tak pe lah Okid, saya tak kisah pun kalau awak tengok saya tua... saya dah puas berdandan dan bergaya masa anak dara dulu...Biarlah saya nampak tua di dunia , tapi di akhirat nanti saya nampak muda dan dirahmati Allah...."

Haaaa kan sebijik dah kena....

Itulah hakikatnya anak2 kecil, mereka ni amat jujur.... tidak perlu berkecil hati dengan mereka...Namun beritahu mereka sesuatu yang hak tanpa menyinggung perasaan mereka....

11 July 2012

BELINJAU OH BELINJAU....

Sebut jer belinjau ni, macam-macam terbayang kat kepala ni....
Dan di bawah adalah belinjau yang ku beli dengan RM 3. 50 yang beratnya lebih kurang 300 gram... Mahal sungguh....rasanya kalau 15 tahun lalu harga macam ni, syok lah sebab di kebun sekangkang kera ku ada 3 pokok belinjau....



Belinjau ni siap ku rebus... dapat ler sepinggan kecil... yang kelakarnya kita sebagai ibu dan abah ni beria-ia `nak bagi tunjuk dan rasa pada mereka....
Apa respon depa ? " Apa ni bu....bau tak sedap jer...." Haa inilah buah belinjau yang kita makan empingnya dan belinja flakes yang korang selalu dok makan...."
" Ya ke bu.... bau kenapa tak sedap.... makan macam mana?....makan kulitnya tak? kenapa ada kulit kerasm pulak..... dan akhirnya, Bu, tolong bukakan kulit , kita tak pandai lah susah....."


Belinja flakes ni memang crunchy.....tak cukup beli satu balang .....anak-anak ni sehari boleh habis....Produk Saraoge ni memang istimewa . Menjelang Ramadhan kena beli awal ... minggu kedua dah habis bekalan biasanya..


( foto ini ihsan mr google )

Ini pula daun belinjau ... pucuk muda sangat enak ....masak lemak campur dengan tempe atau masak tumis air....dulu2 selalu lah dapat makan sayur ni, sekarang mak aihhh....dekat pasar untuk sayur2 kampung tu pun tak jumpa....


( gambar ini juga ihsan mr google)

Ini lah emping belinjau kesukaan kekanda darling ku....rasa sedikit pahit tapi lemak...senang kata rasanya istimewa lah ... lain dari yang lain...

Kalau dulu2 kat kampung ni boleh dikatakan setiap rumah ada pokok ni...sekarang payah sungguh nak jumpa...Kemana agaknya pokok2 tuh... ya lah sekarang orang tak berapa makan dah sayur tu... pokok yang ada agaknya ditebang kerana tak menguntungkan....sangat berbeza dengan Indonesia kerana mereka ada ladang2 pokok belinjau yang di komersialkan....
dan belinjau yang ku beli seminggu yang lalu memang dari Indonesia, begitu juga 90 % emping yang dijual di Malaysia ni memang datangnya dari Indonesia....

TAMAN DALAM MASJID ....

Kesibukan kebelakangan ini sebenarnya beberapa perkara yang melibatkan hal peribadi...Hujung minggu memang jarang di rumah . Banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum Ramadhan...
Sampai mak ku kata pada anak2 ku...." ibu tu macam burung jer, malam baru ada kat rumah..." he he...

Sebenarnya nak cerita tentang beberapa masjid yang ku singgah dalam masa berbagai urusan tuh...
Yang paling cantik adalah sebuah masjid di Muar.... Bukan Masjid Dalam Taman tapi Taman Dalam Masjid....Landskape yang "first class" lah katakan.... dengan susunan bunga, air terjun , lampu, pasu dan beraneka lagi....( tak de gambar ke ? ada gambar tapi tak elok untuk di letakkan di sini hanya utk diri sendiri ) Dan pastinya jadi tumpuan lah , ada lah yang posing....masyaAllah...

Dan hari ini nak cerita tentang kealpaan kita tentang masjid ni....Kewajipan kita untuk memakmurkan masjid bukan menghias masjid kerana;
SESUNGGUHNYA SUNNAH MEMBINA MASJID ADALAH SEDERHANA DAN TIDAK BERMEWAH-MEWAH.
Ibnu Abas r.a berkata : " Sesungguhnya kamu semua akan menghias masjid sebagaimana orang Yahudi dan Nasrani menghias tempat ibadat mereka."

Alasan: larangan tersebut adalah semata-mata untuk mengelakkan timbulnya fitnah bagi manusia dan hanya akan menyibukkan mereka dalam solat. Perkara ini sebagaimana dinyatakan oleh Saidina Umar r.a krtika beliau memerintahkan supaya memperbaharui Masjid Nabawi, dia berkata " Tutuplah manusia daripada hujan , jangan kamu mewarnakan masjid dengan warna merah atau kuning sehingga mengganggu manusia"

Nabi saw juga bersabda: " Hari Kiamat tidak akan berlaku sehingga manusia berbangga dengan bangunan masjid "....

Jelas sekali....namun kini , setiap tahun ada pertandingan menghias masjid dari berbagai aspek...MasyaAllah...Tepuk dada tanya iman...

03 July 2012

NOVEL BARUUUU..... SEDIH YANG AMAT....




Sangat teballllll.....pak we ku kata " ibu macam orang muda, baca novel cinta "..... Ku jawab dengan senyuman....Baca tajuk memang macam cerita romantik gitu.... Tapi mak aiiih sedih betul..... Kadang terfikir juga ada ke suami sekejam Tengku Hariz...
He he mesti ada kan..... jangan2 lebih kejam dari itu pun ada....



Ini koleksi novel terbaru....4 buah jer yang dah baca.... tak sempat....Entah bila nak bacanya... Ramadhan cuti novel...