13 April 2014

KAMI KE BERA......


Update yg dah lama upload gambar...





En kekanda ...
Kalau pegang kaki dan tangan En kekanda mau sejuk satu badan....he he
Meminang buka tuk anak2 bujang yang ramai tu ye... meminang tuk sepupu yang teah kematian bapa..memandangkan ibu kepada si peminang adalah adik kepada big bos hj Sairan dan makcik terapat kak meha... tuanikanah hajat depa walau nun jauh di BERA sana...

Tapi x pe berbaoi lah juga sampai di Bera lebih kurang puku 12 dan ke Jengka pula..
Lebih kurang pukul 2 setelah solat zuhur - memulakan majlis pinang meminag ni dan yang berbaloi adalah hidangannya...Gulai lemak pisang campur daging salai, gulai kawah daging, ayam goreng , ulam-ulaman dan beberapa menu kampung...dan tak tinggal petai rebus beserta sambal belacan...Lupa dunia sekejap, lupa dengan tekanan darah tinggi....


BERA waterfront... Glamour tu namanya....sepanjang sungai inilah kelihatan penjual2 ikan Patin...Kak Meha tak beli ikan patin mentah pun tapi belilah pekasam ikan Patin...Alhamdulillah memang sedap...RM 10 seekor .


Siap berhenti untuk ambil gambar ni...sebelah sign board tu rumpun buuh yang sangat besar...seriau juga..



Ini satu lagi sign board berkaitan durian.....
Ni jer yang kak meha rasa pelik tentang tempat yang ada nama durian...


Dan satu lagi ...ini dia buah keranji...apa rasanya ? tak tahu nak kata. Tapi kak meha rasa buah keranji ni dah dikeringkan kot...Beli 2 bungkus, sampai ke la ni ada lagi...

" Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam peti,
Suruh makan dia makan,
Suruh mengaji dia tak reti "...

BUAH MULBERRY....


Pernah jumpa atau makan buah Mulberry ni... Kak Meha pun tak berapa tahu sangat tentang buah ni...Kebetulan beberapa minggu lepas semasa kelas malam bersama murid-murid tahun 6 , si gadis2 kecil ni dok membahagi lah buah-buah warna merah ni...
Tanya depa ...apa nama buah ni... Buah Mulberry katanya....

Si Okid ni kata " cikgu minggu depan saya akan bawakan cikgu banyak-banyak ye...Sian cikgu tak dapat dah habis kami makan "....
Dan akhirnya inilah buah yang diberi nya...anak2 pun rasa pelik juga sebab tak pernah jumpa...Buah strawberry walau hidupnya di Cameron Highland tapi depa selalu beli di Pasaraya...

Terima Kasih kepada Pn Fauziah Hassan dan Okid yang beri Kak Meha buah ini....

Dan Kak Meha google khasiat dari buahnya...kak meha tuliskan dibawah nanti ye...
Benar atau tidak kak meha tak pasti Wallahuaklam... hanya Allah yang mengetahui..











Khasiat Mulberry , setelah cari di google  .............

1. Pokok mulberi  buah berwarna hitam dan merah.

2. Pokok Mulberry adalah makanan utama ulat sutera terutama daunnye. Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.

3. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.

4. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

5. Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.

6. Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua.

7. Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.

8. Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juga mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan.

9. Buah mulberi ini juga sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara mengambil jus mulberi .

10. Buah mulberi juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit.

11. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa , sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat kebas tangan dan kaki.

12. Daun mulberi pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah.

13. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut.

14. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang , bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas.

15. Akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki.

16. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.



Terima Kasih kepada mr google dengan maklumat buah Mulberry...




MACAM NI PUN ADA KE....

he he... saja nak share ni...ni lah casing baru kak meha yang buat hpon kak meha biol selama seminggu....
Seminggu yang lalu pi ronda2 ke BP MALL terjumpalah dengan casing hpon yang canti bling2 ni...Tak mahal harganya RM 20 jer. Teringinlah pulak - dark purple.Selepas beli tu tak lah terus tukar dengan casing baru ni...

Setelah beberapa hari teringin nak tukar....hairan kak meha seminggu hpon ni tak de line langsung. Tak boleh dihubungi dan menghubungi...

Bila tension ni mula lah macam nak campak jer... tiba-tiba terfikir pulak nak buka casing ni.... MasyaAllah , memang ajaib dengan izin Allah line jadi ok semula...
So cuba lah pasang semula casing ni....ehhh line jadi hilang dari radar semula....
Akhirnya dah tak payah nak cantik berbling2 sangat.....guna jer lah casing ori tu....