28 February 2012

ASAM REBUS IKANNN.....


Cuaca panas sungguh hari ini.... Alhamdulillah nikmat Allah....hari ini masak asam rebus ikan bersama nanas dan bende.... ikan apa ya.... ini lah kelemahan ku.... nama ikan tak berapa tahu.... kerana ku selalunya beri gelaran2 tertentu...

Tak ada apa yang istimewa dengan masakan ku hari ini, tapi memandangkan cuaca yang panas asam rebus memang pembuka selera....tambah pula dengan tempe goreng dan rojak timun..... Memang makan dengan nikmat....
Semalam pun cuaca agak panas, masak asam pedas ikan pari dengan ayam masak sos nampaknya tak berapa nak jalan...jadi hari ini masak yang sempoiii .... orang jawa kata segerrrr...

Balik dari sekolah memang dah pesan dengan cik abang supaya beli ikan yang sesuai untuk di masak asam ni....Tambahan pula hari ini masak nasi agak lembik sedikit supaya nikmat makan dengan kuah asam....
Alhamdulillah nikmat Tuhan....

HARI ANUGERAH CEMERLANG - HASIF MUSA




Menerima sijil, plak dan buku dari GB Sk Seri Separap.....




Tahniah dan belajar lagi....



23 February 2012

MASIH ADAKAH YANG SUDI BERKONGSI ?


Terpanggil untuk menulis tentang poligami pulak dah....Asalnya membaca majalah ilmiah tentang poligami, tu yang teringin nak menulis....Tapi bimbang juga ia berkaitan hukum Tuhan...sehebat mana pun tentangan dari kaum wanita ia tetap dibenarkan oleh Allah swt....

Isteri sentiasa berdoa agar suaminya tidak berpoligami kerana bukan menolak hukum yang jelas mengharuskannya, tetapi lebih di dorong oleh dirinya yang dirasakan tidak mampu menghadapinya.

Isteri menerima poligami dari segi ilmu dan hukum, tetapi apakan daya diri tidak mampu melaksanakannya.....

Apakah hukumnya berpoligami ? Hukum asal poligami ialah harus dan dibolehkan berdasarkan firman Allah yang bermaksud: " Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu berkahwin dengan mereka ) , maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan daripada perempuan-perempuan (lain), dua, tiga atau empay. Kemudian jika kamu bimbang berlaku adil ( antara isteri-isteri kamu ) maka (berkahwinlah) dengan seorang sahaja". ( surah An -Nisa 4: 3 )

Sungguhpun bergitu , hukum ini boleh berubah menjadi sunat, makruh atau haram bergantung pada individu, suasana dan keadaan.

1. Sunat
Hukum terpakai apabila seorang lelaki memerlukan tambahan isteri. Misalnya , kerana tidak cukup dengan hanya beristeri satu atau isteri pertamanya sakit atau mandul, sedangkan dia memerlukan anak. Pada masa yang sama dia berasa mampu berlaku adil. hukum poligami ketika itu adalah sunat. Poligami dalam situasi ini akan memberi manafaat kepada keluarga tersebut. Ia mempunyai masalah dari segi syarak.

2. Makruh
Sekiranya poligami itu bukan kerana keperluan mendesak, tetapi hanya untuk mencari keseronokan hawa nafsu semata-mata dan si lelaki sendiri dalam keadaan syak ( 50% yakin, 50% ragu ) akan kemampuannya untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya.
Hukum poligami ketika itu adalah makruh. Dikhuatiri akan membawa kepada kemudharatan. Rasulullah saw bersabdaa yang bermaksud : " Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu. " ( Riwayat Al Bukhari )

3. Haram
Jika seseorang lelaki ingin berpoligami tetapi yakin sepenuhnya tidak mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya ( boleh jadi kerana kemiskinan, kesihatan fizikal yang tidak mengizinkan atau mempunyai tabiat buruk yang memuadharatkan maka hukum poligami pada ketika itu adalah haram. Ia akan membawa mudharat kepada dirinya dan orang lain.
Kemudian Allah berfirman dalam Surah An Nisa : 4 : 3

Doaku....

Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku.
Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu
Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati
Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku
Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia
Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagimana antara Ali dan Fatimah
Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah
Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku
Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya
Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya .Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku
Ya Allah jadikanlah aku dimatanya hebat
Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya
sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka

Ya Allah yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat,
himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan

Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi
dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi

Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu
dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku

Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku,
Jadikanlah kegarangannya terhadapku suatu kesejukan
dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan

Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha
Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai
dan Engkau sentiasa bersamaku
Ya Allah perkenankanlah

22 February 2012

HADIAH UNTUK INSAN YANG MULIA....


Yuppp ini adalah hadiah dari darling ku.... HADIAH UNTUK INSAN YANG MULIA.... Sangat bagus ... Setiap rumah sewajarnya ada kerana ia bukan sahaja perlu untuk wanita tetapi juga untuk lelaki kerana mereka ini adalah ketua keluarga....Mereka perlu mendalami untuk mendidik anak isteri...

HAID
.................... Kewujudan Haid
.................... Definasi haid
.................... Huraian Takrif istilah haid
.................... Kedudukan haid mengikut masyarakat manusia
................... Had permulaaan haid
................... Had masa kedatangan haid bagi perempuan
................... Penjelasan tempoh sebanya-banyak haid
.......................................dan banyak lagi tentang haid............

PENGENALAN DARAH DAN PEMBAHAGIANNYA
ISTIHADAH
NIPAS
MANDI WAJIB DAN KADA' SEMBAHYANG
................Sangat halus , terasa diri sangat kekurangan ilmu.....

18 February 2012

ANTARA NOVEL n LAYAR PERAK....


OMBAK RINDU, KASIH YANG SUCI, BICARA HATI , GEMERSIK KALBU.....

Demam novel yang di adaptasikan ke layar merak.....Tanya pada kanak-kanak pun mereka tahu Ombak Rindu..... Hebatnya penangan layar perak.... siap nangis sebak2 gitu.... Bujang 1 dan Bujang 2 pun boleh layan Ombak Rindu berkali-kali n sedih pilu....

Tanya pada anak sekolah semua tau Ombak Rindu..... Terkejut Ku dibuatnya.... Di sekolah pun sering diputarkan lagu Omabk Rindu kata murid-murid Ku....Itu pun diputarkan sewaktu senggang sesuatu program....Tahniah Fauziah Ashari.....beberapa novel dalam koleksi Ku... dan yang terbaru " Akan Ku Kejar Cinta Kamu " baru habis baja semalam....Agak lama untuk menghabiskan kali ni kerana kekanga masa....

Sebenarnya bab-bab filem dan TV ni kiranya aku failed lah.... Bila terdengar murid-murid dok nyanyi lagu yang jarang Ku dengar di radio, Ku jadi pelik dan tanya pada murid2 ni .... " Awak nyanyi lagu apa, hafal jer...."? " Ombak Rindu lah cikgu.....Wah awak pun tau Ombak Rindu ke.... Ehhh tau lah cikgu.... He he kelakarlah pulak....Yang Ku tau Ku ada Novel Ombak Rindu yang Ku beli lama dulu, karya Fauziah Ashari.... Novel yang beberapa kali Ku ulang baca.... Bahasa yang ringkas dan romantis pada pandanganku tapi cerita yang agak komplicated ..... memang sedih... Tup tup dah jadi filem.... Bila orang dok cerita Ku pun beritahu lah bahawa Ombak Rindu ni bertahun lalu sudah Ku punyai novelnya..... Terperanjat depa.....Pak we ku sayang pun terkejut bila Ku sua kan buku yang dah agak lusuh tu.....
Bujang 2 Ku pun dok layan You Tube Ombak Rindu..... " Sedihhhh Buuu".... Komennya....


Tahun lalu pula Bujang 1 dok tanya... " Bu, ibu ada novel " Nora Elyana tak "....
Lah Nora Elyana mana pulak ni...
Bila tanya pada anak Dara 1 dia kata " novel kasih Yang Suci oleh Meen Zulaikha lah ibu "....
Hairan juga Bujang 1 boleh tanya novel ni... Rupa-rupanya ada di adaptasi Televisyen.... Siapa yang pernah baca novel ni pasti nak baca lagi....Seth dan Nora Elyana.... bahasa yang romantis oleh Meen Zulaikha.....Tahniah Meen Zulaikha ,yang pasti I ada semua koleksi novel you....Bila banyak novel yang dah diadaptasi ke layar Perak ni, rasa teruja juga kerana banyak novel tu ada dalam koleksi Ku....

Begitu juga dengan Bicara Hati oleh Damya Hanna dan Gemersik Kalbu oleh Anis Ayuni.....Novel tersebut juga ada dalam koleksi Ku....Cuma Gemersi Kalbu Ku tak tau kemana perginya.... Tentu ada yang pinjam tapi dibuat harta sendiri.

Dan bila semakin banyak novel-novel yang difilemkan ni macam2 komen yang kita dengar....yang pasti dakyah filem lebih hebat dari novel.... kerana ia ada pembawa watak dan dipertotonkan..... Berbeza dengan novel yang hanya kita baca dan menghayatinya kerana jalan cerita yang menarik dan bahasanya.... tetapi berbeza dengan layar perak kerana ia dipertontonkan.... Menurut komen sahabat Ku Ombak Rindu tak sesuai dipertontonkan kepada budak sekolah kerana ada adegan yang tidak sesuai dengan kanak-kanak.....Seperti yang Ku katakan tadi membaca novel kita tak nampak adegan di ranjang seperti watak Haris dan Izzah atau Elyana dan Seth....

Moral of the story..... minat seseorang individu tak sama dalam mengisi masa lapangnya....kenapa Ku lebih berminat dengan novel berbanding TV hanya Ku dan Allah yang mengetahuinya....Tima kaceh cik abang Ku sayang kerana memberi keizinan untuk Ku layan novel yang telah menjadi minat ku sejak lama dulu.....Bila dikira banyak juga koleksi ku... ratusan lah kiranya.... belum kira yang hilang....La ni, siapa nak baca kena tulis dalam buku....

09 February 2012

TAWARAN BELAJAR...

He he inilah salinan tawaran ...... terperanjat besar Ku .... maklumlah tidak membuat permohonan tapi ditawarkan....

Yang pasti rasanya untuk belajar semula adalah pilihan terakhir dari beratus-ratus pilihan.... kerana Ku sentiasa syukur dengan nikmat Tuhan, InsyaAllah rezeki itu akan cukup.....

Bagi mereka yang menerima tawaran ini .... syabas teruskan usaha kerana ada kemanisan di kemudian hari....

No. Kad Pengenalan : 680406015352
Nama : SAMEHA BT. SAIRAN
Nama Program : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN MATEMATIK
Nama Bidang : MATEMATIK
Institusi : UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
Cawangan : BATU PAHAT
Daftar 16 Feb 2012 pukul 8.30 pagi bertempat di kampus induk Batu Pahat
Tarikh Mendaftar : 18-19 Februari 2012



BAGI CALON YANG BERJAYA DITAWARKAN BIDANG DAN INSTITUSI YANG DINYATAKAN ADALAH BERDASARKAN KEPADA BIDANG YANG DITAWARKAN OLEH PIHAK INSITUSI DAN UNJURAN KEPERLUAN BIDANG MATAPELAJARAN BAGI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

CERITA.....




Balik dari sekolah singgah sebentar ke Pasar Borong Peserai.... hajat hati nak beli "tempe" nak goreng kering kononnya.... Hari Isnin ke kedai di Taman Sri Sulong ... beli lah sepuluh keping.... Sampai rumah buka bungkusan untuk masak makan tengah hari.... Sabar jerlah kerana kesemua 10 keping tu rosak.... berwarna coklat, rosak dan busuk.... tak pe lah tiada rezeki... nak buat macam mana redha jer lah...

Hari ini ke kedai untuk cari tempe... Tak de jual lah pulak... dah lama orang buat tempe tak hantar kata jurujual tu .... aikkk musykil juga ...Dalam hati berkata habis stok kacang soya ke BP ni...

Tapi nak dijadikan cerita.... sebelum masuk ke kedai ada seorang wanita agak tua juga dari jauh dah tersenyum-senyum.... alamak makcik ni kenal aku ke, dalam hati berkata....Dia datang dan bersalam... " Lama tak jumpa ya" katanya... Dalam hati mesti wanita ni tersalah orang....Malas nak jawab senyum jerlah... sambil tu dia pegang tangan tu...Agaknya dia malu bila tiada respon dari ku.... dia pun dok kata " awak kan yang saya jumpa kat rumah Puan Maria Taib hari tu.... Aduihhh Pn Maria mana pulak ni... macam2 lah kakak ni.... kakak lah kot , nak panggil makcik macam kurang sesuai....
Dia tanya lagi " awak mengajar di mana ?"... Saya kata SK Peserai.... lepas tu dia kata akak dulu mengajar juga di SK Sg Kajang....Sudahnya sessi berkenalan pulak... So ku pun tanya lah akak duduk mana, macam mana kenal saya ?'... Dia kata tinggal di Bagan... tapi sungguh memang ku tak kenal...

Memandangkan masih belum masuk kedai lagi dan tujuan nak ke kedai maka ku minta dirilah....sebelum bergerak sempat dia menarik tangan ku dan berkata " Undi apaaa... ?"...
" Undiiii ! terpinga-pinga juga bila orang tanya undi ni... sebab tiba2 sangat jadi tak faham langsung... jadi dia ulang tanya " Awak undi apaaa?".... Lahhh undi pilihanraya ke.... Jadi ku pun jawaplah apalah akak ni, hal undi tanya saya....dan ku pun ketawa kuat juga....Boleh dia jawap "Ohh undi awak rahsia ya....ya lah undi kan rahsia kan". Sudah! ... kalau dilayan sasau juga ku dibuatnya....

Ada juga orang macam tuh.... jadi terfikir hingga N3 ni ditulis, memang dia mengenali ku menurut katanya tadi atau saja ambil kesempatan untuk bersoal jawab..... hu hu....
Sabor jer lah....

06 February 2012

HANTU GADGET....


Saat ini tablet pc seakan akan telah menjadi suatu perkara utama bagi pecinta gadget………... Di mana-mana tempat tak kira waktu juga yang disekeliling ku , tablet ni sentiasa bersama. Pada mulanya Ku tak faham apa benda yang depa dok kelek dan hadap… nak kata hpon besar lah pulak…PDA ke tanyaku pada seseorang…. “ Tablet lah kak….” masyaAllah macam ubat lah pulak bunyinya…


Tapi memang hebat serangannya…. Entah apa kepentingannya Ku pun tak tau….( bukan tak tau, tapi memikirkan kewajarannya kerana pemiliknya sudah sangat fanatic, jika tertinggal macam tertinggal anak di stesyen bas….atau macam kucing kehilangan anak…


Pernah darling ku berkata “ Bu , mesyuarat tadi macam GB mesyuarat sendiri… GB dok bentang mesyuarat semua cikgu dok tunduk dengan gadget berbagai saiz”…. Tu diaaa ehhh… Toleh kanan buka FB , toleh kiri sedang online Berita Harian Online, sebelah lagi main game….. Uhhhh memang hebat…Kalau macam ni gayanya nya bukan kepentingan namanya tapi dakyah ….Hilangnya sifat hormat menghormati, kasih sayang dan toleransi….


Kenapa ku katakana hilangnya sifat kasih sayang…. Ini cerita benar dari Mak Cik ku semasa ku menziarahinya pada Isnin yang lalu…. Ku Tanya, anak-anak balik ke hujung minggu … Katanya…. Alah, budak-budak sekarang balik bukan nak jumpa mak bapak…. Masing –masing duduk di bilik mengadap gadget dari celik mata hingga pejam mata…. Hu hu…Lah kelakarlah pulak… balik kampong untuk borak-borak dengan emak ayah tapi dah jadi lain pulak borak dengan kawan seluruh alam di laman sesawang….


Jadi ini yang ku katakana dakyah… nanti saat dan ketika agaknya nak solat pun sentiasa bersama dengan gadget tuh….kalau dok tunduk berzikir tu ada juga faedahnya…cari saham akhirat dan dunia pula tidak dilupakan…


Jadi marilah kita fikir2 kan…

02 February 2012

SESUATU KEJADIAN ALLAH TANPA IZIN MAKHLUK....


"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

JAMUAN MAKAN MALAM SEMPENA PERSARAAN PN ZAINUN DAN PN AZIZAH.....

Alhamdulillah sempurna sudah majlis yang dirancang....3 Majlis yang berturut... Jamuan Makan Malam sempena Persaraan Pn Zainon dan Pn Azizah pada 1 Februari, Majlis Send Off Pn Azizah 2 Feb dan esok pula Majlis Send Off Pn Zainon.... Lega rasanya.... Syukur semua berjalan lancar... Program kedua yang Ku 'handle' selepas Jamuan Akhir Tahun dan Mesyuarat Awal Tahun pada 29 Disember tempoh hari....

Terima kasih tak terhingga kepada orang kuat ku yang banyak membantu Hajah Nahida.... Thank you I Love You.....



Tn Hj Sarkawi ( GB ) menyampaikan ucapannya.... padat dan berisi diiringi dengan lawaknya... terima kasih tuan...



Barisan GPK.... Bertudung merah GPK 1 yang baru Pn Saodah bt Ahmad , bersama dengan GPK Pendidikan Khas dan GPK HEM.....ceria,ceria,ceria.....


Sebahagian guru.... Merah tema kita malam itu.... 95% memakai baju merah.... Tahniah dan terima kasih kerana sokongan adri kawan2.... Love you all...


Wakil PPD En Shaharudin b. Badron....merangkap Bapa Angkat SKP.....

He he.... buat ucapan ringkas.... bab2 ucapan ni Ku memang failed.... sebab ku brutal jer orangnya....


Pn Azizah yang diraikan.... sangat sporting.... menyatakan rasa kasihnya pada suami tercinta di khalayak.... Tertunduk malu En Razak dibuatnya.... tahniah kak zizah, nampak masih muda lagi....


Kak Non dan Kak Zah memotong kek diiringi kami yang suka bergambar ni.... Tak lupa kepada Kak Dah ( isteri kesayangan GB ) kerana sangat sporting.... juga memakai baju merah...Terima kasih juga alas meja yang dipinjamkan....
Juga guru-guru yang hadir.... sangat ceria malam itu kerana semua berbaju merah.....
Dan tak lupa camerawoman pada malam itu Azleya Aneesha....