30 September 2011

TUHAN BERKUASA MAKHLUK TIDAK BERKUASA.....

Semalam hubby beli buah limau dan epal.... Limau dan epal mahal katanya.... Ya lah , malas nak fikir, mahal pun mahal lah ,nikmat Tuhan beri ... nak makan buah yang sedap katanya.... " berapa sebiji bang ?" " RM 2 sebiji ", katanya...MasyaAllah mahalnya....biasa beli sebiji RM 0.80 atau RM 1.20 jer...

Kupas dan belah buah untuk di makan...., rupanya dalam buah epal ada pokok dan dalam buah limau ada buah lagi... patutlah mahal he he.....Allah berkuasa untuk menjadikan sesuatu tanpa izin Makhluk...

Inilah buah dalam buah tu....buah limau yang kecil tu ada bekas tangkai lagi macam baru dipetik ...





Ini limau yang telah dikeluarkan dari dalam limau yang besar.... besarnya kecil sedikit dari bola ping pong....


Ini pula epal yang dah ada anak pokok di dalamnya.... mungkin epal ni dah tua sangat, jadi biji di dalamnya pun dah tumbuh..... agak kalau epal ni tak dibelah dan letak dalam pasu , tentu ia akan busuk dan tumbuh pokok yang subur....Itu pun dengan izin Allah lah...

ADAB MENGHADIRI MAJLIS, PROTOKOL MAJLIS DAN MENGHORMATI MAJLIS.....

Alhamdulillah ada ruang masa untuk Ku menulis, meluahkan rasa gembira ,sedih dan pelbagai rasa....

ADAB -Bagi yang tidak faham maksud adab, eloklah diperturunkan sedikit maknanya. Adab membawa maksud sopan. Beradab juga membawa maksud baik budi bahasa, bertertib, baik perangai dan kelakuan; bertamadun, berkebudayaan dan telah maju tingkat kehidupan.

Orang yang tidak beradab boleh dikatakan tidak bertamadun. Tetapi hari ini, ramai yang tidak peduli soal adab sama ada adab ketika berkata-kata, berkelakuan atau berpakaian. Mereka bukannya tidak tahu soal adab ini tetapi ada sesetengahnya sengaja melanggar adab semata-mata mahu menunjukkan keegoan. Apa yang penting, mereka berjaya menunjukkan sikap tidak beradab di hadapan khalayak. Mungkin mereka ini mahu disanjung rakan-rakan kerana berani melanggar adab. Kata orang matlamat menghalalkan cara. Bagi mereka pedulikan soal adab kerana yang penting, sikap mereka itu mampu menunjukkan kepada khalayak bahawa mereka berani


So hari ini nak menulis bagaimana kita perlu menghadiri majlis undangan dan menghadirinya dengan penuh berkhemah dan beradab supaya majlis yang kita hadiri akan berjalan lancar dan teratur....Sebenarnya ada buku dan kursus khas bagi individu yang berminat untuk membeli buku tersebut atau menghadiri kursus oleh pihak tertentu....Bagi penjawat awam yang sering menghadiri majlis mungkin perlu menghadiri kursus atau apa saja cara untuk menambah ilmu berkaitan majlis...

Manakala bagi orang awam sekiranya tidak menghadiri kursus atau beli buku, celik-celiklah melalui pemerhatian atau pertanyaan...

Biasanya dalam satu-satu majlis memang ada meja utama, meja tetamu, meja petugas dan bahagian2 tertentu....jadi duduk atau ambil tempat yang sesuai dengan kita sebagai jemputan... adakah kita tetamu khas,tetamu biasa atau petugas.... Kadang-kadang ada majlis yang sangat rasmi, jadi berdiplomasilah kerana ia adalah bertujuan untuk melancarkan majlis....sekiranya ada meja telah dikhaskan untuk orang tertentu biarlah empunya diri yang duduk di situ, kerana sekiranya ada orang lain yang duduk di situ, pasti keadaan akan menjadi kelam kabut....

Biasa nya pada majlis yang rasmi seperti ini ada orang tertentu yang akan memastikan siapakah yang akan layak menggantikan tempat kosong sekiranya seseorang tetamu tidak hadir....

Etiket merupakan peraturan-peraturan tingkahlaku atau sopan santun samada dalam kehidupan harian, dalam perhubungan antara satu sama lain atau dalam majlis yang berbentuk formal atau tidak formal. Apa jua perilaku yang dilakukan oleh seseorang yang mengikut peraturan-peraturan atau norma-norma yang diterima oleh masyarakat atau yang berlandaskan kepada timbang rasa adalah dianggap sebagai mempunyai nilai etiket yang tinggi yang boleh mempertingkatkan imej seseorang itu.

Amalan protokol dalam sesuatu majlis bertujuan menetapkan penghormatan yang diberikan kepada seseorang tetamu kehormat dan para jemputan, di samping menetapkan peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh penganjur sesuatu majlis. Kesempurnaan majlis yang dianjurkan akan mencerminkan atau melambangkan kreativiti, kredibiliti dan keupayaan sesebuah agensi tersebut menganjurkan sesuatu majlis.

Ingin sedikit Ku tuliskan beberapa protokol susunan kedudukan mengikut keutamaan....bukan apa hanya sekadar untuk pengetahuan diri sendiri dan berkongsi dengan rakan-rakan....




1. Yang di-Pertuan Agong.
2. Raja Permaisuri Agong.
3. Raja-raja dan Pemangku-Pemangku Raja
4. Yang di-Pertua Negeri-Negeri.
5. Bekas-bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan DiRaja daripada Kerajaan Persekutuan.
6. Perdana Menteri.
7. Timbalan Perdana Menteri
Kehormat- 7A. Bakal-bakal Raja (Tengku Mahkota atau Raja Muda)
8. Ahli-ahli Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.).
9. Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.).
10. Ahli-ahli Seri Setia Mahkota (S.S.M.).
Kehormat-10A. Dato-Dato Undang Yang Empat Negeri Sembilan dan Tengku Besar Tampin, Negeri Sembilan.
11. Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.
12. Yang di-Pertua Dewan Negara.
13. Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
14. Bekas-bekas Perdana Menteri.
15. Bekas-bekas Timbalan Perdana Menteri.
16. Ahli-ahli Jemaah Menteri.
17. Setiausaha Jemaah Menteri/Ketua Setiausaha Negara.
Kehormat-17 A. Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri.
18. Peguam Negara.
19. Panglima Angkatan Tentera.
20. Ketua Polis Negara.
21. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
22. Timbalan- Timbalan Menteri.
23. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
24. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Duta-Duta Besar, Menteri-Menteri Yang Mutlak, Pemangku- Pemangku Pesuruhjaya Tinggi dan Kuasa-Kuasa Usaha.
25. Presiden Mahkamah Rayuan.
26. Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya.
27. Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak
28. Ketua Pembangkang di Parlimen.
29. Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan
30. Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan.
31. Setiausaha-Setiausaha Parlimen.
32. Bekas Ketua Setiausaha Negara.
33. Pegawai-pegawai Gred Utama Turus I, II den III.
34. Bekas Peguam Negara, Bekas Panglima Angkatan Tentera den Bekas Ketua Polis Negara.
35. Pengerusi-Pengerusi Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
36. Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi.
37. Pengerusi Tribunal Perkhidmatan Awam.
38. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Kehakiman.
39. Ketua Audit Negara.
40. Gabenor Bank Negara.
41. Datuk Bandar Kuala Lumpur.
42. Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan.
43. Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
44. Penyimpan Mohar Besar Raja-Raja.
45. Datuk Paduka Maharaja Lela.
46. Ahli-ahli Panglima Mangku Negara (P.M.N.).
47. Ahli-ahliPanglima Setia Mahkota (P.S.M.).
48. Profesor-Profesor Diraja.
49. Ahli-ahli Panglima Jasa Negara (P.J.N.)
50. Ahli-ahli Panglima Setia Diraja (P.S.D.).
Kehormat-50A. Timbalan- Timbalan Menteri Besar/Timbalan- Timbalan Ketua Menteri.
Kehormat-50B. Speaker Dewan-Dewan Undangan Negeri.
51. Ahli-ahli Dewan Negara.
52. Ahli-ahli Dewan Rakyat.
53. Pegawai-pegawai Gred Utama 'A' dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya.
54. Panglima Tentera Darat.
55. Panglima Tentera Laut.
56. Panglima Tentera Udara.
57. Timbalan Ketua Polis Negara.
58. Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian.
59. Naib-Naib Canselor Universiti.
Kehormat-59A. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri danMenteri Negeri di Sabah/Sarawak.
60. Pegawai-pegawai Gred Utama 'B' dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya.
61. Pengerusi-Pengerusi Badan-Badan Berkanun Persekutuan dan Ketua-Ketua BadanBerkanun Persekutuan yang setaraf dengan Gred Utama 'B' dan ke atas.
Kehormat-61 A. Penerima Anugerah 'Fellow' Negara.
62. Wakil-wakil Tempatan Bangsa-Bangsa Bersatu.
63. Pegawai-pegawai Gred Utama 'C', Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan Ketua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya.
Kehormat-63A. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
64. Ahli-ahli Johan Mangku Negara (J.M.N.).
65. Ahli-ahli Johan Setia Mahkota (J.S.M.).
66. Ahli-ahli Johan Setia Diraja (J.S.D.).
67. Pegawai-pegawai Gred I, Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan Ketua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya.
68. Setiausaha-Setiausaha Politik.
69. Pegawai-pegawai Gred II den Pegawai-pegawai Tentera den Polis yang setaraf dengannya.
70. Konsul-Konsul Besar negara-negara yang tiada perwakilan diplomatik di Malaysia.

26 September 2011

KAD PRABAYAR ZAIN -dalam kenangan





Kebetulah mengemas fail dokumen ke Mekah setahun yang lalu terjumpalah kad prepaid ni....Tambahan pula sekarang dah mula musim haji...Beberapa orang rakan dengarnya sudah dapat jadual penerbangan...Syukur dengan Jemputan Yang Terismewa dan termahal di dunia ini....Panggilan Baitullah....Semoga Para Jemaah dapat menunaikan fardhu haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur....InsyaAllah....

MasyaAllah sungguh aku rindu... Doaku agar Allah limpahkan rezeki untuk ke Mekah samada untuk ibadah umrah atau haji....

Sebenarnya nak kongsi tentang Kad Prepaid mekah ni.... Sebelum bertolak tahun lepas , ada kawan-kawan beritahu belilah kad Prepaid di Kompleks Haji Kelana Jaya.... Dalam hati terfikir juga mana ada kat komplek tu jual kad-kad sedemikian.... Ya lah ini bukan kali pertama Ku ke Kelana Jaya.... Rupa nya di kedai-kedai yang macam cendawan tumbuh di hadapan Kompleks TH tu.... Uhhh kedai tu pun dah bersepah-sepah macam Arab dok niaga tepi jalan di Mekah sekitar Masjidilharam tuh....

Tentang kad Prepaid ni yang kelakarnya Ku meminta Bujang 2 untuk membelinya setibanya kami di Kelana Jaya.... Jadi Bujang 2 pun cari lah... Ku beri wang RM 150 untuk 3 keping kad... maklumlah yang Ku tahu kad tu sekeping nilainya RM 50.... Satu untuk Ku , satu untuk hubby dan satu untuk emak....Kadang kelakar sungguh bila ingat....Masuk dalam fligth tukarlah Prepaid Malaysia kepada Prepaid Arab....Yang kelakarnya sampai jer airport diruang menunggu mak tuan.... tuh diaaa, punyalah ramai pekerja am yang bertugas tuh dok curi tulang menjual kad-kad tu.... habis seorang demi seorang depa dok pujuk suruh beli.....Itu tentang penjual tuh...

Seperkara lagi tentang kad ni... ha ha ha tergelak sungguh nilai kad yang Ku beli RM 50 di Malaysia sampai sana nilainya cuma RM 25.... Karut sungguh... Hidup2 ditipunya....RM50 jadi RM 25 punya isi....dah lah kita tak pandai cakap Arab.... Lebih kurang seminggu di Mekah, belilah kad prpaid baru dengan harga SR 50.... Syukur nilainya memang SR 50... Puaslah juga guna untuk call hubby or emak, juga anak -anak di rumah....So dari pengalaman Ku ini faham2 jerlah perlu ke beli di Malaysia or beli saja apabila di sana.....Jangan risaulah merata tempat ada jual.....SR 50 untuk isian SR 50 bukanlah RM 50 untuk isian SR 25 he he.....

MOOD ORANG DATANG BULAN.... he he

Hari saja nak menulis tentang mood ni.... Kebetulan ada hari ini jumpa kawan2 yang yang macam2 moodnya.... ada yang ok , ada yang kurang ok.... semalam juga lebih kurang begitu.... Tiba-tiba terdengar pulak ada orang kata " Si Polan tu datang bulan ke..., berangin semacam ",ha ha ha... tu yang nak tergelak tu....

Sebenarnya bahasa begini selalu Ku dengar dari zaman Ku remaja lagi hinggalah kini dah kira tua umur Ku...kadang-kadang rasa memang betul apa yang orang dok cakap.... orang perempuan ni bila ketikanya memang kadang angin semacam.... kadang-kadang Ku rasa diri Ku pun sama kot...


Datang bulan, atau haid, atau period adalah satu kemestian bagi setiap perempuan normal yang dah sexually mature (mencapai akil baligh). Dalam proses datang bulan ni, psikology wanita adalah satu perkara yang sangat abstrak dan subjektif. Bagi kaum lelaki, haruslah bersedia apabila nak berdepan dengan kerenah perempuan yang abstrak . Ya lah orang kata Sedih Tak Tentu Pasal, Marah Tak Tentu Pasal, Murung Tak Tentu Pasal dan bermacam lagi....

Namun syukur sebenarnya Allah jadikan kita sebagai wanita penuh dengan keindahan, yang menjadi tulang rusuk kiri kaum adam, yang menjadi tunjang kekuatan dakwah bagi kaum Adam, yang melahirkan zuriat2 soleh dan solehah .....

Anggap sahaja "mood mood " wanita datang haid ni sebagai perencah dalam masakan... penghibur dalam kehidupan....Minta perhatian, minta dipujuk dan minta disayangi.....

Dan jangan lupa wahai sahabat-sahabat Ku penuhi masa dalam haid ini zikir dan doa... yang pasti zikir harian 300 pagi 300 petang....100 Istighfar, 100 Selawat dan 100 Tasbih....Supaya diri kita sentiasa bersih dan di rahmati Allah....

Doa semasa permulaan kedatangan haid...







"Segala puji bagi Allah atas segala hal dan Ya Allah aku bermohon keampunan kepadamu dari segala dosa²ku

22 September 2011

BIRTHDAY DEKNA & IDA.....ANAK DARA 1 DAN ANAK DARA 2....


Selamat Hari Lahir Deknah dan Ida.....Semoga anak ibu menjadi anak solehah dan berjaya selalu...


Shakinah 22 Sept dan Ida 14 Sept.... Two In One....



Posing dengan big boss sebelum potong kek...



21 September 2011

JAM OH JAM......



Beberapa hari lalu ke saudara... ziarah hari raya lah kononnya....Kami sampai hari sudah malam...Kebetulan sedang kami berbual-bual Ku terdengar bunyi Dentangan Jam yang agak kuat... Terperanjat di buatnya... Maka Ku pun tercari-cari manalah jam yang berbunyi kuat dan agak tidak senang di dengar di telinga Ku....

Jadi Pak Cik Ku menunjukkan sebuah jam dinding yang biasa-biasa saja pada pandangan mata Ku...Katanya jam tersebut dah lama sejak tahun 1976.... Lama tuh....dari bunyi tesebut ku rasa sedih pulak kerana kita masih belum belum memahami beberapa larangan tentang jam....

Pertama Jam Tangan lelaki yang menyerupai rantai tangan .... jam besi lah kategorinya...Ku tak pasti apa hukumnya samaada haram atau sebaliknya kerana memang terdapat larangan bagi lelaki memakai jam bertali besi seperti rantai.... Teringat semasa Ke Mekah tahun lalu... Pak Arab pemandu teksi yang membawa kami dari hotel ke MasjidilHaram sangat marah bila nampak hubby memakai Rantai Tangan Tanda Jemaah Malaysia..... Haram, haram ! katanya... Pemandu tu tak mahu pandu kereta ke masjid sehingga hubby buka rantai itu...Macam2 dia bebelkan yang Ku tak faham maklumlah dalam Bahasa Arab...begitu juga dengan jam tangan....

Berbalik tentang jam dinding yang berbunyi kuat tadi...Dipetik dari Buku 400 Kesalahan Dalam Solat - Al - Albani berkata , " Diantara perkara yang diperselisihkan adalah memasang jam loceng dengan bunyi dentingan yang teratur seperti bunyi dentingan loceng orang Nasrani."
Dulu selalu terdengar orang dok kata jangan ada di dalam rumah jam yang bunyi dentingan seperti gereja....

Marilah kita fikirkan iman dan takwa yang jadi pedoman hidup untuk kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat....

13 September 2011

MENJELANG UPSR - SEBELUM MEMASUKI DEWAN PEPERIKSAAN



Doa oleh ustaz Arafat dan minum air zam-zam




Posing bersama anak 6 Juara..... Semoga semuanya mendapat 5A


Memberi pensel serta pemadam dan bacaan doa....

12 September 2011

HADIAH ISTIMEWA DARI HAZIRAH 6 JUARA - YANG AKAN MENDUDUKI UPSR ESOK...

Pagi lagi sampai di Gilik Guru, seorang rakan guru dah beritahu.... Meha kor dapat hadiah special... hadiah apa pulak...Lupa pulak nak ambil gambar pagi tadi... dua buah tupperware besar yang berisi Cup Cake yang sangat cantik dan Kuih Cara Melaka....sebagai tanda terima kasih kerana mengajarnya dan minta didoakan agar mendapat keputusan 5A dalam UPSR....



Inilah tupperware yang berisikan Cup Cake dan kuih cara....Siap dah tulis doa untuk ku bacakan apabila membuka tupperware ini...



Inilah Cup Cake yang cute tu....20 biji semuanya... dan ku hadiahkan juga pada kawan-kawan yang bersebelahan dengan mejaku....memanjangkan sedekah.....


Inilah Kuih Cara Melaka tersebut siap dah berpotong lagi....

Terima kasih Hazirah....semoga anda akan mendapat 5A dalam UPSR....walaupun tiada sebarang cenderahati tapi cikgu sentiasa doakan semua anak didik cikgu untuk dapat 5A...

SELAMAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN UPSR - UNTUK ANAK BUJANG 4 DAN ANAK DIDIK SKP....

UPSR datang lagi.... demam peperiksaan sebenarnya pada syawal kali ini.... Semoga semua calon UPSR dapat menjawab dengan baik dan sempurna....Untuk anakku Zaid , ibu doakan agar dapat mendapat keputusan yang cemerlang....Untuk anak didik ku 6 Juara dan semua calon UPSR semoga anda juga berjaya dengan cemerlang...



SELASA 13 September 2011

* 08:15 pagi — 09:05 pagi – Bahasa Melayu Pemahaman
* 09:45 pagi — 11:00 pagi – Bahasa Melayu Penulisan
* 11:45 pagi — 12:25 tengah hari – Mathematics Kertas 2

RABU 14 September 2011

* 08:15 pagi — 09:15 pagi – Mathematics Kertas 1

KHAMIS 15 September 2011

* 08:15 pagi — 09:30 pagi – Science
* 10:15 pagi — 11:05 pagi – Bahasa Inggeris Kertas 1
* 11:45 pagi — 01:00 petang – Bahasa Inggeris Kertas 2

MAJLIS MINUM PAGI DI RUMAH PN KALTHOM dan CIKGU SHAHIR...


Di rumah Pn Kalthom... bersama Dilah n Nahi juga Kak Com....


hubby bersama Bos SKP..... di rumah Pn Kalthom




Di rumah Cikgu Shahir.... Cikgu Md Noor, hubby, Cikgu Shahir, suami Cikgu Dila dan Cikgu Azman...

KOLEKSI DENDRO YANG BARU KELUAR DARI KLINIK....

Hari ini nak cerita tentang beberapa koleksi dendro yang entah bila masa membelinya.... mungkin 2 atau 3 tahun lalu.... Kerana Membela orkid dah hampir 6 tahun lamanya.... Cuma kini betul-betul belai.... tu yang semua nampaknya menghargai kasih sayang ku dengan berbunga silih berganti....syukur....

Pokok ni setahun yang lalu memang tak berdaun langsung tapi syukur tahun ini mula subur semula setelah dimasukkan ke dalam klinik orkid ku....

Koleksi ni hampir sama dengan di bawah tapi tak sama....


Ini juga koleksi yang baru keluar dari klinik.... sangat cantik... tapi tak tau bila belinya...rasa-rasanya macam 3 tahun lalu...sebab tahun lepas memang tak ada membeli orkid langsung...warna apa nak kata pun tak tau... macam coklat, macam merah bata, tapi itulah warna sebenarnya....



Dendro ni sangat cantik....jarang jumpa kat rumah orang....ini juga tak tahu bila masa Ku membelinya....Seingat ku 3 tahun kebelakangan ini Ku tak ada membeli warna pink yang seperti di atas....

Terima kasih Ya Allah kerana memberi keizinan untuk semua pokok ku berbunga....

LAGI CERITA RAYA....



Cahaya dari gerakan bunga api .... indah!



Tak cukup korum....dua anak bujang kena jangkitan Chicken Pox.....


Entah bilalah mereka ni belajar posing.... pandai saja...Anak Dara 1 dan sepupunya....


Bujang 1, Bujang 2, Anak Dara 1 dan Anak Dara 2.....


Aksi mereka.....



Jemput Makannnn......





Bakar duitttt........



RAYA DENGAN CHICKEN POX....

Bujang 4 dan bujang 4 kena jangkilan Chicken Pox.... Kesian sungguh... ya lah orang semua dok beraya, dua bujang nih duduk rumah..... dah lahgitu kena berpantang lah pulak.... Kita nak masak pun raa serba salah....bila hari raya ni macam juga semasa ramadhan menu utama mesti di tambah dengan ayam atau udang sebagai penambah perisa...Jadi dua orang ni dok tengok jer lah.....



Ini muka yang sangat simpatiiiiiiii..... Bujang 5 - Muhd Hasif Musa





Ini Bujang 4 - Muhammad Zaid....


<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

Maklumat tentang CHICKEN POX...( info dari Kementerian Kesihatan )


Pengenalan

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala

Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Komplikasi

Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:

  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
    Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).

Komplikasi akibat chicken pox:

  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.

Rawatan

  1. Ubatan anti-viral :

Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).

  1. Rawatan antibiotik

Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.

  1. Rawatan di rumah
    • Sapu losyen calamine.
    • Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
    • Panadol untuk demam

Pencegahan

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.