31 March 2012

GAMBAR -GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERPISAHAN TN HJ SARKAWI DAN MERAIKAN KEDATANGAN TN HJ MD KHIROM..

Sebahagian gambar majlis.... Alhamdulillah simple tetapi meriah....
Terima kasih kepada Camerawaoman Azleya Aneesha....kerana yang pasti malam itu tak dan nak angkat camera....
Juga kepada Kak Dilah.... yang diam2 juga boleh jadi Camerawoman.... Thanxxx semua....
Terima kasih untuk semua yang turut sama membantu menjayakan majlis....


Tn Hj Md Khirom..... GB kami yang baru....YANG BARU DITURUTI.......


Tn Hj Sarkawi..... Mantan GB.... YANG LAMA DIINGATI....



Pn Saodah GPK 1.....


Cenderhati dari Badan Kebajikan Bilik Guru dan Staf SK Peserai...



YDP PIBG menyampaikan cenderahati dar PIBG....


Dari rakan guru.....ermmmm siapalah tuh...tanda ingatan dari kami....


Tuan Hj Md Khirom bersama darlingnya.... Pn Hjh Saah , GB SK Bagan....


Yehhhh kami mak dara belaka....



siap sedia untuk menjamu selera.......



Terima kasih kepada orang kuat ku.....sentiasa sedia membantu.....


Wehhhh apa yang depa buat tuh... main saham ke.... ha ha... jangan marah gengg...

30 March 2012

ALHAMDULILLAH SEMUANYA BERJALAN DENGAN LANCAR......

TERIMA YANG TAK TERHINGGA DI UCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT.... TERIMA KASIH JUGA KEPADA YANG DIRAIKAN TUAN HJ SARKAWI BIN HJ SATU DAN ISTERI ,TUAN HJ MD KHIROM DAN ISTERI , YDP PIBG, JAWATANKUASA GURU, GURU-GURU, STAF SOKONGAN, ADIK -ADIK PELATIH YANG HANDSOME DAN COMEL-COMEL BELAKA.....KERANA TANPA KEHADIRAN KALIAN MAJLIS TADI TIDAK BERJALAN DENGAN LANCAR....

Malam semakin larut, banyak cerita yang nak kongsi tetapi insyaAllah pada N3 akan datang.....

Kerana kudrat tenaga sudah tidak berdaya.....
Yehhhh jumpa pada N3 yang akan datang untuk Majlis Perpisahan Tuan Hj Sarkawi dan meraikan kedatangan Tn Hj Md Khirom......

25 March 2012

MENU HARI INI.....JOM LAYAN SELERA....

Hari minggu untuk memasak....Hari masak sempoiiii jer ikut selera cik abang dan anak-anak.... Cik abang suka rebus2 ,kukus or apa saja menu yang tidak berminyak.... Ku dan anak-anak pula suka yang pedas dan bergoreng....Sebenarnya ada satu lagi menu untuk malam.... ayam lemak cili api.... lupa nak ambil gambar dan dah siap beradun dalam perut he he....

Ada ayam lemak cili api lah pulak.... ha ah...emak ku hantar dua ketul ayam bahagian dada...kebetulan ada program di masjid dan abah masak untuk program itu....

Tapi memang ayam lemak cili api yang kaw kaw tu simpan jer dalam peti sejuk.... lauk tengahari yang berbagai mengikut selera depa menyebabkan depa kekenyangan dan hanya cuit jer lauk malam....
Yang pasti esok makan lauk cili api dengan ikan masin lah.....




Ikan goreng tepung.... nampak macam sempoi sangat tapi enak sungguh makan panas2....ikan baru pulak tu... putih lagi isinya...rangup tuhh.... jangan terliur...



Ikan singgang pedas.... rebus jer dengan air yang sikit tutup rapat macam kukus gitu.... pedas sungguh nampak jer macam kuning.... tapi memang pedas... ini kegemaran cik abang.... tak suka minyak...


Ini pula ayam potong kecil2, goreng dan masak black pepper.... cun... kegemaran ku dan anak-anak... Pedas giler ni... cili api blender, black pepper tumbuk halus dan sos black pepper... selera gitu....


Sup sayur...sempoiii juga tapi segerrr orang kata.... udang, cauliflower, cendawan , kentang, carot, sawi dan batang celeri....


Ini sup yang siap di masak...kalau masuk kan macaroni memang sambung makan lah jawapnya.... nafsu nafsu...bab makan ni pandai-pandailah nak menggayakan...


Bendi rebus jer.... tak payah buat pencecah sebab ayam black pepper tadi cukup pedas kuahnya colek jer....

Masak sempoiii jer tapi memang buat semua anak kekenyangan....
Ok jumpa lagi menu akan datang...

24 March 2012

BERKONGSI RASA DENGAN INSAN INI.....


Mengenali insan ini hanya dua kali berjumpa walau mengajar bujangnya selama 3 tahun...Selama ini berjumpa dengan arwah suaminya....
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, sedih mendengar kisahnya sebak lagi hatinya menanggung rasa....
Menerima segalanya dengan redha dan rendah diri InsyaAllah akan ada hikmah di sebaliknya....Walau nampak riang di luar tapi rasa di hati hanya Allah yang tahu....

Semoga Dr .... akan sentiasa tabah dan meneruskan hidup ini tanpa berpaling ke belakang demi Allah yang menentukan segalanya dan anak-anak untuk meneruskan masa depan....

23 March 2012

SAMBUTAN MAULIDURRASUL DI MASJID AR RAUDAH PESERAI





Tangan siapa ni.... glamour tauuu....


Alhamdulillah setelah 22 tahun berkhidmat di SKP rasanya setiap tahun kami akan di jemput ke Masjid Jamek Al Raudah untuk sama-sama menyambut Majlis maulidurrasul.... Terima kasih kepada Jawatankuasa Masjid...
Semoga Allah limpahkan lagi rezeki untuk Masjid ini....

20 March 2012

SELAMAT DATANG TN HJ MD KHIROM BIN ABD RAHMAN - GB SK PESERAI YANG BARU


Ucapan pertama bersama Murid SK Peserai - Perhimpunan meraikan selamat datang Tn Hj Khirom GB SK Peserai yang baru....

Selamat Datang Tn Hj Md Khirom bin Abd Rahman GB SK Peserai yang baru.....Kami warga SK Peserai mengalu-alukan kedatangan tuan dan akan bersama-sama tuan untuk merealisasikan kecemerlangan yang diharapkan oleh tuan melalui program-program yang dirancang...


Barisan Guruuuu.....
Sentiasa sedia menerima arahan....

18 March 2012

KEJAYAAN HARI INI PERMULAAN BAGI KEJAYAAN YANG AKAN DATANG...

Itulah sebahagian ucapan Tuan Hj Sarkawi b. Hj Satu ...Mantan GB SK Peserai. Ucapan yang ringkas tapi penuh pengertian....
Kejayaan SK Peserai hari ini bermula untuk kejayaan kita SK Peserai pada masa akan datang....salam takzim kepada semua penjaga murid dan salam kemaafan untuk semua warga SKP....
Hj Sarkawi yang sentiasa sempoi dalam mengendalikan SKP tetapi penuh ilmu yang dicurahkan... Tahniah dan terima kasih. Semoga Tuan Haji juga sentiasa sihat, dilindungi Allah dan membawa SK Penghulu Salleh ke arah kecemerlangan....

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kami menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
InsyaAllah kita berjumpa lagi.....

Yang pasti kami sentiasa menanti dan menyokong kedatangan GB yang baru Tn Hj Md Khirom b. Abd Rahman untuk terus membawa kecemerlangan SKP.
Tahniah untuk kedua-duanya......


Membuat ucapan terakhir sebelum berpindah ke sekolah baru....


Bersama cikgu Ismail.... Cikgu Mail mesti rindu dgn Tn Haji Sarkawi kerana sentiasa menjadi gurauan semasa mesyuarat ....


Bersama GPK HEM dan GPK Pend Khas....


Tumpang semangkuk bergambar dengan orang besar2 ni.....


Cenderahati dari Tuan Hj Sarkawi kepada kami warga SKP.... Deco Umbrella.... cantikkkk .... Terima kasih tuan... InsyaAllah dari kami akan menyusul kemudian...

17 March 2012

JOM MAKAN SPAGETTI KAMPUNG.....




Inilah spagetti bersama kuahnya yang ku masak untuk 30 orang makan ....2 kg daging kisar, 3 kg bebola daging Muhamad Armiya, pes Kimball 3 botol, cili kering blender bersama bawang putih bawang merah dan halia, origano,sos cili Jalen , lobak merah dan batang celeri. Dan hasilnya memang kaw kaw....Alhamdulillah.

Sebenarnya menu utama adalah lontong, sambal goreng, ayam kicap, dan sambal udang semasa majlis bacaan yassin dan tahlil arwah untuk keluarga sebelah cik abang semalam...Spagetti ni menu tambahan jer... tapi ya lah sesekali makan spagetti ni memang seronok.... anyway ku rasa lebih sedap berkali-kali dari makan di Pizza Hut yang mahal tuh.....( he he perasan )

PERASAAN YANG SENSITIF.....



Menggerakkan badan bermula dari hati, jika hendak mengaturkan pergerakan badan mestilah di mulai daripada hati.

Membuat perkara baik dan jahat juga bermula dari hati. Setiap manusia mempunyai perasaan gembira, marah, sedih, takut dan risau. Jika perasaan itu tidak di atur maka orang itu akan jadi gila dan sakit mental.

Sering kita dengar kebelakangan ini semakin ramai yang sakit mental, kenapa jadi begini?
Sebab manusia di zaman ini apabila mendengar hal-hal berkaitan mental jadi terlalu sensitif.
Sentiasa kurang keyakinan diri, menganggap diri sangat kekurangan,berkehendak sesuatu yang sukar dijangkau, kurang redha, sentiasa menjaga penampilan diri, menjaga berat badan tanpa rasa syukur dengan nikmat Allah....Kita lupa semuanya...

Sensitif dengan pandangan orang lain kepada kita, dihadapan orang ramai tidak berani bersuara lantang dan segala-gala hal tidak berani membuat keputusan. Sudahnya kita menjadi tertekan dan kecewa. Jangan lah terlalu sensitif dan jangan disimpan di dalam hati.

Jika ada hal sensitif memang berfaedah untuk hal-hal kebaikan,ambillah pengertian kerana ia boleh membantu kita dan mengawal kata-kata supaya membuat sesuatu perkara dengan berhati-hati.

Dan JANGAN LUPA.... kepada siapa harus kita MEMINTA PERTOLONGAN....hanya KUN FAYAKU dari Allah...

SELAMAT PENGANTIN BARU EN BABA DAN KAK SAODAH...


Tahniah kak idah.... you nampak muda lagi walaupun sudah lebih 50 tahun...( kami datang dah lepas isyak, minta pasangan ini bergambar segan katanya.... so bergambar jer lah dengan pengantin perempuan....)



Semalam menerima jemputan ke Majlis Meraikan Pengantin Baru orang lama dari En Baba dan pasangan Kak Saodah...
En Baba ni bekas sepupu cik abang sayang ku sebenarnya.... Alhamdulillah selamat menerima pasangan . Semoga dipanjangkan jodoh dan dipermurahkan rezeki....

Ada beberapa cerita yang dikongsikan En Baba dengan kami kebelakangan ini....Walaubagaimana pun tahniah tuan....Bersusah payah, dan akhirnya mendapat teman susah, senang, kesakitan semasa tua.... Hargailah yang di depan mata....Ikhlaskan diri, InsyaAllah , Allah akan beri kebahagiaan itu....

16 March 2012

STRAWBERRY KOREA....






Buah ni memang segar.... tengok kelopak daun tu pun nampak kan....hijau lagi...

Hari ni ke pasaraya Carrefoure , beli beberapa barang yang sukar di cari di tempat lain.....bukan susah sangat sebenarnya, tapi malas ler pulak nak pergi beberapa kedai untuk cari barang tu...
Siap membeli belah sebelum keluar si bujang Hasif dok belek buah strawberry nak beli katanya....ok beli jerlah....Tambahan pula nampak macam besar dan segar....

Harga nak kata mahal tu boleh tahan juga lah tapi nak kata murah mengarut pulak.... Tapi memang berbaloi lah .Buahnya besar berbanding produk Cameron Highland dan manis sekali....Satu pack tu ada 18 biji dengan harga RM 12.... Ya lah kalau fikir kena pergi Korea dan cari ladang juga kutip buah.... jenuh tak dapat lah dengan nilai tu....

Dan semalam di Pasaraya tersebut ada "offer" untuk batang celeri....Batang celeri tu satu pack RM 1.70 dengan berat yang hampir sekilo......Jadi borong lah.... macam2 akan ku buat dengan batang celeri tu...Yang pasti satu pack dah di masak bersama kuah spagetti.....lupa pulak nak ambil gambar...dok kalut nak cepat ke kenduri .....

14 March 2012

BIJAK SIFIR ALIF

Alhamdulillah program lancar seperti yang di rancang.... Terima kasih kepada En Abd Rahim b. Ab Samad selaku pengasas dan penceramah pada program ini. Program yang bagus.... boleh diteruskan pada masa hadapan seawal murid Tahun 3....Kepada Tuan Hj Sarkawi b. Hj Satu GB SK Peserai kerana memberi kebenaran kepada pihak Bijak Sifir Alif, Tak lupa juga kepada koordinator Tuan Hj Raden Sulaiman b. Raden Ali yang turut serta membantu menyelaras program, Ck Atiqa sebagai urusetia , Puan Saodah bt Ahmad GPK 1 , guru yang hadir, ibu bapa yang komited dengan anak-anak mereka dan peserta program .


En Abd Rahim menyampaikan dan membimbing murid.....


Tuan Hj Sarkawi yang sporting.... sebelum menjalankan tugasnya di SK Penghulu Salleh...

Tekun depa ni......
Melibatkan diri dengan aktid murid SKP ni....


Bersalaman sebelum pulang..... Tahniah....

Yeeaaah amek gambar juga kami ni.... yang penting kad biru LDP kami terisi hari ini....

13 March 2012

IBU BOREK ANAK RINTIK.....


Hari ini mood datang bergolek-golek nak menulis he he....
Saja lah tulis cerita ni....Cerita ni pun sebahagiannya di ambil dari sebuah majalah bulanan yang berinformasi yang ku langgan....

Si anak mengadu kepada ibunya , " ibu perut Ani sakit ...."
Si ibu melihat si anak sambil meletakkan tangannya di perut anaknya sambil menekan-nekan.
" Ini mesti sebab perut kamu kosong. Kan ibu suruh makan tadi tetapi kamu tidak mahu makan. Ha tengok sekarang perut dah sakit. Dah mari makan nasi ni sikit. Nanti redalah sakit tu...." kata si ibu.

Pada waktu yang lain si anak melihat si ibu memicit-micit kepalanya. " Ibu sakit kepala ya....?"
" Ya rasa macam berdenyut-denyut pulak rasa kepala ibu ni.... ".

" Ani tahu. " spontan anaknya berkata. " Ini mesti kepala ibu kosong, sebab tu kepala ibu sakit...."

Itulah ceritanya....
Wa ha ha..... betul-betul ibu borek anak rintik.....
konklusinya: Ibu bapa adalah teladan terbaik kepada anak-anak...Sentiasalah berkata benar dan memberitahu yang hak...
Agaknya bila lah kita mampu nak memberitahu anak-anak -
Soalan ibu: Siapa beri kita kenyang - Jawapan anak : Allah
Soalan ibu: Siapa beri kita sihat - Jawapan anak : Allah
Soalan ibu: Siapa beri kita sakit - Jawapan anak : Allah
Soalan ibu: Siapa beri kita cantik - Jawapan anak : Allah
Soalan ibu: Siapa beri kita duit - Jawapan anak : Allah
Soalan ibu: Siapa beri kita kaya - Jawapan anak : Allah
Makan adalah asbab, ubat adalah asbab, duit adalah asbab..... Segala sesuatu berlaku pada kita adalah dengan izin Allah....
MasyaAllah....
TQ my darling fendy.... kerana you sentiasa mengingatkan ku dan anak-anak Bahawa Allah Berkuasa Makhluk Tidak Berkuasa....

PERLU KE DILUAHKAN APA YANG DIRASA.....

Pernah rasa marah atau kecewa.... ? Selagi kita di namakan makhluk , selagi itulah rasa marah , gembira, suka, duka dan pelbagai rasa akan dirasai oleh kita....

Kadang kecewa yang amat hingga tidak tahu bagaimana hendak diluahkan......
Kadang marah keterlaluan hingga terasa sesak di dada...
Kadang gembira dirasa hingga mahu dikongsi dengan semua....
Kadang malu menimpa hingga terasa mahu disorokkan diri dari khalayak....
Kadang sedih bersangatan hingga menumpahkan air mata.....
Kadang sunyi dalam diri hingga ku mahu dirinya sentiasa di sisi....
Kadang terlalu suka hingga ku ingin bergelak ketawa.....
Kadang rasa disisihkan hingga ingin menundukkan muka serendahnya.....
Kadang rasa susahnya untuk berkata-kata kerana kurangnya ilmu di dada....

Sesekali ingin pulak ku meluahkan rasa hati.... ini memang betul punya....he he....

MasyaAllah lupa seketika.....
Aku ini cuma insan yang kerdil....makhluk Allah yang lemah.... Berbagai petunjuk jalan yang lurus pun sering lalai....Lupa agaknya dengan janji Allah....

Kita yang sentiasa mengingati Allah dengan berzikir akan hidup di sisiNya...
Allah akan dengar rintihan kita makhluknya....
Luahkan lah apa yang di rasa kepadaNya, kerana pasti akan ada balasanNya..... bersederhana lah dalam menangani pelbagai rasa tersebut....


Sesungguhnya setiap apa yang dirasa, sentiasalah rendahkan diri , kecilkan diri dan muhasabahkan diri kerana ia pasti dapat......

# Melatih diri untuk bersifat baik dan positif seperti lemah lembut, baik hati, sabar, tenang dlm menghadapi apa jua situasi

# Menguatkan jiwa ketika hendak marah, kemudian ingat tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan orang yang menahan marah dan memaafkn kesalahan org lain.

# Perlindungan daripada Allah Ta'ala daripada syaitan yg direjam sekiranya kita sentiasa berkasih sayang kerana Allah.

# Memperbaiki diri sekiranya sentiasa mengakui kelemahan diri sendiri dan bersangka baik dengan orang lain....

Alhamdulillah......kerana Allah masih memberi nikmat perasaan.....

12 March 2012

LIRIK YANG SIMPLE TAPI PENUH PENGAJARAN...

Suhaimi Meor Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus
Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

10 March 2012

KEJUTAN DI LUAR JANGKAAN....

Hari ini semua guru SK Peserai telah diberi kejutan ...........Mungkin ini merupakan LDP terakhir Tuan Hj Sarkawi bersama kami stafnya........sedih dan terharu dibuatnya..........ingat apa yang diperkatakan selama ini hanya gurauan rupa-rupanyanya menjadi satu kenyataan......Apa pun tahniah untuk big boss SKP ini..... mungkin ini merupakan anjakan paradigma untuk beliau...Menabur bakti di tempat baru.... Semoga semuanya diberkati Allah...

Namun bagi ku TAKUT LUPA CATAT banyak memberikan ilmu kepada ku.... kerana tanpa TAKUT LUPA CATAT sudah pastinya tidak wujud KEMILAU MENTARI or blog2 lain yang sewaktu dengannya....
Segala jasa dan kebaikan tuan akan kami kenang dan hargainya.....

MEE TIAW PRODUK MUSLIM.....




Sekian lama mencari-cari produk mee tiaw muslim baru kini ia muncul.... sekarang tak perlu risau lagi nak makan mee tiaw....kerana sudah ada produk muslim . Terima kasih Ya Allah kerana dari dulu lagi ku mencari ...

Ini kisah benar sebenarnya... lebih sepuluh tahun yang lalu ku pernah ke tempat jualan barangan tempatan dan bahan mentah unutk pelbagai jenis mee untuk mencari mee tiaw muslim...." Kak ini mee tiaw muslim ke ?"... ku bertanya pada penjual itu kerana kebetulan mee tiaw tu tak berlabel.....apa jawabnya " ha ha dik, dik mana ada mee tiaw buatan orang kita , semua mee tiaw kat Johor ni adalah produk bangsa asing....".
" Ya ke kak ?" tanya ku..." Carilah dik kalau ada kat mana-mana ....".

Sejak dari itu memang tension memikirkannya.... Ya lah kebetulan anak-anak pula memang suka makan mee tiaw goreng atau mee tiaw sup.... macam mana nak menyelesaikannya.... Ci abang pula sejak dari itu memang kalau boleh elak memang dielaknya untuk membeli atau makan mee tiaw ni....

05 March 2012

KERENAH ANAK-ANAK....





Lepas solat maghrib belum sempat ku membuka Al Quran, cik abang dan si bongsu dah mengetuk pintu balik dari masjid....MasyaAllah.... " kenapa adik bang....". " Adik kena pukul bu ...", jawab cik abang.......
??????? kena pukullll....? " Astaghfirullahalazim....biar betul abang ni.... siapa pukul, tak de akal apa orang tu.... budak kecik di pukul....Adik kacau orang ke "?

Terperanjat sungguh ku dibuatnya.... Ya lah walau pun Ku ni kategori garang tapi tak de pukul
anak keterlaluan sampai berbekas.... bukan tak pernah di cubit atau rotan , anak-anak ini.... mereka semua pernah rasa sekiranya membuat kesalahan....
Ni apa pulak cerita sampai kena pukul bagai....

He he...." adik kena ulat bulu ke kena gigit semutlah bu... abang pun tak tau , tiba-tiba kat masjid tadi dia tunjuk mata dia dah bengkak.... abang pun tak perasan kena apa...."
Heeeiiiiyyy.... buat terperanjat orang betul lah depa ni....

Si abang sulong pulak dok kata, " adik main kat mana ni.... kat tempat gelap2 ke.... heee ini mesti jin dah kencingkan muka adik...." . Aduh macam2 lah pulak depa ni...

Kalau orang sakit jantung mau dah masuk wad dibuatnya...

Letak minyak habbatussawda.... Alhamdulillah bangun pagi dah surut bengkaknya....
Dan bila si bongsu ni, tengok gambar dia , dia pun tergelak....Dan suka pulak tengok gambar dia yang comel ni....