24 October 2012

BOTOK-BOTOK....

Bunyi nya jer dah macam jawa....tapi rasanya memang  urrrrmmmmm sedapppppp ....

PUASA 1 - 10 ZULHIJJAH.....



HARI
PERISTIWA
KELEBIHAN PUASA
1 Zulhijjah
Allah mengampuni Nabi Adam di Arafah.
Sesiapa yang berpuasa pada hari ini, Allah mengampuni dosanya.
2 Zulhijjah
Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun.
Sesiapa berpuasa pada hari ini, maka seperti orang yang beribadah dan berpuasa setahun tanpa melakukan maksiat.
3 Zulhijjah
Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah,
Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.
4 Zulhijjah
Nabi Isa dilahirkan.
Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahan, kemelaratan dan kefakirannya serta pada hari kiamat bersama orang yang baik, mulia dan terhormat.
5 Zulhijjah
Nabi Musa a.s. dilahirkan dan memuliakan munajatnya.
Sesiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
6 Zulhijjah
Allah membukakan pintu kebaikan untuk Nabi-Nabi-Nya.
Sesiapa berpuasa pada hari itu akan dipandang Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta tidak akan diazab.
7 Zulhijjah
Pintu neraka jahanam akan dikunci dan tidak dibuka sebelum berakhir hari ke-10 Zulhijjah.
Sesiapa berpuasa pada hari ini, Allah menghindarkannya daripada 30 pintu kemelaratan dan kesukaran serta membuka 30 pintu kemudahan dan kesenangan.
8 Zulhijjah
Hari ini dinamakan  “Tarwiyah” (Hari berfikir).Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan.
.Sesiapa berpuasa pada hari itu ia akan akan mendapat pahala yang tidak terhingga banyaknya kecuali Allah.
9 Zulhijjah
Hari ini dinamakan “Hari Arafah” (Hari tahu). Arafah bermakna tahu atau memahami.1. Di tempat inilah Nabi Adam a.s. mengerti jati dirinya.2. Pada hari ini Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu adalah perintah dari-Nya bukan dari syaitan.3. Pada hari ini juga turunnya ayat al-Quran terakhir.
.Sesiapa berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
10 Zulhijjah
Hari Raya Aidiladha, dinamakan juga Raya Korban dan hari “Nahar” (menyembelih).
Haram berpuasa pada hari ini.Sesiapa berkorban dengan satu korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu, Allah akan mengampuni semua dosanya dan dosa ahli keluar-ganya.Dan sesiapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud..

19 October 2012

PILU YANG DI RASA.....

Semalam pulang dari sekolah my kekanda dok membicarakan tentang gejala sosial yang semakin berleluasa...Dari info dari doktor sebuah hospital yang diketahui katanya " Setiap sepuluh kelahiran satu darinya adalah anak haram "...MasyaAllah ya ke bang , dakyah surat khabar atau propaganda kot....".takkan lah sampai macam tu banyaknya... ( Untuk menyedapkan hati sendiri )

Dan hari ini Unit kaunseling telah mengadakan sessi motivasi untuk murid tahap 2  bertajuk " Menangani Gejala Sosial di Kalangan Remaja ".....banyak juga info yang kami dapat...

Dan dalam perjalanan pulang dari sekolah singgah untuk membeli ayam di kedai memproses ayam yang berhadapan di sebuah Sekolah Menengah....
Sekumpulan pelajar lelaki ...ramai tu  lebih kurang 30 orang....bertenggek diatas motor dan menghisapkan rokok  ....Entah apa yang diborakkan riuh rendah hingga menggamit pandangan mata ke arah mereka...
Terkejut!!!!!! kerana di situ juga ada beberapa pelajar perempuan yang bertenggek membonceng pelajar lelaki...Tanpa malu-malu memegang pinggang pelajar lelaki....memegang bahu pelajar lelaki...bertepuk tampar...berbisik-bisik.....
Istighfar...memang pilu kerana mereka adalah pelajar Islam ....lalu dalam hati mula mengiakan kata-kata my kekanda semalam....agaknya memang betul dari sepuluh kelahiran satu darinya adalah anak haram....

MasyaAllah takutnya....bagaimana agaknya anak-anak ini menangani gejala sosial di masa akan datang...Kuat mana pun ilmu nampaknya dakyah yang melanda lebih-lebih lagi....
Cuba bayangkan murid tahun 4...( murid kelas ku nihhh ) dok mengadu...
" Cikgu semalam kan KK dia kata saya....".
" Kata apa awak ?"...
" seganlah cikgu nak cakap , KK cakap lucah semalam ".
" Dia cakap apa " ?
" Dia kata Hey SS awak suka cium tetek FF kan , lepas tu awak jilat-jilat...( SS ni perempuan manakala FF ni lelaki )

 
 Wahhhh ambil nyawa sekejap...
" ya ke "...." betul ke awak cakap nih "?
 " Betulll cikgu ".
Ambil nyawa lagiiii....dah menggelegak hati ni...
." KK awak ni betul ke tak. apa awak cakap bukan2 dengan budak perempuan..
." Awak tengok filem lucah ke kat rumah ".....( dan macam2 ler marah dan nasihat yang ku lemparkan ) kerana sebelum ni dah banyak kali si KK ni buat hal....yang paling geram sering buat isyarat lucah pada murid perempuan..."
Adoyaiii cuba bayangkan  dari mana murid Tahun 4 dapat ilmu pelik ni.....


Ambillll nyawa lagi.... tarik dalam-dalam.... my BFF pgi tadi dok cerita suami dia baru balik dari kursus KSSR Pend. Jasmani Tahun 3... apa katanya...
" Meha kor tau semalam suami ku baru balik dari dari kursus KSSR Tahun 3 ... tau tak apa sukatan baru PJK untuk tahun depan" ....
" Ohhhh I tak tauuuu lah ada news ke..."
Ya memang news.... pelajaran seks di masukkan ke dalam sukatan pelajaran Tahun Tiga....dan yang paling menyedihkan ada pelajaran tentang penggunaan kondom untuk lelaki dan wanita.....
Istighfar ambil nyawaaa lagi.... APA NAK JADI NIH.... maka hati pun berkata ITU TANDANYA KIAMAT HAMPIR TIBA...

Terasa diri ini sangat kecil dan kerdil....Bagaimana anak-anakku  yang 8 orang  nanti menempuhi pancoroba...Lindungilah anak-anak ku ini dari tipu daya syaitan....Berilah didikan agama kepada anak-anak dengan sepenuhnya....Penuhi dada mereka dengan ilmu kerohanian....






07 October 2012

KETUPAT PALAS FROZEN.....

Saya memang sangat suka dengan ketupat palas...Itu lah ucapan yang sering ku ucapkan bila berjumpa dengan ketupat palas.....Kadang ku pelik juga dengan selera yang  " Senegara "....Apa senegara tu... semua " makanan rasmi " negeri di Malaysia  Barat memang ku suka....Nasi kerabu, Budu, Laksa , Lemak tempoyak, cencalok ,  nasi ambeng dan menu2 di setiap negeri ni memang boleh diterima oleh tekak...Tak ada yang tak sedap....

Kebetulan Sabtu ke Mersing...Menghadiri undangan perkahwinan di rumah sepupu di Felda Tenggaroh 6.... Laluan waktu pergi kami melalui Jalan Kota Tinggi Mersing manakala balik pula kami melalui Jalan Mersing - Felda Nitar - Kluang. 

Dalam perjalanan pergi berhenti Solat uhur di sebuah surau di Jalan Kulai Kota Tinggi....Parkir kereta berhadapan sebuah kedai  "Frozen Food " bersebelahan surau.... berhenti jer kereta dah nampak iklan " Ketupat Palas Frozen "... Ehhh kena g solat dulu nih....
dan akhir nya selesai solat ini ketupat palas frozen yang dapat ke beli.....Urmmm not bad lah adalah rasa ketupat palas taklah special macam yang masak original....Satu paket RM 13.00 dengan isi 10 biji.....



Produk mana ? tak dinayatakan ....cuma bila tanya dengan owner kedai tu katanya Orang senai buat....
Nampak ku kena berguru dengan orang yang pandai buat ketupat palas nih terutama yang dari Utara dan pantai Timur...

MENGENALI HATI......




Semua orang tahu HATI adalah organ yang menegndalikan semua anggota tubuh manusia. Melalui hati , anggota tubuh yang lain akan mengambil teladan yang baik sama ada dalam  ketaatan ataupun kemungkaran.

Hati yang dijadikan Allah dalam tubuh manusia merupakan bahagian yang harus dipertanggungjawabkan oleh setiap insan ketika di akhirat nanti. Kita akan disoal tentang cara kita mengendalikan hati.

ORANG YANG MEMILIKI HATI YANG SUCI AKAN TERSELAMAT DARIPADA HUKUMAN YANG BERTENTANGAN DENGAN KETENTUAN ALLAH. SEMUA YANG MEREKA LAKUKAN KERANA ALLAH. JIKA MEMBENCI SESEORANG BIARLAH KERANA ALLAH. (mungkin kita  membenci seseorang kerana membuat maksiat, menabur fitnah atau apa sahaja yang melanggar larangan Allah )JIKA MEREKA MENCINTAI , BIARLAH CINTA ITU KERANA ALLAH.

Beruntunglah bagi kita yang memiliki hati yang berunsur kebaikan kerana dia bukan sahaja akan menjadi orang yang taat dan beriman malahan mempunyai akhlak yang mulia.Namun agak malang sekiranya hati yang jahat menguasai diri kerana akan mengakibatkan manusia jadi kufur dan derhaka kepada Allah.

05 October 2012

PENAWAR BARAH ( CANCER )


DOA PENAWAR BARAH (CANCER)
  Dipetik dari Dr Fatma Azzahra dan Dtk Haron Din.

Mula-mula bacalah ayat-ayat ini sebanyak 7 X ke air zam-zam atau air biasa (paling baik air Rx) dan minyak zaitun. Banyak mana air? cukup2 untuk minum seminggu (3 cawan sehari) juga cukup2 mandi seminggu (bilasan terakhir). Minyak zaitun pulak mencukupi untuk disapu di tempat sakit selama 21 hari.

1. al Fatihah
2. al Baqarah (ayat 1-5)
3. al Baqarah (ayat 164-165)
4. al Baqarah (ayat 255-257)
5. al Baqarah (ayat 285-286)
6. al Imran (ayat 1-5)
7. al Imran (ayat 18)
8. al Imran (ayat 26-27)
9. al Araaf (ayat 54-56)
10. al Araaf (ayat 117-119)
11. Yunus (ayat 80-82)
12. Thaha (ayat 65-69)
13. al Mukminun (ayat 115-118)
14. al Hasyr (ayat 21-24)
15. as Shafaat (ayat 1-15)
16. ar rahman (ayat 31-33)
17. al Mulk (ayat 3-4)
18. al Qalam (ayat 51-52)
19. al Jin (ayat 3)
20. al kafiruun
21. al Falaq

22. an Naas

Jika leukimia, sapulah minyak pada tulang belakang kaki kanan dan kiri.
Jika breast cancer / kanser rahim/ kanser paru2 memadailah sapu minyak di bahagian luaran saja. Kemudian bacalah doa barah - ( surah al Qalam ayat 

1-2 ) 

N3 ini dipetik dari Cik Google...untuk dikongsi dengan umum.



04 October 2012

03 October 2012

BELAJAR-BELAJAR UNTUK MERENDAHKAN DIRI.....


 Bila umur semakin meningkat ni banyak rasa nya yang perlu kita perbaiki . Nak marah orang...uhhh sorry geng tak minat ke arah itu.....orang dok kata Kak Meha ini.... Kak Meha itu.....kadang tu sentaplah juga....tapi positifkan fikiran...untuk mengubah sesuatu yang baru memang banyak tentangan, bukan itu sahaja, maka keluarlah nanti Gunting Dalam Lipatan, Talam Dua Muka, Lidah Bercabang...... ( hah tuh diaaaoo ) . 
InsyaAllah Allah ada untuk ku.... katalah nak buat macam mana....Jujur dan ikhlaslah dalam melakukan sesuatu kerana ikhlaslah perkara utama yang dihisab di akhirat kelak.( Mungkin diam itu lebih baik atau terus menarik diri dari kumpulan itu....)

InsyaAllah akan sentiasa mengingatkan diri bahawa kita ni insan yang lemah....Kalau kita rasa kita sempurna keluarkan sifat2 itu, kerana ada ramai lagi yang lebih sempurna dari kita....berazamlah untuk kebaikan...Allah pasti izin...

 
Dan jangan lupa ......kurang2kan lah rasa marah tu kerana sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.( Syaitan sangat suka orang yang pemarah ni...bersorak sorailah  depa )

Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. ( he he bayangkan )Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.


Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. 
Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. 
Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda. 
Dengan cara demikian,  keegoan akan berkurangan. 
Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.