30 August 2010

MALAM LAILATULQADAR DANSAMBUTAN KEME RDEKAAN









Alhamdulillah Allah panjangkan umur Ku , suami, kedua ibu bapa dan anak-anak. Hari ini adalah hari ke 20 kita berpuasa dan esok adalah ulangtahun kemerdekaaan Malaysia yang ke 53....

Syukur, dipanjatkan kerana Sambutan Kemerdekaan di sambut dalam bulan Ramadhan...
Kenapa?

Kerana Sambutan Kemerdekaan disambut dengan sederhana, tiada pembaziran, tiada hiburan yang keterlaluan.... tetapi Syukur kerana ia disambut dengan bacaan doa , disamping semua umat Islam menantikan MALAM LAILATULQADAR....

Alhamdulillah Allah berkuasa, makhluk tidak berkuasa....

Semuga semua Umat Islam di Malaysia, lebih menantikan MALAM LAILATULQADAR tanpa melupakan bahawa esok adalah ulangtahun KEMERDEKAAN...

Dengan hadirnya 10 MALAM TERAKHIR INI dan sambutan KEMERDEKAAN semuga semua akan insaf dan mendekatkan diri kepada Allah.... Semuga malam ini, terangnya MALAYSIA adalah terang MASJID-MASJID dan RUMAH-RUMAH yang menghidupkan malam menantinya kehadiran LAILATULQADAR bukan terangnya pusat-pusat hiburan atau pesta-pesta seumpamanya...




Ya Allah, kurniakan malam-malam 10 terakhir ini untuk Ku , kesihatan tubuh badan, kesihatan akal fikiran, kekuatan rohani untuk Ku menghambakan diri pada MU YA ALLAH..... Amin.

29 August 2010

KUNCI KEJAYAAN




• Kunci Kemuliaan ialah taat kepada Allah dan RasulNya


• Kunci Rezeki adalah berusaha disertai dengan istighfar dan ketaqwaan.


• Kunci Syurga adalah mengEsakan Allah (Tauhid)


• Kunci Iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah dan tanda-tanda kebesaran yang ada pada makhluk-makhlukNya


• Kunci Kebaikan adalah kejujuran.


• Kunci Kehidupan Hati adalah merenungkan Al Quran, berdoa di malam hari dan meninggalkan perbuatan dosa.


• Kunci Ilmu Pengetahuan adalah tidak malu untuk bertanya dan mendengar dengan baik.


• Kunci Kemenangan dan Kejayaan adalah sabar.


• Kunci Kebahagiaan adalah taqwa.


• Kunci Bertambahnya Nikmat adalah bersyukur.


• Kunci Mencintai Akhirat adalah zuhud terhadap duniawi.


• Kunci agar permintaan diqabulkan adalah berdoa

PESANAN UNTUK WANITA II





SIAPA DAN BAGAIMANAKAH KITA.... N3 ini hanya bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri...INSYAALLLAH.

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelakiyang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat..

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan
?


Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.


Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.
Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail.

Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?

Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan,etc… .

Dipetik daripada Bayan Masturat

28 August 2010

BULAN MENJADI DUA - PLANET MARIKH MENGHAMPIRI BULAN

Planet Marikh

Gambaran pada malam 27 Ogos 2010 - Gambar ihsan dari blog falak online dan kondakondi com





Saat paling penting dalam sejarah Astronomi dunia pada 27 Ogos 2010 . Fenomena bulan yang menjadi 2 pada tarikh 27 Ogos 2010 sebenarnya berlaku kerana Marikh berada dekat dengan bumi dan kelihatan bumi mempunyai 2 bulan. Fenomena ini hanya akan berlaku sekali lagi pada 2287.

Itulah planet Marikh, planet ke-4 di dalam sistem suria kita dan berada pada kedudukan Istiqbal dengan Bumi.Planet marikh bergerak menghampiri bumi. Kali terakhir berlaku ialah pada akhir 2007.

Istiqbal merupakan satu keadaan di mana planet-planet yang berada di dalam orbit yang lebih jauh daripada Bumi, berada pada kedudukan sederet relatif kepada Bumi dan Matahari. Di dalam kes ini, Marikh-Bumi-Matahari akan berada pada satu garisan yang hampir lurus. Ini bermaknanya, sebaik sahaja matahari terbenam, Marikh akan terbit.
Pusingan planet Marikh (atau juga dikenali sebagai planet Merah) bagi setiap kedudukan istiqbal ialah setiap 26 bulan.

Ketika ini, Marikh akan berada paling hampir dengan Bumi, dan kita akan dapat melihat ciri-ciri permukaannya dengan begitu jelas dan mudah.

Namun, disebabkan orbit Marikh dan Bumi tidak seragam jauhnya daripada Matahari, maka jarak Marikh-Bumi bagi setiap kejadian istiqbal berbeza-beza. Jika anda masih ingat, tahun 2003 yang mana ketika itu Marikh berada pada jarak yang paling hampir dengan Bumi jika dibandingkan dengan kedudukan istiqbal yang lain.

Kali ini, Marikh tidaklah berada amat hampir tetapi mencukupi untuknya bersinar dengan cerah dan menarik perhatian kita. Kiraan falak menunjukkan kecerahan hampir menyamai kecerahan bintang paling cerah di langit, iaitu bintang Sirius.

Maknanya, orang yang hidup pada hari ni mustahil untuk tengoknya semula dalam satu kehidupan yang sama.



Subhanallah... Allah Maha kuasa, makhluk tidak berkuasa... Allah menjadikan sesuatu tanpa izin makhluk... terasa kerdil dan takut dengan segala perubahan dunia...Ya Allah ampuni dosa Ku, SuamiKu, kedua ibu bapaKu, anak2Ku dan sekalian orang Islam....

18 August 2010

CERITA MERDEKA






LAMPU


Di sebuah kampung, Bukit Rusa, tinggal seorang budak lelaki berama Adam.


Apa yang dilakukannya sepanjang hari hanyalah bermain. Tatkala budak-budak lain membantu mengahalau burung-burung dari sawah padi, Adam berfikir sendirian, " Mereka sudah melakukannya bolehlah aku berenang di sungai '.


Apabila masa menuai, Adam akan turut serta .Hanya kerana dia boleh makan sebanyak mana yang dia mahu. " Mereka semua tidak bijak macam aku,"fikirnya." Lebih banyak mereka kutip, lebih berat lah bakul2 mereka..,"

Bakulnya tidak pernah penuh sebagaimana penuh perutnya itu...

Malah , apabila sesuatu harus dilakukan, Adam sentiasa mencari alasan. 'Tentu ada seseorang yang membuatnya. mengapa harus aku?"

Kemudian pada satu malam yang kelam dan suram, ibu Adam jatuh sakit. Dengan suara yang lemah, dia menyuruh Adam memanggil bomoh dari kampung berhampiran.

Adam dapat merasakan kegerunan yang memuncak. Dalam keberaniannya yang ditunjuk-tunjuk itu, satu-satunya yang paling ditakuti oleh Adam adalah kegelapan. Dan jalan ke kampung sebelah adalah melalui hutan tebal dan gelap.

Namun, apakah dia mempunyai pilihan?

Lalu Adam memulakan perjalanannya. Pada mulanya perlahan, tetapi semakin pantas langkahnya seiring dengan malam yang semakin gelap, segelap dakwat hitam. malah, sang bintang bagai menyembunyikan diri mereka pada malam itu...

Tidak lama kemudian, Adam menyedari bahawa dia telah sesat. Bunyi-bunyi yang aneh dari hutan belantara di sekeliling menambahkan lagi ketakutqn yang teramat dalam dalam dirinya.

Tiba-tiba, dia nampak sesuatu - kelipan lampu menmbusi kegelapan malam. Ia datangnya dari sebuah rumah usang milik Pak Su, salah seorang penduduk kampung.

Adam berasa lega. Tetapi lebih daripada itu, ia berasa curiga - Pak Su buta !

Berjalan ke arah Pak Su, Adam bertanya, " kenapa Pak Su perlukan lampu sedangkan Pak Su tidak boleh nampak ?"

Orang tua itu tersenyum, seraya berkata. inilah yang kamu harus buat kalau kamu menjadi sebahagian daripada kampung ini - kamu saling tolong menolong. Aku tidak menyalakan lampu ini agar aku boleh menengok."

" Aku menyalakan lampu ini supaya orang yang celik seperti kamu boleh melihat ".

Cerita yang dipetik dari IKLAN MAYBANK sempena SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN yang disiarkan di AKHBAR BERITA HARIAN.








MAJALAH KEMILAU BESTARI



Inilah MAJALAH KEMILAU BESTARI yang telah siap dicetak dan diedarkan kepada guru, murid, PIBG dan PPD dan mantan guru SKP...

Bagi mantan murid atau guru, atau murid-murid yang belum mendapatkannya bolehlah membelinya di pejabat sekolah...

Majalah ini diterbitkan khas sempena 100 Tahun SKP....

PETUA MENCUCI HATI OLEH DATUK DR FADZILAH KAMSAH

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan
jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
"Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku,cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar
orang mengumpat.



KELEBIHAN SOLAT TERAWIH....

Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :
” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.”


Manakala Rasulullah SAW telah bersabda :
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…”


Pengertian Puasa
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.


Syarat Wajib Puasa
• Berakal
• Akhir Baligh (Cukup umur)
• Kuat atau mampu mengerjakan puasa

Syarat Sah Puasa
• Islam
• Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
• Suci daripada haid dan nifas
• Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

Rukun Puasa
• Berniat – Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
• Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

Perkara Yang Membatalkan Puasa
• Makan dan minum dengan sengaja
• Muntah dengan sengaja
• Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
• Keluar darah haid atau nifas
• Gila
• Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

Orang Yang Diizinkan Berbuka Atau Tidak Berpuasa
• Orang yang sakit
• Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
• Orang tua yang sudah lemah
• Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

Antara kelebihan-kelebihan solat terawih ialah :

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
• Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
• Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
• Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
• Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
• Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
• Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
• Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
• Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
• Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
• Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
• Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
• Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
• Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
• Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
• Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
• Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
• Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
• Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
• Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
• Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
• Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
• Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
• Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
• Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
• Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
• Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
• Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
• Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
• Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
• Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

SENJATA MUKMIN....



Inilah senjata kita sebagai seorang mukmin.... Apa sahaja doa, mohonlah dengan Allah... InsyaAllah Allah berkuasa, makhluk tidak berkuasa...Terlalu banyak ayat-ayat Quran yang boleh kita amalkan sebagai doa harian..... InsyaAllah Allah Maha mendengar, Maha memberi.... Minta lah tanpa jemu....

10 August 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YANG MULIA....SEMUGA KITA DIRAHMATI ALLAH DALAM BULAN YANG MULIA INI.... PENUHILAH RAMADHAN INI DENGAN AMALAN TADARUS DAN TERAWIH .....





09 August 2010

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN - SABTU 6 OGOS 2010



Hari ini hari Sabtu merupakan sekolah ganti sempena cuti Deepavali....Kebetulan Jawatankuasa lawatan Sekolah membuat lawatan Sambil Belajar ke Kelantan.Jadi hari ini ramai guru yang terlibat. Untuk menyelesaikan masalah pihak sekolah telah mengadakan Program Sambutan Kemerdekaan. Tahniah kepada guru yang terlibat dan Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan terkawal...















MY HUBBY MASUK HOSPITAL....






Alhamdulillah hubby dah semakin pulih dari sakitnya.... Sepanjang 19 tahun bersama inilah ujian yang Allah beri pada Ku... hubby sakit hingga di tahan di wad.Sakit apa?.... Tekanan darah rendah...

Pengalaman menjaganya memang menguji ketabahan Ku...tapi aku rehda itu semua adalah ujian dari Nya tanda Allah menyanyangi kita.... Mungkin kita terlena seketika , kurang bermunajat dan sebagainya, lalu Allah beri peringatan....Dengan Ujian ini mendekatkan lagi diriku dengan hubby...merasakan bahawa dia lah harapan Ku, dan hanya Allah tempat Ku memohon dan berharap...


Terasa diri ini sangat kerdil dan menanggung dosa yang banyak...
Terima kasih Ya Allah, dengan ujianMu , aku redha, terima kasih Ya Allah kerana telah menyembuhkan suami Ku , aku yakin sebenar2 yakin bahawa sakit dan penawarnya adalah datang dari Mu Ya Allah....


Ini adalah En Mohd Affendy, yang berkongsi bilik dengan hubby untuk seketika.... membuat pembedahan di tekak, kerana ada ketumbuhan...


Sebenarnya ada cerita lucu yang nak Ku kongsi di sini.... kerana kedua2 pesakit ini namanya sama. My hubby Mohd Nor Affendy dan Teman sebiliknya adalah Mohd Affendy....

Bermula cerita apabila jururawat pelatih masuk untuk memberi ubat... masuk sahaja ke bilik , jururawat tu kata ubat untuk En Affendy... jadi Ku pun tanya Affendy mana.... He he... terkejut dia, dengan pertanyaan Ku... Ku katakan bahawa kedua2 pesakit adalah Affendy.... cepat2 dia keluar dan masuk semula menyatakan untuk hubby.....


Kali kedua semasa makan malam... Jururawat yang menghantar makanan juga tersalah , kerana diet kedua2 affendy ni tak sama.... hubby diet lemak manakala Si Affendy yang seorang lagi adalah diet makanan lembut... Ha ha kesian sungguh , terpaksa depa buka bekas makanan untuk tidak silap....Memang sah , tersilap letak makanan....


Kali ketiga petang, semasa isteri En Affendy datang melawat, rasa nak tergelak pun ada ... Ku adalah Sameha, manakala isterinya adalah Saleha.....hanya beza " L" dan " M " sahaja....

Sempat bergambar bersama sebelum keluar dari wad.....



01 August 2010

HARI JADI HASIF MUSA

Kali ini giliran anakku Hasif Musa pula menyambut hari Ulangtahunnya... Hari jadi Hasif yang ke 7. Anak2 ni dia orang seronok sungguh kalau dibeli kan kek , tak kira yang kecil atau yang bujang sama saja...Bukan beli kek yang mahal pun, yang biasa2 ajer setakat sekilo atau sekilo setengah...





Biasalah depa ni , nak posing... jelouse pulak nanti orang lain ambil gambar dan masuk blog, dia pun nak sama...

Adik pulak , semua hari jadi kakak dan abang dia , adalah hari jadi dia... mesti nak potong sama...
Syukur kepada Mu Ya Allah kerana mengurniakan anak2 yang sihat dan sempurna....

SAMBUTAN 100 TAHUN - ACARA HARI SABTU

Alhamdulillah majlis yang dirancang sekian lama sempena Majlis sambutan 100 Tahun SKP telah selamat dijalankan.... Selama 21 Tahun Ku berkhidmat di sini, banyak kenangan pahit dan manis.... Tapi rasanya sebut yang manis sahaja tanpa mengingat yang pahit....

Banyak perubahan dan kemajuan yang di lalui oleh sekolah ini....Dan yang terkini Sekolah Kebangsaan Peserai menuju Tahap Pembestarian Sekolah...

Terima Kasih juga kepada GB kerana tanpanya Ku tidak tahu apa itu blog..maupun menulis blog... Terima kasih kepada Pn Masrianis dan Pn Mislia, kerana darinya banyak yang pelajari... Terima kasih yang tak terhingga kepada My hubby kerana sangat memahami, kerana kadangkala hingga larut malam Ku mengadap Komputer...

Dan Tahniah kepada semua guru yang turut memeriahkan karnival ICT yang dirancang oleh GB dan orang kuatnya, kerana ramai kini guru SKP yang mempunyai Blog peribadi masing-masing....

Sijil dan Plak Blog Guru Terbaik yang Ku terima bersama Cikgu Mislia.....

Sijil Blog Guru Terbaik.....


Majlis Penutupan Rasmi oleh En Ghazi , pegawai dari PPD juga merupakan "Bapa Angkat Sekolah"....


Anak dara kecilku Nurzahida turut hadir menemaniku....

Tetamu yang hadir semasa majlis penutupan rasmi....

ACARA PAGI SABTU




Orang kuat kat dapur KIPK Sk Bandar, Pn Aisyah , GPK Pn Saniah dan My Hubby

Anak2 Pendidikan Khas membuat ROTI ARAB dan belajar Amalan Perdagangan


Pertandingan menaip .... mana lah muka Ku , hu hu... tiada siapa nak ambil gambar....